NASIHAT-MENASIHATI SESAMA KITA..
TEGURAN TEMAN SEPERJUANGAN..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
HUKUM MENEGUR ORANG & KISAH SAIDINA U'MAR
: | Sifat Peribadi Umar al-Khattab 1) Ubaidullah bin Umar menceritakan bahawa suatu hari para sahabat melihat Umar memikul tempat air di bahunya. Lalu mereka bertanya : "Wahai Amirul Mukminin ! Mengapa tuan sendiri yang memikul air ini ?" Jawab Umar al-Khattab : "Saya merasakan bahawa diri saya telah takbur, lalu saya mengangkat air ini untuk menundukkannya" 2) Kata Aslam beberapa orang berbicara dengan Abdul Rahman bin Auf. Kata mereka : "Umar al-Khattab telah menimbulkan rasa takut kami sehingga mata kami tidak berani bertentangan mata dengannya" Hal ini diadukan oleh Abdul Rahman bin Auf. Lalu Umar al-Khattab berkata : "Benarkah mereka berkata demikian ?" "Demi Allah, saya telah cuba melunakkannya, sehingga lantaran lunak saya itu saya takut dimarahi Allah. Saya cuba pula dengan sikap keras sehingga saya takut Allah marah kepada saya. Bagaimanakah lagi ? Bagaimana nasib saya yang berbeza dengan mereka ?" 3) Diriwayatkan oleh Umar bin Murrah bahawa seorang lelaki bertemu dengan Umar al-Khattab dan berkata : "Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami amat gentar melihatmu !" Umar menjawab : "Adakah saya berbuat sesuatu yang zalim ? " Jawab lelaki itu : "Tidak" Kata Umar lagi : "Kalau begitu, biarlah Allah menambah rasa takut dalam hatimu terhadapku" 4) Menurut Barrak bin Makrur : "Pada suatu hari Umar al-Khattab naik ke mimbar untuk memberi tazkirah, tiba-tiba dia merasa sakit. Menurut para jamaah, ubatnya adalah madu lebah dan di Baitulmal banyak tersimpan madu lebah" Kata beliau : "Kalau tuan-tuan izinkan, saya akan gunakannya, tetapi kalau tidak diizinkan haram ke atas saya mengambilnya" Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar" Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi 1)Hukum menegur atau menasihatkan orang Perkara ini kena lihat kepada siapakah yang kita tegur atau nasihat itu. Jika mereka adalah orang yang bukan bawah tanggungan kita seperti kawan2 dan atau orang ramai maka hukum menegur atau menasihat tentang kesalahannya itu adalah fardu kifayah. Jika mereka tidak endah atau tidak mempedulikan dengan teguran kita itu, maka terlepaslah sudah tanggung jawab kita menegur mereka kerana kewajipan tersebut akan di teruskan oleh orang lain pula. Dan jika mereka itu adalah orang yang dibawah tanggungan kita seperti anak dan isteri kita maka menegur kesalahan mereka adalah fardu ain. Maka anak isteri yang masih meneruskan perbuatan dosa seperti membuka aurat walau pun sudah diberi teguran tetap wajib atas kita menegur mereka itu sampai mereka menutup aurat dengan sempurna. Mohon disebarkan pula pada saudara2 kita yang lain, moga Allah merahmati kamu yang menolong agama Allah. wallahua'lam |
0 Siapa Bran Komen Ni..!:
Post a Comment