BERKONGSI NIKMAT IMAN, ISLAM ALLAHHU AKBAR

Thursday, April 22, 2010

GURU, QUDWAH HASANAH ATAU SEBALIKNYA..?


bismiLlah...akhirnya ana berpeluang untuk mencoret dalam ruangan ini. tiap2 hari ana buka blog ana tapi tak terbuka hati nak menulis apa2. ana cuma selesa bermonolog dengan diri sendiri. berfikir dan berfikir. dalam entri kali ini ana tak berniat untuk berkongsi pengalaman praktikum ana di sekolah dalam p&p bahasa arab. mungkin kerana ana belum dapat menguasai kemahiran seorang guru, maka tiada apa yg nk ana kongsikan. (belum bersedia sebenarnya)satu persoalan yang sering bermain dalam fikiran ana.guru dan cabaran masa kini...terdapat beberapa cabaran yang dihadapi guru zaman moden:
anak-anak yang manja dengan teknologi
ibu bapa yang sibuk kerja
rakan seperjuangan tapi berlainan matlamat
pihak pentadbir yang utamakan publisiti
lain-lain pihak yang berkaitandisebabkan cabaran-cabaran ini maka guru berada dalam dilema. apabila berhadapan dengan murid yang nakal, guru hanya mampu menggetap bibir menahan kesabaran tanpa dapat membuat sebarang tindakan. mungkin hanya melaporkan pada pihak disiplin. walhal mendidik bukan tugas guru disiplin sahaja. mendidik adalah tugas semua pendidik. namun apabila tugas ini diketepikan maka apakah peranan guru sebenarnya?apabila berhadapan dengan cabaran-cabaran ini, maka sebagai guru kita harus merujuk pada guru yang utama dalam lipatan sejarah manusia. guru yang bukan sahaja berjaya mendidik masyarakatnya malahan berjaya mencipta satu tamadun yang paling agung di dunia. guru yang ana maksudkan adalah baginda Rasulullah S.A.W. baginda mampu menjadi contoh ikutan sepanjang zaman. biarpun perbezaan zaman baginda dan kita sangat berbeza namun itulah satu-satunya manusia yang masih disebut-sebut, masih dikenang-kenang hingga kini.

persoalannya sejauh mana kita sebagi guru mengenalinya dan sejauh mana pengenalan anak murid kita pada baginda? adakah anak murid kita lebih mengenali artis2 popular berbanding baginda yang wajib dicintai?sebagai guru, setiap tingkah lakunya akan memberi kesan pada anak murid yang diajar. namun adakah kita sedar akan hal ini? setiap tingkah laku kita yang akan menentukan corak bangsa kita. andai selama ini kita menjadi guru kerana ia merupakan salah satu pekerjaan yang mampu kita galasi, maka kita telah silap. semua orang dewasa merupakan guru pada remaja dan kanak-kanak manakala remaja merupakan guru pada kanak-kanak. jika barisan pertama sudak goyah maka apakah yang akan berlaku pada barisan seterusnya?perumpamaan yang mudah, jika kita menanam anak pokok durian, maka ia akan tumbuh menjadi sepohon durian.mana mungkin kita menanam anak pokok durian dan mengharapkan ia akan membesar menjadi sepohon rambutan. bagaimana cara kita mendidik anak-anak sekarang, maka mereka lah yang menjadi pemimpin pada masa akan datang. jika kita mahu pemimpin akan datang merupakan pemimpin yang bercirikan apa yang dikehendaki oleh Al-Quran dan As-Sunnah, maka bermula dari sekarang kita wajib menerapkan nilai-nilai Al-Quran dan Sunnah dalam diri anak-anak murid kita.
perumpamaan yang lain, jika kita ingin menanam pokok buah-buahan, maka kita akan memilih baka yang baik. ini kerana baka awal yang baik akan diwarisi oleh generasi seterusnya. begitu juga manusia, andai datuk dan nenek kita mempunyai penyakit darah tinggu, maka penyakit itu akan diwarisi oleh kita juga. alangkah cantiknya penciptaan Allah. Allah telah tunjukkan pada kita manusi akan mewarisi antara satu sama lain, maka mengapa kita tidak mengambil iktibar untuk membendung masalah yang terjadi dalam kalangan remaja kita kini agar ia tidak melarat dan menjadi barah bagi generasi seterusnya?sesungguhny
a peringatan demi peringatan itu sentiasa bermain di mata kita cuma apabila hati telah penuh dengan dosa dan titik hitam, kebaikan itu seolah-olah terkubur dan yang kita lakukan hanyalah mengundang kemurkaan Allah semata.

0 Siapa Bran Komen Ni..!:

 

blogger templates | Make Money Online