BERKONGSI NIKMAT IMAN, ISLAM ALLAHHU AKBAR

Sunday, April 25, 2010

MENCARI SAHABAT....NASIHAT AL-QAMAH

NABI..
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimanapesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) ..



Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


Hati iNi Telah Bersatu, bersatu memikul Beban DakwahMu, Hati ini TelaH berpadu, Berpadu memikUL bebAn Dakwahmu, hati ini Telah MengikaT setia untUk MendaulAt untuk Menyokong syAriatmu di Alam Maya...Maka Ya Allah, eratKanLah iKAtan yAng Ada. Kekalkanlah kemesrAan Yang Ada, tunJukkanLah jaLan yang beNar. PenuhkanLah dengAn cahayaMu tiada malam teranGi AlamMu. Hidup suburkanLah dengan MakrifatMu tapi jika Ingin memAtikannya, matiKanLah sebagai Syuhada daLam perjuangan menegakkAn agama yang mulIa.

Saturday, April 24, 2010

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT...

Penulis: Dato’ Ismail Kamus,
Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Penerbit: Telaga Biru
Harga: RM55.00 (Sem Malaysia),
RM57.00 (Sabah & Sarawak)

Kitab yang berjudul Indahnya Hidup Bersyariat ini mengandungi panduan lengkap asas fardhu ain untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Fardhu ain asas yang mencakupi aspek bersuci, solat, puasa, zakat, haji, umrah, sembelihan dan korhan diterangkan dengan begitu jelas oleh penulis ini. Kitab ini sepatutnya wajib berada di setiap rumah dan pada setiap individu kerana ianya merupakan panduan penting pada setiap ibadah yang kita lakukan.

Disertakan ilustrasi bergambar menjadikan kitab ini lebih mudah difahami dan seterusnya dapat diamalkan tanpa rasa keliru. Beberapa surau dan masjid juga menggunakan kitab ini sebagai bahan rujukan dalam kuliyah mereka. Rasanya tidak perlu untuk dihurai dengan lebih mendalam kerana susah untuk menghuraikan kitab yang begitu istimewa untuk kita semua ini. Walaupun harganya mahal sedikit, tetapi ianya berbaloi dengan apa yang dihidangkan kepada pembaca. Jadikanlah buku ini sebagai panduan kita bersama agar beroleh keberkatan dalam melakukan amal ibadah.

Friday, April 23, 2010

TEMAN SEJATI...
UNTUKMU TEMAN..



UNTUKMU TEMAN


Di sini kita pernah bertemu

Mencari warna seindah pelangi

Ketika kau menghulurkan tanganmu

Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah

Dendangan lagu tanda ikatanku

Kepadamu teman

Agar ikatan ukhuwah kanBersimpul padu

Kenangan bersamamu

Takkan ku lupa

Walau badai datang melanda

Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan

Dan akhirnya kita dipisahkan

Munkinkah menguji kesetiaan

Kejujuran dan kemanisan iman

Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa

Tuhan ada janjinya

Bertemu berpisah kita

Ada rahmat dan kasihnya

Andai ini ujian

Terangilah kamar kesabaran

Pergilah derita hadirlah cahaya

Thursday, April 22, 2010

GURU, QUDWAH HASANAH ATAU SEBALIKNYA..?


bismiLlah...akhirnya ana berpeluang untuk mencoret dalam ruangan ini. tiap2 hari ana buka blog ana tapi tak terbuka hati nak menulis apa2. ana cuma selesa bermonolog dengan diri sendiri. berfikir dan berfikir. dalam entri kali ini ana tak berniat untuk berkongsi pengalaman praktikum ana di sekolah dalam p&p bahasa arab. mungkin kerana ana belum dapat menguasai kemahiran seorang guru, maka tiada apa yg nk ana kongsikan. (belum bersedia sebenarnya)satu persoalan yang sering bermain dalam fikiran ana.guru dan cabaran masa kini...terdapat beberapa cabaran yang dihadapi guru zaman moden:
anak-anak yang manja dengan teknologi
ibu bapa yang sibuk kerja
rakan seperjuangan tapi berlainan matlamat
pihak pentadbir yang utamakan publisiti
lain-lain pihak yang berkaitandisebabkan cabaran-cabaran ini maka guru berada dalam dilema. apabila berhadapan dengan murid yang nakal, guru hanya mampu menggetap bibir menahan kesabaran tanpa dapat membuat sebarang tindakan. mungkin hanya melaporkan pada pihak disiplin. walhal mendidik bukan tugas guru disiplin sahaja. mendidik adalah tugas semua pendidik. namun apabila tugas ini diketepikan maka apakah peranan guru sebenarnya?apabila berhadapan dengan cabaran-cabaran ini, maka sebagai guru kita harus merujuk pada guru yang utama dalam lipatan sejarah manusia. guru yang bukan sahaja berjaya mendidik masyarakatnya malahan berjaya mencipta satu tamadun yang paling agung di dunia. guru yang ana maksudkan adalah baginda Rasulullah S.A.W. baginda mampu menjadi contoh ikutan sepanjang zaman. biarpun perbezaan zaman baginda dan kita sangat berbeza namun itulah satu-satunya manusia yang masih disebut-sebut, masih dikenang-kenang hingga kini.

persoalannya sejauh mana kita sebagi guru mengenalinya dan sejauh mana pengenalan anak murid kita pada baginda? adakah anak murid kita lebih mengenali artis2 popular berbanding baginda yang wajib dicintai?sebagai guru, setiap tingkah lakunya akan memberi kesan pada anak murid yang diajar. namun adakah kita sedar akan hal ini? setiap tingkah laku kita yang akan menentukan corak bangsa kita. andai selama ini kita menjadi guru kerana ia merupakan salah satu pekerjaan yang mampu kita galasi, maka kita telah silap. semua orang dewasa merupakan guru pada remaja dan kanak-kanak manakala remaja merupakan guru pada kanak-kanak. jika barisan pertama sudak goyah maka apakah yang akan berlaku pada barisan seterusnya?perumpamaan yang mudah, jika kita menanam anak pokok durian, maka ia akan tumbuh menjadi sepohon durian.mana mungkin kita menanam anak pokok durian dan mengharapkan ia akan membesar menjadi sepohon rambutan. bagaimana cara kita mendidik anak-anak sekarang, maka mereka lah yang menjadi pemimpin pada masa akan datang. jika kita mahu pemimpin akan datang merupakan pemimpin yang bercirikan apa yang dikehendaki oleh Al-Quran dan As-Sunnah, maka bermula dari sekarang kita wajib menerapkan nilai-nilai Al-Quran dan Sunnah dalam diri anak-anak murid kita.
perumpamaan yang lain, jika kita ingin menanam pokok buah-buahan, maka kita akan memilih baka yang baik. ini kerana baka awal yang baik akan diwarisi oleh generasi seterusnya. begitu juga manusia, andai datuk dan nenek kita mempunyai penyakit darah tinggu, maka penyakit itu akan diwarisi oleh kita juga. alangkah cantiknya penciptaan Allah. Allah telah tunjukkan pada kita manusi akan mewarisi antara satu sama lain, maka mengapa kita tidak mengambil iktibar untuk membendung masalah yang terjadi dalam kalangan remaja kita kini agar ia tidak melarat dan menjadi barah bagi generasi seterusnya?sesungguhny
a peringatan demi peringatan itu sentiasa bermain di mata kita cuma apabila hati telah penuh dengan dosa dan titik hitam, kebaikan itu seolah-olah terkubur dan yang kita lakukan hanyalah mengundang kemurkaan Allah semata.

Tuesday, April 20, 2010




Salam semua sekali.Kejadian ini kembali berulang dan dilakukan oleh sendikit “TAUKEH” yang sememangnya terkenal dengan istilah “KALAU TIDAK PENIPU MAKA ITU BUKAN TAUKEH”. Sah mereka ini sering kali memberi ancaman kepada kita khususnya umat Islam yang ingin mensukseskan perniagaan HALAL & TOYIBAN.
Tektik mereka sungguh licik dan amat susah di kesan. Diantaranya adalah seperti berikut;i) Berpura menjadi ahli yang kononnya ingin memasarkan Kopi Radix Asli, namun diselit dengan Kopi Radix Palsu.ii) Menggunakan nama keahlian Melayu sebagai penyamaran dan melakukan akibiti haram ini. Malangnya ada yang sanggup mengadaikan maruah kepada Taukeh ini untuk sedikit habuan yang mereka tidak sedar akan menghancurkan perniagaan Umat Islam. Hal ini di kesan berlaku di Perlis, Seberang Perai, Kulim, Kelantan, Perak Utara dan Selangor.iii)
Memasarkan Kopi Palsu dan dijual di bawah harga ke sebahagian besar kedai Borong dan Pasaraya.Justeru itu pihak HPA dengan resminya mengistiharkan demi keselamatan pengguna, maka semua KOPI RADIX yang berada di PASARAYA dan PEMBORONG adalah tidak sah dan PALSU. Pihak HQ dengan ini akan tidak akan membenarkan lagi penjualan KOPI RADIX ke mana-mana pasaraya dan kedai BORONG bagi mengelakan kecelaruan pengguna terhadap penggunaan KOPI RADIX.
Pihak HQ akan menamatkan serta merta tanpa rayuan mulai sekarang kepada mana-mana pengedar yang didapati melakukan salah guna menjual secara salah laku hingga mengganggu pasaran KOPI RADIX masakini.Pihak HQ juga akan mengambil tindakan kepada pengedar yang didapati melakukan unsur lawan harga kepada pekedai dan peruncit sehingga mengganggu gugat keharmonian pasaran ini.
Kepada pembaca blog ini sila sebarkan segera kepada blog-blog yang lain.

Thursday, April 1, 2010

GEMPUR PRODUK HALAL..!






PRODUK KECANTIKAN KOSMETIK




HPA X MEMILIKI KILLER PRODUK,
TETAPI MEMPUNYAI POPULAR PRODUK..
Wak keluaq p la produk apa pon, suma abeh cepat.huhu

Tuesday, March 16, 2010

DURIAN RUNTUH..!!

INSENTIF TA'AWUN..

Permulaan bulan insentif: Dis 2009
Penamat bulan insentif: Sept 2010

MATLAMAT

• Memudahkan pengedar memahami dan mengejar sasaran tersebut
• Mengaktifkan PBC dan memastikan upline melakukan proses pembinaan jaringan
• Menuju kearah pencapaian jualan RM 20juta (Malaysia Sahaja)

SYARAT

• HPA Mencapai jualan RM 20 juta (Malaysia Sahaja )
• Bagi semua kategori

JANGKAAN TARIKH KONVEK


• Disember 2010
• Lokasi akan diumumkan kemudian

INSENTIF


Katagori Pertama

• Terbuka kepada semua pengedar HPA yang berdaftar di Malaysia.
• Melakukan minima nilai mata peribadi 200NM selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 2000NM hingga 2999.99 NM akumulatif.
Atau
• Melakukan minima nilai mata peribadi 300 keatas selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 3000NM akumulatif
• Bagi yang baru mendaftar sebagai pengedar juga dimestikan melakukan jumlah akumulasi sebanyak yang disyaratkan.


HADIAH PASTI ADALAH :


1) 200-299 nm atau akumulasi 2000-2999.99 – pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah
RM300 .00
2) 300 keatas atau akumulasi 3000 dan keatas - pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah RM 500.00

Hadiah cabutan bertuah- 100 unit barangan elektrik –jenis pensonic

Grand Prize - 30 unit air Cooler atau yang setaraf yang bernilai RM1000.00


KATEGORI KEDUA


• Terbuka kepada PB hingga ke Pengarah Meranti (status mulai Dis 2009)
• Melakukan maintain 300NM atau akumulasi 3000NM
• Mencapai pangkat Pengarah Jati ke Atas dalam tempoh bulan Insentif dan mesti mencapai bonus RM1000.00 semasa pangkat Pengarah Jati ke Atas sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok).

Insentif merupakan pakej melancong ke Indonesia (Pulau percutian Makasar) selama 5 hari 4 malam untuk seorang atau pakej yang setaraf dengannya.

Top 20 Bonus tertinggi untuk kategori ini akan menerima pekej percutian ke Indonesia(Pulau Percutian Makasar) untuk 2 orang selama 5 hari 4 malam atau pakej yang setaraf dengannya.


KATEGORI KETIGA


• Terbuka kepada Pengarah Jati dan keatas
• Melakukan maintain 350 NM atau akumulasi 3500NM
• Membina PJ di mana-mana aras selagi belum bertemu PJ dalam bulan Insentif.(dis 09 – sept 2010)
• PJ yang dibina mesti mencapai bonus minima RM1000(Malaysia) dan Rp3juta(Indoneisa) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok)
• PJ yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya daripada 2 rangkaian yang berbeza

Insentif yang ditawarkan adalah bagi pencapaian mengikut kategori seperti berikut

Mencapai 2 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (seorang)
Mencapai 3 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (berdua)
Mencapai 4 Pengarah Jati : Umrah (seorang)
Mencapai 5 Pemgarah Jati : Umrah (berdua)
Mencapai 6 Pengarah Jati dan keatas : Haji (seorang)


KATEGORI KEEMPAT


• Melakukan maintain 200 atau akumulasi 2000 NM
• Pengiraan bonus adalah di jumlahkan kepada purata perbulan.

1. Top 1 hingga 30 Bonus Tertinggi Malaysia(tidak termasuk bonus jualan stok) – nilaian hadiah RM 60 ribu .
2. Top 31 hingga 60 bonus tertinggi Malaysia (tidak termasuk bonus jualan stok) - nilaian hadiah RM 40 ribu


PASTIKAN SEMUA BERPELUANG UNTUK MENIKMATI INSENTIF YANG LUAR BIASA.

IMPIAN SAYA...!!@ ANDA BERSAMA
MARI BERSAMA MENGGENGGAM SEMANGAT..!!





 

blogger templates | Make Money Online