BERKONGSI NIKMAT IMAN, ISLAM ALLAHHU AKBAR

Thursday, January 28, 2010

SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH



Assalamualaikum warahmatullah... dewasa ini ramai manusia yang terlalu mengambil ringan soal solat. Meninggalkan solat tanpa rasa bersalah, tanpa rasa malu kepada Allah S.W.T yang memberikan nikmat hidup kepadanya dan merasai alam dunia ini. Bila ditegur.. ramai juga yang tidak dapat menerimanya lantas memberi pelbagai alasan. Tidak kurang juga yang mencerca orang solat.. contohnya "alah... dia tu sembahyang tak tinggal... tapi maksiat buat juga... walaupun aku tak sembahyang... maksiat aku tak buat tau". Ada pula yang memberikan pukulan K.O kepada si penegur... contohnya.. "eh... ko apa sibuk... tu soal urusan aku dengan Tuhan.... ko buat keje ko.. abis cerita". Kepada yang tidak solat.... ketahuilah bahawa amalan pertama yang dihitung oleh Allah di akhirat kelak adalah solatmu (sembahyangmu).. sehebat mana kamu menghabiskan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.. sekaya mana kamu bersedekah dengan hartamu.. sesopan mana kamu berbicara di muka bumi ini.. andai kamu tidak solat.... tiada erti semua itu. Bukan mudah Allah SWT nak menerima amal ibadah seseorang... kenapa demikian? Jawabnya mudah... kerana syurga itu indah... barang yang indah tidak boleh dibeli dengan harga yang murah..... masalahnya adalah.. syurga Allah tidak boleh sama sekali dibeli dengan wang ringgit... ia hanya mampu dibeli dengan amal... dan kunci amal yang pertama dihitung adalah solat itu sendiri. Berdasarkan hadis Rasulullah berikut.... ada golongan yang solat tetapi tidak diterima oleh Allah SWT.... dalam surah al-Ma'un pula .. Allah SWT menerangkan betapa celakanya orang yang solat tetapi lalai dalam solatnya. Bayangkan sahabat-sahabat sekalian... bagaimana pula orang yang tidak solat?? Adakah lebih baik dari golongan ini?? renung guna hati... bukan guna emosi.. :)

-------------------

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


والله اعلم

Wednesday, January 27, 2010

HADIS-HADIS SEKITAR SOLAT


Rasulullah s. a. w bersabda :

"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H. R. Bukhari dan Muslim

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" H. R. Tarmizi

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" H. R. Attabrani

Rasulullah s. a. w bersabda :

"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H. R. Muslim & Tarmizi

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" H. R. Attabrani

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H. R. Attabrani

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka H. R. Abu Daud & Tarmizi

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H. R. Muslim

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" H. R. Bukhari

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ½ malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh). H. R. Muslim & Ahmad

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya" H. R. Muslim

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam
(mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala kaldai" H. R. Sahih Muslim

Rasullulah s. a. w bersabda :

"Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70xsolat tanpa siwak" H. R. Zanjawaih & Hakim

Rasullulah s. a. w bersabda :

"Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai
70x Jumaat tanpa memakai serban" H. R. Ibn'Asakir

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" H. R. Bukhari & Muslim

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu" H. R. Bukhari & Muslim

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama" H. R. Ahmad & Abu Daud

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat" H. R. Abu Dawud

Rasulullah s. a. w bersabda :

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" H. R. Attabrani


والله اعلم

Tuesday, January 26, 2010

FADHILAT BERZIKIR (MENGINGATI ALLAH)


Hadis 1

Abu Hurairah r. a memberitahu bahawa Rasulullah s. a. w pernah bersabda, ALLAH s. w. t berfirman: Sesungguhnya, Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingat aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik ( iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa).Apabila hambaku mendekatiku sejengkal, maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati akudengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari.

Hadith ini mengandungi berbagai-bagai keterangan. ALLAh berfirman:"Aku bertindak terhadap hambaKu sebagaimana yang disangkakan olehnya." maksudnya hendaklah senantiasa mengharapkan kurnia dan rahmat dari ALLAH s. w. t. Janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmatNya. Walaupun kita berdosa dan telah melampaui batas yang kita percaya bahawa segala dosa dan kesalahan kita itu pasti akan dibalas namun janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmat ALLAH s. w. t. Kemungkinan besar ALLAh s. w. t mengampuni dosa kita semata-mata dengan rahmat kurniaNya.

Hadis 2

Baginda Nabi s. a. w menziarahi seorang sahabat muda yang berada dalam sakaratul-maut, lalu Baginda bertanya kepadanya, "Apakah hal kamu ini?" Jawabnya, " Ya Rasulullah aku mengharapkan rahmat ALLAH dan aku takut denganNya kerana dosa-dosa ku." Sabda Baginda," Jika kedua-dua ini (yakni harapan dan ketakutan) didapati di dalam keadaan seperti ini, maka nescaya ALLAH s. w. t mengurniakan apa-apa yang diharapkan dan menyelamatkan dari apa yang ditakuti."(JAMI'UL FAWA'ID)

Diberitahukan di dalam satu hadis, bahawa seorang mukmin menganggap terhadap maksiatnya, seolah-olah orang itu berada di kaki sebuah gunung dan gunung tersebut akan terhempas ke atasnya. Sebaliknya seorang penderhaka yang menganggap terhadap dosanya, seolah-olah seekor lalat yang berada di sampingnya dan kemudian lalat itu diterbangkan, yakni orang itu tidak memperdulikan langsung mengenai dosa-dosanya itu. Jelas sekali bahawa seseorang itu mestilah merasa takut terhadap maksiat menurut keadaan maksiat-maksiat itu dan juga mengharapkan rahmat menurut keadaannya pula.

Hadis 3

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat r. a berkata: "Ya Rasulullah s. a. w hukum-hukum syariah (undang-undang Islam) ini telah banyak bagiku, tunjukilah kepadaku akan sesuatu sebagai pegangan bagiku," Baginda s. a. w bersabda:" Hendaklah lidahmu senantiasa basah dengan zikrullah."

Di dalam satu hadits ada disebutkan Hazrat Muaz r. a berkata bahawa pembicaraan yang terakhir sekali yang berlaku di antara baginda s. a. w dengannya ialah seperti berikut:" Semasa aku berpisah dengan Rasulullah s. a. w dan aku bertanya amalan manakah yang amat dicintai oleh Tuhan? Sebagai menjawab Baginda s. a. w bersabda:"Basahiah lidahmu dengan zikrullah ketika kamu tinggalkan dunia."

Semasa berpisah maksudnya ialah baginda s. a. w mengtus hazrat Muaz r. a selaku gabenor ke Yaman untuk menyampaikan dakwah dan taklim di sana. Di waktu Muaz r. a hendak berangkat, baginda s. a. w memberikan beberapa nasihat kepadanya. Ia juga mengemukakan beberapa masalah kepada baginda s. a. w termasuklah masalah yang tertera di atas.

Hadis 4

Di dalam satu hadis dilaporkan bahawa baginda s. a. w ada bersabda: "Barang siapa yang di dapati padanya empat perkara, nescaya ia akan memperolehi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Pertama, lidah yang senantiasa basah dengan berzikir. Kedua, hati yang senantiasa sibuk dengan bersyukur. Ketiga, anggota-anggota tubuh yang senantiasa menahan segala penderitaan. Keempat, isteri yang tidak mengkhianati maruahnya dan harta benda suaminya." Mengkhianati maruah maknanya mengerjakan sesuatu kemaksiatan. Lidah yang basah maksudnya telah pun diterangkan oleh ulama-ulama sebagai membanyakkan. Ini adalah merupakan simpulan bahasa, menurut kebiasaan, apakala seseorang memuji atau menyebut nama seseorang yang lain dengan sebanyak-banyaknya, maka dikatakan bahawa lidah sifulan telah dibasahi dengan memuji sianu.

Tetapi pada pandangan saya yang hina-dina ini, jika seseorang jatuh dalam percintaan maka lidahnya akan merasai kemanisan dan kelazatan hanya dengan menyebut nama orang yang dicintainya. Hakikat ini tentu dirasai oleh orang yang pernah jatuh dalam percintaan. Oleh itu, maksudnya sudah jelas iaitu hendaknya menyebut nama ALLAH yang Maha Suci sehinggalah kelazatannya dapat dirasai oleh lidah orang yang menyebutnya.

Hadis 5

Abu Darda r. a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s. a. w bertanya kepada para sahabatnya r. a. "Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi ALLAH yang meninggikan darjatmu keperingkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkah emas dan perak (di jalan ALLAH) yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para sahabat berkata bahkan: "Apakah itu Ya Rasulullah?" Sabdanya:"Zikrullah."

Fadilat dan keutamaan zikrullah yang diterangkan oleh Baginda Rasulullah s. a. w adalah berkaitan dengan keadaan dan masa sebagai keseluruhannya, kerana terkadang-kadang dengan memandangkan keadaan yang tertentu maka sedekah, jihad dan urusan-urusan yang lain dipandang lebih utama daripada segala amalan. Lantaran fadilat dan kelebihan amalan-amalan itu pun diterangkan di dalam beberapa hadis kerana kelebihan amalan-amalan itu adalah berkaitan dengan keadaan yang tertentu sedangkan kelebihan dan kepentingan zikrullah adalah berkaitan dengan seluruh masa (iaitu pada setiap masa).

Hadis 6

Adalah dilaporkan di dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s. a. w bersabda: "Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya).Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah."

Hadis ini juga mengatakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain. Zikir itu dianggap sebagai pembersih hati hati yang kotor, kerana setiap ibadat dikira dalam ertikata sebenarnya apabila ibadat-ibadat itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci.

Oleh itu sebahagian ulama tasauf mengatakan bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah qalbi
(zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah).Dengan mengerjakan zikir qalbi itu hati seseorang manusia terkontek (terhubung) dengan ALLAH buat selama-lamanya. Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama dari segala inadat kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir maupun anggota-anggota batin. Anggota-anggota ini semuanya adalah menurut hati. Jika hati itu berhubung dengan sesuatu maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya. Keadaan para pecinta tidaklah tersembunyi kepada sesiapa pun.

Hadis 7

Abu Said Al-Khudri r. a memberitakan bahawa baginda Rasulullah s. a. w pernah bersabda: "Berapa banyak orang yang di dunia ini mengingati ALLAH s. w. t di kasur yang empuk yang kerananya Tuhan membawa mereka ke peringkat tertinggi di dalam syurga."

Mengenai penderitaan dan kesulitan di dunia menyebabkan (manusia) mendapat darjat yang tertinggi di alam akhirat. Sebanyak penderitaan yang dialami di dunia ini kerana agama. Setinggi itulah martabatnya dipernaikkan di akhirat kecuali zikrullah yang maha suci yang keberkatannya menyebabkan (manusia) mencapai ketinggian martabat walau dikerjakan di atas kasur-kasur yang empuk sekalipun.

Rasulullah s. a. w juga pernah bersabda: "Jika sekiranya kamu senantiasa dengan berzikir nescaya para malaikat akan berjabat tangan denganmu dijalan-jalan dan tempat tidur kamu."

Hadis 8

Dilapurkan dalam sebuah hadis lagi bahawa Rasulullah s. a. w bersabda: " Telah berjayalah mereka yang unggul sendiri." Para sahabat bertanya: "Siapakah yang unggul sendiri ya Rasulullah?" baginda Rasulullah s. a. w bersabda:" Ialah mereka yang menyebut nama ALLAH sebanyak-banyaknya (yakni orang-orang yang senantiasa sibuk dengan zikrullah)."

Dengan memandangkan hadis ini ulama-ualama tasauf menulis bahawa tidaklah harus seorang pemerintah dan para hartawan ditegah daripada zikrullah kerana dengan zikrullah itu mungkin mereka mencapai ketinggian martabat (pada sisi ALLAH).

Hazrat Abu Darda r. a berkata:" Kamu hendaklah mengingati ALLAH dalam kesenangan dan kelapangan nescaya ALLAH akan mengingati kamu dalam kesusahan dan kesempitan."

Hadis 9

Abu Musa r. a memberitakan bahawa Rasulullah s. a. w bersabda: "Perbandingan oarang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti oarang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang mati."

Setiap manusia mencintai kehidupannya dan setiap orang pula takut mati. Baginda Rasulullah s. a. w bersabda: "Barangsiapa tidak mengingati ALLAH s. w. t sungguhpun ia hidup namun keadaanya tidak berbeza dengan keadaan orang yang mati, kehidupannya adalah sia-sia belaka."

Seorang pujangga berbangsa Persia berkata: "Kehidupanku itu bukanlah kehidupan pada hakikatnya tetapi kehidupan yang sebenarnya ialah orang yang dapat mencintai kekasihnya."

Sebahagian ulama yang lain pula mengatakan bahawa perbandingan ini adalah tertuju kepada laba dan ruginya yakni barang siapa yang menyakiti orang yang berzikir itu adalah seperti menyakiti orang yang hidup, maka ia pasti akan dibalas dan dia akan menerima akibat perbuatannya itu. Dan barang siapa yang menyakiti orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang menyakiti oarang yang sudah mati yakni orang yang sudah mati itu tidak boleh bertindak terhadap orang yang menyakitinya itu.

Hadis 10

Abu Musa r. a memberitahukan bahawa baginda Rasulullah s. a. w bersabda: "Jika sekiranya orang yang mempunyai wang yang banayk lalu membahagi-bahagikan (kerana ALLAH) dan seorang lagi sedang sibuk dengan berzikir maka yang berzikir itu lebih utama (daripada oarang yang membelanjakan wangnya kepada jalan ALLAH)."

Sunguhpun membelanjakan harta pada jalan ALLAH adalah satu amalan yang terafdal sekali namun zikrullah itu lebih utama lagi jika dibandingkan dengannya. Alangkah berbahagianya para hartawan yang membelanjakan harta kekayaanya pada jalan ALLAH dan disamping itu mendapat taufik pula untuk mengingati ALLAH s. w. t. Di dalam sebuah hadis telah diberitakan bahawa ALLAH s. w. t juga mensedekahkan (nikmat-nikmatNya) kepada hamba-hambaNya pada setiap hari dan mengurniakan sesuatu pada mereka menurut keadaan mereka itu. Namun begitu tidak ada kekurniaan yang lebih besar daripada taufik utk berzikir.

Monday, January 25, 2010

PENAWAR BAGI HATI : 10 SIFAT HATI YANG DICELA


SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:


1. Gelojoh ketika makan


Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap


Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.


3. Suka marah-marah


Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan. Nabi juga pernah marah, Ikutlah cara nabi, biarlah kemarahan itu kerana tidak redha dengan sesuatu perkara yang bertentangan dengan syara’. Sifat marah itu amat penting untuk membetulkan perkara yang tidak betul… bukan marah akibat ditegur kerana melakukan perkara yang tidak betul.


4. Hasad dengki


Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).


5. Kedekut


Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah


Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.


7. Cintakan dunia


Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).


8. Ego atau sombong


Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.


9. Ujub dan suka bangga diri


Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.


10. Gemarkan pujian atau riak


Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.


Demikianlah sepuluh sifat tercela yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam bukunya Penawar Bagi Hati. Kebanyakan sifat-sifat ini merupakan perbuatan yang terklasifikasi sebagai ‘syirik khafi’ iaitu perkara syirik yang tersembunyi. Sesungguhnya perbuatan syirik boleh menyebabkan terbatalnya iman.. na’udhubillahi min dhalik..

والله اعلم

Saturday, January 23, 2010

INSENTIF KONVEK 2010
DURIAN RUNTUH......

Gempur wahai sahabat seperjuangan..!!

Benar-benar menjadi kenyataan ! bila syarikat berada dalam keadaan stabil dan kuat , ia akan memberikan impak positif kepada ahli. Kali ini target 20 juta dijangka akan berjaya dicapai lebih awal daripada masa yang ditentukan . Perjumpaan PJS Malaysia dan Indonesia menampakan petanda bahawa tahun 2010 HPA akan bangkit lebih berprestige di pesada MLM.

Kalau dahulu HPA hanya dikenali dengan kopi radix sahaja tetapi masahadapan ia akan dikenali sebagai pengeluar produk halal yang terbesar di Negara ini. Semuanya bergantung sejauh mana HPA memainkan peranan utama sebagai penyelamat ummat. Apapun insentif 2010 tetap menjadi pemangkin pasaran yang telah sedia ada.

RENUNGAN : 10 SIFAT YANG MESTI DIPUPUK




السلام عليكم و رحمة الله

Oleh : Hazlan hj. Mohammad

Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita. Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.
Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian. Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…

1. Tulus
2. Rendah diri
3. Setia
4. Berfikiran positif
5. Perwatakan ceria
6. Bertanggungjawab
7. Percaya kepada diri sendiri
8. Pemaaf
9. Mudah berkira
10. Empati

Tulus

Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita.
Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.
Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.

Rendah diri

Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.
Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.
Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.
Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?

Setia

Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.

Berfikiran positif

Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.
Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

Berperwatakan ceria

Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).
Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab

Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.
Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.
Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

Percaya kepada diri sendiri

Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain.
Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

Pemaaf

Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.
Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.

Mudah berkira

Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.
Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

Empati

Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.
Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.

Kesimpulan

10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!

و الله اعلم

Thursday, January 21, 2010

PELANCARAN PRODUK BARU..





Realisasaikan pencapaian RM 20 juta dengan pelbagai produk sedia ada dan produk terbaru.Khusus kepada peminat dan penjual penapis air sila hadir untuk mendengar taklimat kami. Suatu Revolusi Harga Penapis Air akan di lakukan oleh HPA bagi menjamin hak pengguna yang selama ini terpaksa membeli dengan harga yang terlalu tinggi dan menekan.
post by gm...

CORETAN : AMUKAN UNSUR ALAM...

السلام عليكم وحمة الله

و قال الله تعالى
فاخذتهم الرجفة فأصبحوا فى دارهم جثمين
الأعراف : 78

Gambar runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Padang, Indonesia.


Setakat artikel ini di tulis, sudah hampir 600 nyawa disahkan terkorban akibat gempa bumi berukuran 7.6 skala richter yang melanda Padang, Sumatera Barat Indonesia. Angka korban dianggarkan akan mencecah ribuan orang. Begitulah bencana terkini yang melanda negara jiran kita, Indonesia. Sebelum ini kita dipertontonkan dengan keadaan Manila yang ditenggelamkan oleh air akibat ribut taufan.. Angka korban pula dianggarkan sekitar 150 orang, Kemudian tsunami pula melanda Kepulauan Samoa Amerika.

Bencana yang menimpa akibat amukan unsur alam dan terjadi secara berderetan ini sepatutnya menjadi i’tibar dan peringatan kepada kita..

Saya teringat deretan ayat dalam surah Al-A’raf yang menceritakan tentang kisah Kaum Tsamud yang engkar kepada ajaran Nabi Saleh dan menganggapnya sebagai seorang pendusta. Mereka ini dibinasakan Allah dengan gempa bumi yang amat dasyat.

Firman Allah S.W.T :

Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka Shaleh. dia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhammu. unta betina Allah Ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apapun, (yang kerananya) kamu akan ditimpa seksaan yang pedih."
(Al-A’raf : ayat 73)

Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum 'Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi, kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi membuat kerosakan.
(Al-A’raf : ayat 74)

Pembesar-pembesar yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: "Tahukah kamu bahwa Shaleh di utus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?". mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Shaleh diutus untuk menyampaikannya".
(Al-A’raf : ayat 75)

Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: "Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu".
(Al-A’raf : ayat 76)

Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhan. dan mereka berkata: "Hai Shaleh, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus (Allah)".
(Al-A’raf : ayat 77)

Karena itu mereka ditimpa gempa, Maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka.
(Al-A’raf : ayat 78)

Begitulah deretan maksud ayat yang akhirnya membawa kepada bencana gempa dan memusnahkan Kaum Tsamud. Puncanya adalah kerana tidak taat kepada Allah dan utusanNya malah mencabar kuasa Allah S.WT. Sesunguhnya Allah S.W.T tidak pernah berlaku zalim kepada hambaNya, namun hambaNyalah yang seringkali menzalimi diri mereka sendiri.

Ayat ke 78 dalam surah al-A’raf itu diulang sekali lagi dalam surah yang sama pada ayat ke-91.

Kita bagaimana?

Adakah kita telah membuat persiapan untuk menghadapinya? Dalam hal bala’.. Allah SWT tidak membezakan samada seseorang itu beriman kepadanya ataupun tidak. Kita digalakkan senantiasa berdoa agar Allah SWT menyelamatkan kita dari bala di dunia dan azab di akhirat. Kita hanya berdoa, urusan selebihnya adalah hak Allah SWT. Ingatlah, bala Allah diturunkan angkara perbuatan manusia. Di negara kita sendiri terlalu banyak perkara-perkara munkar yang berlaku. Baca sajalah dalam surat khabar dan internet, tontonlah sendiri dalam televisyen…. betapa ramai manusia yang engkar kepada Allah dan Rasulullah SAW. Engkarnya seseorang dan membuat Allah murka bererti dia secara tidak langsung ‘menjemput’ bala dari Allah S.W.T

Firman Allah S.W.T:
Sesungguhnya mereka telah mendustakan kebenaran (Al-Quran) ketika ia sampai kepada mereka. Oleh itu, akan datanglah kepada mereka berita (yang membuktikan kebenaran) apa yang mereka selalu ejek-ejek itu (iaitu mereka akan ditimpa bala bencana).
(Al-An’am : ayat 5

Lagi Firman Allah S.W.T :
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
(Al-An’am : ayat 44)


Adalah menjadi harapan agar kita tidak dilalaikan dengan perkara-perkara munkar dan zalim yang boleh membinasakan diri kita sendiri. Kita turut bersedih dengan apa yang menimpa saudara-saudara kita di tempat lain… namun apakah sekadar bersedih tanpa ada rasa keinsafan dalam diri…. Renung-renungkan….

*Pemimpin yang tidak taat kepada Allah sudah tentu tidak dapat memimpin masyarakat dan rakyatnya agar mentaati Allah SWT. Nilai-nilai kepatuhan beragama tidak dapat diterapkan dengan sempurna dan jadilah masyarakat yang jahil serta melakukan kerosakan. Hal ini tentunya mengundang kemurkaan Allah…..


Wednesday, January 20, 2010

RENUNGAN : HAMPIR TIBA SUATU MASA....


Oleh : Ustaz Aziz Setiawan (Indonesia)


Rasulullah saw bersabda: “Apabila umatku sudah mengagungkan dunia maka akan dicabutlah kehebatan Islam; dan apabila mereka meninggalkan aktivitas amar ma’ruf nahi munkar, maka akan diharamkan keberkahan wahyu; dan apabila umatku saling mencaci, maka jatuhlah mereka dalam pandangan Allah.”


"Hampir tiba suatu masa dimana berbagai bangsa/kelompok mengeroyok kamu, bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni hidangan mereka." Seorang sahabat bertanya: "Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab: "(Tidak) Bahkan jumlah kamu pada hari itu sangat banyak (mayoritas), tetapi (kualitas) kamu adalah buih, laksana buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan menanamkan penyakit "al wahnu". Seorang bertanya, "Apakah al wahnu itu Ya Rasulallah?" Rasulullah menjawab: "Cinta dunia dan takut mati." (HR Abu Dawud).


Al-Quran dan Kehancuran Peradaban


Beberapa ayat al-Quran memberikan penjelasan tentang kehancuran suatu bangsa. Penjelasan al-Quran ini sangatlah penting untuk menjadi pelajaran, khususnya bagi kaum Muslimin, agar mereka tidak mengulang kembali tindakan-tindakan yang dilakukan oleh umat terdahulu, yang dapat menghancurkan peradaban mereka.


Allah SWT berfirman:


“Andaikan penduduk suatu wilayah mau beriman dan bertaqwa, maka pasti akan Kami buka pintu-pintu barokah dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (ajaran-ajaran Allah), maka Kami azab mereka, karena perbuatan mereka sendiri” (QS Al A’raf:96)


Maka apabila mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan tiba-tiba (sekonyong-konyong), maka ketika itu mereka terdiam dan berputus asa. (QS al-An’am:44).


Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepatutnya berlaku keputusan Kami terhadap mereka, kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. (QS al-Isra’:16)


Ayat-ayat dalam al-Quran yang menjelaskan tentang kehancuran suatu negeri itu bercerita, bahwa kehancuran suatu kaum berhubungan dengan hal-hal:


(1) sikap kaum yang melupakan peringatan Allah SWT, sehingga mereka lupa diri dan hidupnya dihabiskan untuk sekedar mencari kesenangan demi kesenangan (hedonisme). Hal ini juga disebutkan dalam al-Quran surat at-Taubah ayat 24.


(2) tindakan elite-elite atau pembesar masyarakat yang melupakan Allah SWT dan membuat kerusakan di muka bumi. Apabila di dalam suatu peradaban sudah tampak dominan adanya para pembesar, tokoh masyarakat, orang-orang kaya yang bergaya hidup mewah, atau sesiapa saja yang bermewah-mewah dalam hidupnya, maka itu pertanda kehancuran peradaban itu sudah dekat.Akan tetapi, dari kedua hal tersebut, inti dari kehancuran peradaban atau bangsa, adalah kehancuran iman dan kehancuran akhlak. Apabila iman kepada Allah SWT sudah rosak, maka secara otomatis pula akan terjadi pembangkangan terhadap aturan-aturan Allah SWT.


Rasulullah saw berkata:


“Apabila perzinahan dan riba sudah melanda suatu negeri, maka penduduk negeri itu telah menghalalkan turunnya azab Allah atas mereka sendiri.” (HR Thabrani dan al-Hakim).


Dalam sejarah manusia, berbagai kehancuran peradaban di muka bumi sudah begitu banyak terjadi.


Dan Allah SWT menganjurkan kaum Muslimin agar mengambil pelajaran (hikmah) dari peristiwa-peristiwa sejarah tersebut.


“Maka berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana hasilnya orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul Allah SWT) (QS an-Nahl:36)


Sebagai misal, Kaum ‘Ad, telah dihancurkan oleh Allah SWT karena berlaku takabbur dan merasa paling berkuasa dan paling kuat. Mereka merasa tidak ada lagi yang dapat mengalahkan mereka, sehingga mereka berkata: “Siapa yang lebih hebat kekuatannya dari kami?” (QS Fusshhilat:15).


Begitu juga kehancuran yang menimpa Fir’aun, Namrudz, dan sebagainya. Di masa Rasulullah saw, kaum Muslim yang jumlahnya sangat besar dan berlipat-lipat daripada kaum kuffar, hampir saja dikalahkan dalam Perang Hunain (QS at-Taubah:25).


Sejarah juga mencatat, bagaimana Peradaban Islam di Spanyol yang sangat agung dan sudah bertahan selama 800 tahun (711-1492) dapat dihancurkan dan akhirnya kaum Muslimin dimusnahkan dari bumi Spanyol. S.M. Imamuddin menyebutkan beberapa faktor penyebab kehancuran peradaban Islam di Spanyol. Yang terpenting adalah adanya perpecahan dan kecemburuan antar suku. Bahkan ada beberapa penguasa Muslim di Spanyol, seperti Ma’mun dari Toledo dan Dinasti Nasrid, mendapatkan kekuasaan dengan bantuan kekuatan Kristen untuk menghancurkan kekuatan Muslim lainnya.1 Sejarah jatuhnya Palestina ke tangan Zionis Yahudi juga boleh dijadikan pelajaran bagi kaum Muslimin. Bagaimana suatu kaum Yahudi yang minoritas dari segi jumlah tetapi dapat mengalahkan kaum Muslim yang sangat besar.


Kehancuran dan kejatuhan berbagai kaum, negeri, bangsa, dan peradaban, inilah yang sepatutnya direnungkan secara mendalam dan sungguh-sungguh oleh kaum Muslimin, khususnya para ulama dan cendekiawan Muslim di wilayah Peradaban Melayu. Apakah gejala-gejala kehancuran suatu negeri atau peradaban seperti yang disebutkan dalam al-Quran dan pernah terjadi dalam sejarah manusia sudah ditemukan dalam wilayah peradaban Melayu? Kalau gejala-gejala itu sudah ada, bagaimana cara menghindarkannya?Yang jelas, jatuh bangunnya suatu peradaban, pada dasarnya tergantung pada kondisi manusia-manusia dalam peradaban itu sendiri. Kekalahan dan kehancuran suatu peradaban adalah disebabkan oleh tindakan mereka sendiri, yang menciptakan ”kondisi layak kalah” (al-qabiliyyah lil-hazimah).


Allah SWT menegaskan:”Yang demikian itu karena Allah sekali-kali tidak akan mengubah nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, sampai mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (QS al-Anfal:53).


Wallahu a'lam

Tuesday, January 19, 2010

Elak Amal Adat Yang Syirik

Ada beberapa adat Melayu yang menjadi kemusykilan. Adat-adat tersebut masih diamalkan di sesetengah tempat. Antaranya:

1. Seseorang (suami) perlu mencabut paku yang telah dipakunya di mana-mana tempat untuk menyenangkan isterinya untuk bersalin.


2. Jangan belitkan kain tuala di leher, nanti anak yang keluar akan terbelit tali pusat di lehernya. Apakah pandangan ustaz ke atas perkara ini menurut Islam?

Jawapan:
Cuba kita renung dan hayati makna ayat al-Kursi berikut: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya (mentadbirkan sekelian makhluk-Nya). Yang tidak pernah berasa mengantuk apalagi tidur. Yang Memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan Dengan izin-Nya (sahaja).

Yang Maha Mengetahui apa yang berada di hadapan mereka dan apa yang berada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah Kehendaki. Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua-duanya. Dan Dia-lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya). (Al-Baqarah: 255)


Subhanallah, betapa agung konsep keesaan Allah swt yang digambarkan oleh ayat tersebut. Allah dengan jelas memberitahu kita bahawasanya segala kuasa itu adalah milik mutlak-Nya semata-mata bukan sahaja di bumi bahkan di langit!

Jadi, apa ukuran yang kita pakai sebagai orang-orang yang benar-benar beriman apabila kita meletakkan sejumlah kuasa pengakibat kepada paku dan tuala?

Adakah mempercayai sial pembawa padah dan petanda atau alamat buruk serasi dengan ajaran Islam terutamanya apabila kita menyentuh bab tauhid dan akidah Islam yang suci dan tulen? Atau dari mana asal kepercayaan-kepercayaan ini sebenarnya?

Sebenarnya ia berpunca daripada kepercayaan silam orang-orang Melayu pada zaman sebelum Islam. Ketika itu ideologi paganisme yang menisbahkan kuasa kepada setiap benda yang wujud di muka bumi ini lalu memuja segalanya. Dipanggil semangat itu, dan semangat ini.

Namun, saki-baki daki syirik kepercayaan lalu masih berakar umbi di jiwa generasi pewaris generasi yang telah bertukar kepada mempercayai ajaran agama Islam sejak kurun ke-10 lagi yang telah mula bertapak di Negeri Terengganu berdasarkan artifak sejarah Tugu Peringatan Batu (Batu Bersurat) yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu.

Walaupun 10 kurun telah berlalu, dan kurun ke-21 telah menjelma kini, ramai yang masih kabur untuk membezakan antara unsur syirik ideologi paganisme silam dengan dasar keesaan Allah swt yang menjadi asas berimannya seseorang yang bergelar Muslim.

Perlu diingat bahawa syirik yang bermaksud 'memberi hak perkongsian terhadap sesuatu contohnya kuasa di antara Allah dan sesuatu benda' ini adalah dosa besar nombor satu dalam senarai 70 dosa-dosa besar.

Allah swt dengan tegas menyatakan pendirian-Nya mengenai syirik ini bahawa ia adalah satu dosa besar yang sangat berat kesalahannya dalam surah al-Nisa', ayat 48 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan Mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua sekalipun), dan akan mengampunkan dosa lain selain daripada dosa itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang amat besar (berat).

Dalam ayat lain, Allah tegaskan perbuatan itu adalah satu kesesatan yang sangat menjauhkan seseorang daripada Allah dalam ayat 116 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan Mengampunkan dosa syirik orang yang mempersekutukan-Nya Dengan sesuatu (dengan sesuatu apa jua sekalipun), dan akan mengampunkan dosa lain selain daripada dosa itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya; Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat menjauhkannya (daripada Allah).

Langit mana kita sanggup junjung, bumi mana kita sanggup bertongkat apabila Allah telah menganggap kita terkeluar senarai daripada keampunan dan rahmat-Nya? Khazanah sunnah juga membawa hadis-hadis yang senada dengan ayat-ayat al-Quran yang telah kita baca tadi.

Hadis paling sahih daripada Sahih al-Bukhari menegaskan bahawa: Dari Abu Hurairah r.a. yang telah mendengar baginda saw bersabda: "Tiada petanda atau alamat buruk atau sial pembawa padah (dalam Islam). Sebaik-baiknya ialah kata-kata yang baik (senang didengari) diperdengarkan kepada kamu." (Sumber: Sahih al-Bukhari, juzuk 5, halaman 2171, bilangan hadis: 5422).

Hadis yang sama juga terdapat dalam Sahih Muslim, Sahih Ibnu Hibban, Sunan al-Bayhaqi al-Kubra, Musnad Imam Ahmadbin Hanbal, Musnad al-Tayalisi, dan Musnad Abu Ya'la menggambarkan betapa besar perkara ini di sisi Islam.

Jangan sekali-kali memandang remeh dan membiarkan ia berterusan dalam kehidupan kerana Imam Ahmad bin Hanbal ada meriwayatkan satu lagi hadis yang lebih jelas mengenai perkara ini yang bermaksud: Dari Abdullah bin 'Amru berkata: Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang membenarkan petanda atau alamat buruk daripada sesuatu sehingga menjejaskan hajatnya untuk berbuat sesuatu sesungguhnya dia telah melakukan syirik.

Para sahabat bertanya: Maka apakah kaffarahnya (penebus kesalahan itu?) Rasulullah saw bersabda: Hendaklah kamu berkata: Allahumma La Khaira Illa Khayruk, Wa La Tiyara Illa Tiyaruk, Wa La Ilaha Ghayruk yang bermaksud: "Ya Allah, tiada kebaikan selain daripada kebaikan milik-Mu, tiada alamat atau petanda selain daripada alamat atau petanda dari-Mu, dan tiada Tuhan selain-Mu". (Sumber: Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, juzuk 2, halaman 220, bilangan hadis: 7045).

Sebaik-baiknya kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad saw seperti membaca: Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi shay'un fil ardhi wa la fissama' wa huwassami'ul alim yang bermaksud: "Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada sesuatu di bumi dan di langit akan (dapat) memudhratkan (sesuatu yang lain) sedang Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Menurut baginda, sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca tiga kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. (Sumber: Sunan Abu Daud, juzuk 3, halaman 132, bilangan hadis: 5088)

Friday, January 15, 2010

GEMPAR..! KAK PAH JOIN PBC..??
PBC KEPALA BATAS
HOTEL SERI MALAYSIA
PENGARAH BERSAMA : PJS ZANBLI ABD RASHID & PJS SYED AGEEL..
JUMLAH : 120 PESERTA..



PJ Cikgu Shikh Mohd Noor membentangkan
modul Pengenalan Syarikat yang cukup bersemangat..


Penceramah Hebat...!!
Pjs Syed Ageel membentangkan modul Gerak Kerja 6M


Urusetia Unit Pendaftaran..
PJS Muzlina abd Rahim & PJS Rohani Md Noor..


OOooo oih..! x aci arr..nk masuk frame gak.. Hehe
Sempat bergambar kenangan dengan fasilatator komuniti kpl batas.


Antara penggerak MUJAHIDAH HPA..



Ok, senyum semua...1,2,3..Senyum..! Peace...hehe

Antara fasilatator muslimat yang hadir..


MENDENDANGKAN LAGU TEMAN SEJATI SEPENUH HATI..

Ni dia tekong nasyid depa..
PJS Shohimi dendang lagu baik punya..
kawan tekong marhaban ngan time sekolah dulu..hehe..



Sat2, Haih..! tangkap gambaq pa x sedia g ni..


PJS Rohani Md Noor di iringi PJS Muzlina Abd Rahim
menyampaikan CendraJantung kepada
PJS Kak Pah..
kalau cendraHati kecik sikit..hehe


Berkongsi pengalaman bersama Tuan Guru,
pemimpin Top 10 MALAYSIA/NUSANTARA..
PJS/PJM Ustaz Mohd Zahir bin Hj Ghazali..


Di bawa khas dari Nilai, Negeri Sembilan.
PJS/PJM Siti Habibah binti Yusuf..


PJS Rohani Md Noor menyampaikan juga CendraJantung kepada PJS Kak Bib..


Peserta Muslimin menumpukan perhatian sepenuhnya
ketika modul di sampaikan..

Peserta Muslimat yang bersama di dalam program..




Peserta menikmati sarapan pagi..


Oooo... KAK PAH join PBC kpl batas ka..
patut la x mai PBC komuniti Sg Petani kami..
Jangan maqah naa...nnti kena..hah hah, P.Ramlee kata pa..
x pa, x kana juai aih, Ops! tersasul la pulak..
Tapi Kak Pah CUTE g.Erm, Betul 3x
hehehe....

PBC JANUARI 2010
HOTEL EL-ZAHRAA INN, SG PETANI...
PENGARAH : PJS MOHD ZAIDI BIN GHAZALI..



Antara Pemimpin-pemimpin KPU yang turut serta..





Gempur produk halal...!!





Peserta asyik mengalunkan lagu..Tangkap lentok abang sorang ni..
Oooo..nasyid ngan awek erk...hehe

Kisah Ummu Sulaim

Ummu Sulaim r.anha adalah ibu kepada Anas r.anhu. Selepas kematian suaminya, tinggallah beliau sebagai janda buat beberapa ketika dengan harapan agar beliau dapat memberikan didikan yang sewajarnya terhadap anak lelakinya. Beliau kemudiannya telah dikahwinkan dengan Abu Talhah r.anhu dan dari perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahayamata lelaki, Abu Umair namanya. Rasulullah saw pernah ke rumahnya dan bermain-main dengan anak mereka.

Pada suatu hari Abu Umair telah ditimpa sakit dan pada ketika itu Abu Talhah sedang berpuasa. Ketika Abu Talhah telah keluar untuk menguruskan kerjanya, budak itu pun meninggal. Kemudian Ummu Sulaim telah memandikan dan membaluti mayat itu dan meletakkannya di tempat tidur anaknya itu.
Setelah selesai, dia pun mandi dan menghiasi dirinya. Apabila suaminya pulang kerumah dan membuka iftarnya lantas beliau bertanya, "Bagaimanakah keadaan anak kita?". Ummu Sulaim menjawab, "Anak kita berada di dalam keadaan aman". Beliaupun berpuas hati. Pasangan itu kemudiannya bersatu pada malam itu.

Apabila mereka bangun pada paginya, Ummu Sulaim bertanya kepada suaminya, "Andaikata seseorang itu telah diamanatkan dengan sesuatu, patutkah ia menyampaikan permintaan yang telah diamanatkan kepadanya atau tidak?". Jawab Abu Talhah, "Ia mestilah menyampaikannya. Ia tidak mempunyai hak untuk menyimpannya".
Balas Ummu Sulaim, "Abu Umair telah diamanatkan oleh Allah swt kepada kita. Beliau telah pun kembali". Abu Talhah diselubungi perasaan sedih dan pilu. Beliau berkata, "Tetapi mengapakah dikau tidak mengkhabarkan kepadaku sebelum ini?". Lalu beliau pergi menemui Rasulullah saw dan menceritakan kisah beliau kepada baginda. Baginda saw lalu berdoa untuknya dan bersabda, "Barangkali Allah swt akan memberkati persetubuhanmu dengan isterimu".

Seorang dari para sahabat berkata, "Daku dapat hidup untuk menyaksikan kesan dari keberkatan doa Rasulullah saw. Hasil dari penyatuan Abu Talhah dan isterinya pada malam itu, mereka dikurniakan seorang cahayamata lelaki bernama Abdullah. Abdullah pula telah mempunyai sembilan orang anak lelaki, yang mana kesemuanya telah menjadi Qari".


Untuk mencapai perasaan ini, memerlukan keberanian dan kesabaran seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Ummu Sulaim di saat kematian anaknya. Beliau tidak suka suaminya mengetahui akan kematian anaknya ketika suaminya sedang berpuasa serta memerlukan makanan dan juga rehat.

Thursday, January 14, 2010

Ilmu Angkat Martabat Manusia Sebagai Khalifah

ISLAM menjadikan ilmu pengetahuan penggerak utama mencapai maksud merubah kehidupan ke arah lebih baik. Ilmu diangkat ke tahap paling tinggi kerana tanpa ilmu pengetahuan, segala kegiatan akan menemui kegagalan dan tidak sampai kepada matlamat sebenar, iaitu mencari keredhaan Allah. Menurut Islam, ilmu pengetahuan adalah ukur tara yang jelas bagi membezakan antara seseorang dengan yang lain. Ini dijelaskan melalui firman Allah bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)

Allah meletakkan orang beriman dan berilmu ke tahap paling tinggi, seperti ditegaskan All
ah dalam firmannya bermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 11) Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana.” (Surah al-Zumar, ayat 9)
Daripada Ka’ab bin Malik, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu itu wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.” (HR al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Baginda Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” (HR Ibn 'Adiyy, Al-Bayhaqi dan Al-Tabarani)
. Kedudukan serta martabat orang berilmu diangkat dan diletakkan di tempat yang tinggi. Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah bermaksud: “Allah mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan.” (Surah al-Mujadalah, ayat 11).

Rasulullah SAW mengajarkan sahabat untuk selalu berlindung daripada sifat malas. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (HR Muslim)
Sebenarnya, ilmu yang ada pada kita amat sedikit. Alangkah sayangnya jika ilmu yang sedikit dikurniakan Allah gagal untuk dimanfaatkan bagi tujuan agama dan ummah.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah Tuhanku, walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan.” (Surah Al-Kahfi, ayat 109) Satu peringatan keras daripada Rasulullah SAW, dilaporkan daripada Abu Hurairah, sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari reda Allah, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (HR Abu Daud dan Ibn Majah).

Niat menuntut ilmu juga penting kerana jika tujuan mendalami sesuatu bidang tidak bagi mencapai keredhaan Allah, maka rugi di dunia apatah lagi di akhirat.
Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata: “Ilmu diiringi dengan perbuatan. Barang siapa berilmu maka dia harus berbuat. Ilmu memanggil perbuatan. Jika dia menjawabnya, maka ilmu tetap bersamanya, namun jika tidak maka ilmu pergi darinya.”

Diriwayatkan, Rasulullah SAW ada memberitahu kepada Abu Dzar: “Wahai Abu Dzar, kamu pergi mengajarkan ayat dari Kitabullah lebih baik bagimu dari solat seratus rakaat. Dan, pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan, dilaksanakan atau tidak, itu lebih baik dari solat seribu rakaat.” ( HR Ibnu Majah)

Wednesday, January 13, 2010


Ar-Rubai Mendoakan Kebaikan Anaknya

AR-RUBAI binti An-Nadhr ialah seorang wanita yang baik. Beliau mempunyai adik-beradik iaitu Anas dan Ummu Hakim. Dia juga mempunyai seorang bapa saudara yang bernama Anas bin Malik. Beliau adalah pembantu kepada Nabi Muhammad. Ar-Rubai merupakan wanita yang awal memeluk agama Islam.

Ar-Rubai berkahwin dengan Suraqah bin al-Haris an-Najjari. Hasil perkahwinan mereka lahir seorang anak lelaki yang diberi nama Harisah. Ar-Rubai atau dikenali dengan panggilan Ummu Harisah adalah seorang ibu yang pandai mendidik anaknya. Ar-Rubai selalu mendoakan agar anak lelakinya itu menjadi seorang pahlawan Islam yang handal.

"Harisah, sekarang awak sudah besar. Ibu mahu awak ikut Nabi Muhammad dalam siri peperangan," kata Ummu Harisah. "Ibu, saya belum biasa memegang pedang. Apatah lagi menunggang kuda atau memanah," balas Harisah pula. "Itu tidak menjadi masalah. Nabi Muhammad boleh menolong awak. Ibu percaya Nabi Muhammad boleh menyelesaikan masalah awak ini," kata Ummu Harisah. "Baik ibu. Saya akan belajar bersungguh-sungguh teknik dan cara peperangan yang betul," jelas Harisah dengan bersemangat. Harisah seorang anak yang baik dan taat kepada ibunya. Berkat nasihat dan doa dari ibunya, Harisah akhirnya menjadi seorang pemuda yang gagah berani. Anaknya itu tidak gentar menghadapi musuh. Bahkan anaknya sering mengharapkan agar dirinya mati syahid di medan perang.

Pada suatu hari Nabi Muhammad berjumpa dengan Harisah lalu bertanya, "apa khabar awak sekarang?" Lalu Harisah menjawab, "Saya sihat dan sejahtera. Saya kini sudah benar-benar merasakan betapa agungnya nikmat yang Allah berikan kepada saya. Hidup dan mati saya hanya kerana Allah," kata Harisah. Nabi Muhammad pun berkata lagi, "hati awak kini sudah dipenuhi dengan keimanan kepada Allah". Harisah bertambah semangat mendengar kata-kata Nabi Muhammad lalu dia menyambung lagi, "Wahai Nabi Muhammad saw, tolong doakan semoga saya berjaya mengalahkan musuh di medan perang. Sekiranya saya gugur di medan perang, doakan saya gugur sebagai seorang pahlawan Islam yang syahid".

Nabi Muhammad saw pun mendoakan semoga Harisah menjadi seorang yang syahid dalam peperangan melawan musuh Islam. Tiba masanya tentera Islam menghadapi musuh di Perang Badar pada tahun 2 Hijrah. Ummu Harisah tidak mahu anaknya melepaskan peluang keemasan itu. "Wahai Harisah, pergilah ikut Nabi Muhammad dan tentera Islam yang lain ke medan perang Badar. Berjuang sehabis-habisan demi menegakkan agama Islam," kata Ummu Harisah kepada anaknya. "Doakan semoga tentera Islam berjaya di medan perang Badar," kata Harisah sambil berjabat tangan lalu mencium tangan ibunya.

Harisah pun berangkat bersama angkatan tentera Islam ke medan Perang Badar. Perang Badar berlaku kerana umat Islam ingin mempertahankan keselamatan orang Islam. Pihak Quraisy Mekah tidak serik menindas dan mengancam orang Islam Makkah pada masa itu. Berkat doa Nabi Muhammad akhirnya Harisah mati syahid di medan Perang. Berita kematian anaknya sampai kepadanya. Ummu Harisah menerima berita itu dengan tenang. Dia berdoa semoga anaknya dimasukkan ke syurga.

Ummu Harisah terus berjumpa dengan Nabi Muhammad lalu berkata, "wahai tuan, bagaimana keadaan Harisah. Sekiranya dia kini berada di syurga alangkah gembiranya saya. Tetapi jika sebaliknya saya amat sedih mendengar kematiannya". Nabi Muhammad tersenyum lebar lalu berkata, "Wahai Ummu Harisah, anak awak kini sedang berseronok di syurga Firdaus". Alangkah gembiranya Ummu Harisah apabila Nabi Muhammad membawa berita itu. "Alhamdulillah. Cita-cita Harisah untuk mati syahid akhirnya tercapai. Harisah kini bahagia di syurga yang paling tinggi," kata Ummu Harisah sendirian.

Ummu Harisah tidak ketinggalan melaporkan hadis dari Nabi Muhammad. Anak saudaranya yang bernama Anas bin Malik juga turut melaporkan hadis darinya. Sepanjang hidupnya Ummu Harisah banyak menghabiskan masanya dengan melakukan amal ibadah kepada Allah.

Tuesday, January 12, 2010

Ilmu Menjadikan Kita Takut Kepada Allah Swt

Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan.

Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengadakan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu perkembangan yang baik kepada peningkatan kualiti umat Islam di negara ini dan agama Islam itu sendiri.

Persoalannya, apakah ilmu yang mereka perolehi ini benar-benar memberikan manfaat dan kesan ke dalam diri mereka?. Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah swt. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. Allah swt telah memuji para ulama melalui firman-Nya: Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. (Al-Faatir: 28)

Inilah ilmu yang paling bermanfaat kerana ilmulah yang memandu kita ke jalan akhirat. Kalam hikmah ini diungkapkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al Sakandari r.a dalam Hikamnya yang bertajuk al Hikam al Atoiyyah.

Terbukti, kalam hikmahnya ini telah mampu melunakkan hati yang keras, menenangkan jiwa yang resah, mengekang nafsu yang rakus dan mengajak manusia menyelami hikmah-hikmah di sebalik kejadian Allah swt. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Adapun orang alim yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah bukanlah orang alim yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya. Ilmu sebegini hanya akan menjadi hujah ke atasnya di akhirat kelak dan sebab yang akan mengundang bala dan akibat yang buruk kepadanya.

Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata, "Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati". Ini bukanlah ciri-ciri pewaris para nabi kerana pewaris para nabi memiliki sifat zuhud terhadap dunia, berminat terhadap akhirat, ikhlas menyampaikan amanah ilmu dan bertakwa.

Orang yang memiliki ilmu yang bermanfaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah. Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata: "Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah swt".

Abu Muhammad r.a pernah ditanya: "Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri". Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan: "Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah".

Al Wasiti r.a berkata: "Manusia yang paling pengasih ialah ulama, kerana perasaan takut mereka kepada Allah dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah swt". Banyak ayat dan hadis yang menyebut tentang kemuliaan ilmu atau ulama. Rasulullah saw pernah bersabda: "Penuntut ilmu dijamin oleh Allah rezekinya".

Ketahuilah, bahawa ilmu yang diulang-ulang sebutannya di dalam al-Quran dan hadis Nabi saw ialah ilmu yang bermanfaat yang disertai oleh perasaan takut kepada Allah. Bahkan, ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang mampu menguasai nafsu dan mengekang syahwat. Disebut juga, ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang membantu pemiliknya mentaati Allah, dan berdiri di atas landasan agama Allah.

Sebahagian Salaf berkata: "Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka bertambah jugalah kekhusyukannya (kerendahan hatinya)". Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a: "Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah swt dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu".

Beliau berkata lagi: "Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih-kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.

"Apabila orang alim yang mencintai dunia dan ahlinya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah mengikut kadar kecintaannya kepada dunia". Allah swt berfirman (maksudnya): Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat. (Al-Rum: 7)

Rasulullah saw bersabda: "Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)". (HR Imam Ahmad dan al Hakim)

Fudhail ibn 'Iyadh berkata: "Orang alim ialah doktor agama dan cinta dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah memasukkan atau mengheret penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati orang lain". Sesiapa yang ilmunya memandunya kepada menuntut dunia, ketinggian di dalamnya, jawatan dan pandangan makhluk, maka ia adalah ilmu yang tidak bermanfaat. Bahkan, dia tertipu dengan ilmunya.

Tidak ada kerugian yang lebih besar daripada rosaknya orang alim dengan ilmunya yang diharapkan dapat menyelamatkannya. Kami memohon dengan Allah daripadanya. Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan. Ulama mengumpamakan orang yang menghabiskan banyak waktu menuntut ilmu, duduk selama 40 atau 50 tahun belajar tanpa beramal, seperti orang yang asyik bersuci selama waktu itu dan memperbaharui wuduknya tetapi tidak solat walau satu rakaat.

Ini kerana maksud atau tujuan suatu ilmu ialah beramal dengannya sebagaimana tujuan berwuduk adalah untuk melakukan solat. Berkata sebahagian ulama: "Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".

 

blogger templates | Make Money Online