BERKONGSI NIKMAT IMAN, ISLAM ALLAHHU AKBAR

Thursday, December 31, 2009

MINUM BERDIRI & KELEBIHAN AIR ZAM-ZAM



Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Permasalahan berkaitan minum berdiri ini telah menyebabkan ulama berbeza pendapat mengenai hukum minum berdiri itu. Hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh Imam Muslim iaitu:

Terjemahan: dari Anas R.A., sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri. Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771. Hadis ini menjelaskan larangan yang berbentuk tegahan minum secara berdiri. Namun ulama telah berselisih pendapat mengenai larangan minum berdiri ini. Ibn qym berpendapat hokum minum berdiri ini adalah haram dan hanya dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum secara duduk.

Namun beberapa fuqaha seperti Imam Malik berpendapat larangan ini telah dimansukhkan dengan hadis Ibn Abbas iaitu:
Terjemahan: dari Ibn Abbas berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri (riwayat Muslim).

Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim didalam kitab minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadis ke 3776. Hadis ini menunjukkan Rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Imam Malik telah memansukhkan hadis yang pertama tadi dengan hadis ini yang menunjukkan minum berdiri bukan haram. Perkataan nabi melarang minum berdiri itu, menurut zahirnya larangan minum sambil berdiri itu. Tetapi hadis Ibnu Abbas menunjukkan bolehnya minum berdiri. Al-Mazuri berkata, orang-orang yang berselisih pendapat dalam masalah ini ialah jumhur yang berpendapat boleh minum berdiri dan pendapat yang lain berpendapat makruh.

Hadis dari Anas merupakan hadis sunnah qauliyah manakala hadis dari Ibn Abbas merupakan hadis sunnah fi’liyyah. Apabila kedua-dua hadis ini bertembung, maka yang menjadi dasar hukum ialah hadis sunnah qauliyah, manakala hadis sunnah fi’liyyah berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah qauliyah tersebut. Ini bererti tegahan pada hadis Anas tadi bukan membawa maksud haram, tetapi makruh.

Nawawi berkata yang sebenarnya, larangan yang dimaksudkan itu adalah untuk kebersihan dan perbuatan nabi minum berdiri itu menjelaskan bolehnya minum berdiri dan tidak haram. Berdasarkan pada hadis yang menegah minum berdiri itu, dapat di ihat mengapa Rasulullah saw menegah kita minum berdiri. Di antara sebab di larang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; di mana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang. Adapun minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan."

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang (strain) dan pada masa yang sama sisitem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota. Kerehatan otot adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan wujud ketika mana duduk. Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul. Namun demikian diharuskan berdiri ditempat yg tak sesuai duduk seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan Rasulullah SAW minum air zam-zam berdiri.

Persoalannya di sini, mengapa Rasulullah SAW minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati. Jadi inilah sebab Rasulullah SAW minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut cepat dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan anbodi kepada orang yang meminumnya. Di sini saya tunjukkan perbandingan unsur-unsur yang terdapat di dalam air zam-zam dengan air mineral:


PERBANDINGAN UNSUR KIMIA:

ZAM ZAM ( Mg/l ) ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, MINERAL
* Klorida (cl) 159,75 ,………………………………………......Mineral : 30
* Sulfat (SO24) 140 ,…………………………………………...M ineral : 27
* Nitrat (NO3) - ,…………………………………………....…..Mineral : 15
* Nitrit (NO2) 0,045 ,……………………………………..…...Mineral : -
* Bikarbonat (HCO3) 398,22,……………………………..…Mineral : 32
* Flour (F) - ,…………………………………………. ……….....Mineral : 0,7
* Besi (Fe) tak terdeteksi ,………………………………..…..Mineral : 0
* Mangan (Mn) 0,014 ………………………………………....Mineral : -
* Natrium (Na) 318,0 ,………………………………………....Mineral : 20
* Kalium (Ca) 182,2 ………………………………………….... Mineral : 3
* Zat Padat Terlarut (TDS) 858 , …………………………..Mineral : 170
* Magnesium (Mg) 6,86 ……………………………………….Mineral : 5
* Zat Organik 2,79 -………………………………………….. ...Mineral : -
* Jumlah Mikro Organisme (TPK) 38 kolom/ml -…....Mineral : -
* PH 7,3 ………………………………………….. …………….......Mineral : 7,2

Melalui jadual di atas kita dapat lihat perbezaan yang sangat ketara di antara unsur-unsur yang terdapat dalam air zam-zam dengan unsur yang terdapat dalam air mineral, air zam-zam mempunyai kualiti yang sangat tinggi dan tidak dapat di tandingi oleh mana-mana air.

Selain itu diantara kelebihan air zam-zam ialah apabila peminumnya berniat menjadikannya sebagai penawar nescaya Allah akan menyembuhkannya atau dengan niat untuk mendapatkan pertolongan nescaya allah akan menolong. Oleh sebab inilah Rasulullah SAW telah mengajarkan beberapa kaedah dan doa apabila hendak minum air zam-zam ini supaya mendapat keberkatan dari Allah.

Air zam-zam juga mempunyai kelebihan di mana mata airnya tidak pernah kering, walaupun berjuta-juta umat manusia meminumnya setiap hari terutamanya pada musim haji, bahkan pada masa kini dengan peralatan canggih orang yang berada di masjid Nabawi yang jaraknya 450km dari mekah dapat meminum air zam-zam setiap saat dan ianya tidak pernah berkurang apatah lagi kering. Ini menunjukkan keistimewaan yang terdapat pada air zam-zam.

Wednesday, December 30, 2009

RAHSIA DI SEBALIK BERWUDHUK



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlahkamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'.

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini'.

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'


Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'.

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat'.

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Tuesday, December 29, 2009

KELEBIHAN MEMAKAN KISMIS


Kita tidak perlu menjadi seorang pengembara atau seorang pendaki untuk mengiktiraf kismis sebagai satu jenis makanan yang ajaib. Ini kerana kismis adalah makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi dan rendah kandungan lemak serta kolesterol juga selalu diambil oleh para pengembara dalam mengekalkan stamina mereka. Kismis adalah makanan yang mudah untuk diuruskan dan hampir tidak akan menjadi benyek. sepertimana buah buahan kering yang lain, kismis begitu mudah didapati sepanjang tahun.

Kismis dihasilkan daripada proses penghidratan ke atas buah anggur samaada penghidratan menggunakan cahaya matahari ataupun menggunakan ketuhar. Antara jenis2 kismis yang popular adalah Sultana, Malaga, Monukka, Zante Currant, Muscat dan Thompson seedless.Kismis mempunyai saiz sebesar batu kerikil dan mempunyai kedutan yang menyeliputi isinya yang kenyal. Ia juga mempunyai rasa yang manis seperti gula. Kismis selalunya berwarna perang dan biru seakan hitam. Nama saintifik bagi kismis adalah Vitus vinifera. Antara khasiat kismis adalah seperti berikut :


Membantu menajamkan Minda:

Kismis mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yeng terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ringkas ini telah dikenal pasti dapt meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

Jika kita lemah dalam matapelajaran Matematik, amalkan pengambilan kismis setiap pagi sebelum ke kelas atau kuliah. Ingat! Anda dilarang mengambil nasi lemak ketika hendak belajar kerana ia mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Pencernaan lemak memerlukan kandungan darah beroksigen yang tinggi. Jadi darah yang diperlukan oleh otak telah digunakan untuk mencernakan lemak kepada sumber tenaga. Itulah sebabnya kita akan mengantuk selepas makan nasi lemak(Otak kekurangan oksigen). Imam Zuhdi berkata, ” Sesiapa yang ingin menghafal hadith(menguatkan daya ingatan) hendaklah ia kerap memakan anggur kering”.

Perlindungan Antioksida :

kismis bukan sahaja menjadi bahan ujikaji kajian “phytonutrient” kerana mereka mengandungi Phenol, bahkan mereka merupakan sumber alternatif mineral boron bagi rakyat sedunia. Phenol yang dijumpai di dalam kismis mempunyai aktiviti antioksida. Boleh dikatakan aktiviti antioksida bagi hampir semua buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sejajar dengan aktiviti antioksida yang terdapat didalam kismis. hebat bukan ?

kismis dikategorikan sebagai salah satu daripada buah-buahan yang kaya dengan anti0ksida selain buah prun dan aprikot. Flavonol, salah satu jenis phenol daripada keluarga flavonoid dikatakan hampir tidak terjejas kandungannya ketika proses pengeringan anggur tetapi kandungan phenol di dalam kismis adalah lebih rendah daripada anggur. Ini disebabkan kebanyakan daripada phenol telah dimusnahkan dalam proses penukaran anggur kepada kismis. Phenol-phenol ini adalah hydroxycinnamics (asid kaftarid dan kautarid), procyanidins dan flavan-3-ols.

Boron untuk tulang yang sihat:

Walaupan jarang kita dengar tentng kepentingan boron dalam kehidupan kita tetapi disini saya ingin menerangkan bahawa boron berkait rapat dengan wanita iaitu kesihatan tulang dan Osteoporosis(tulang rapuh). Boron merupakan mineral yang diperlukan bagi menukar Estrogen dan Vitamin D kepada bentuk paling aktif(17-beta-estradiol dan 1,25-(OH)2D3). Kandungan estrogen yang menurun selepas Menopause menyebabkan Osteoclast menjadi sensitif terhadap hormon paratiroid( terletak di leher) yang memberi isyarat kepada mereka untuk merapuhkan tulang. Kajian menunjukkan bahawa boron memberikan perlindungan daripada Osteoporosis dan mengembalikan semula kebanyakan efek positif Estrogen kepada wanita yang telah Menopause. Kismis merupakan antara “top 50″ penyumbang terbesar bagi Boron di Amerika Syarikat.

HIASI DIRI DENGAN AKHLAK PARA NABI

Orang soleh menghiasi diri dengan akhlak anbia

UMUMNYA setiap individu mempunyai tanggungjawab memperbaiki (islah) diri dan keluarga masing-masing. Apabila setiap individu itu berada di landasan iman dan sentiasa memelihara nilai baik, maka seluruh masyarakat akan menjadi baik, insya-Allah. Sebenarnya konsep pembinaan masyarakat bertamadun, bergantung kepada buruk atau baik akhlak setiap individunya.Firman Allah bermaksud,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang dikurniakan kepada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” – (Al-Anfal 53).

Ayat itu jelas menunjukkan Allah hanya mahukan hamba-Nya berada dalam keadaan kedamaian, kebaikan dan kemuliaan. Allah tidak menghukum hambanya tanpa ada sebab daripada diri mereka sendiri. Rosaknya masyarakat adalah kerana rosak moral pemimpinnya.

Rijal memimpin Nisa'Sabda Rasulullah: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Raja (ketua negara) adalah pemimpin dan ia bertanggunjawab terhadap rakyatnya. Orang lelaki adalah pemimpin kepada keluarganya dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Wanita juga adalah pemimpin di rumah suaminya. Dia bertanggungjawab terhadap pimpinannya.“Hamba juga adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab ke atas harta benda tuannya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan masing-masing bertanggungjawab terhadap pimpinannya.Daripada hadis ini, nyata setiap orang itu mempunyai komitmen dalam membaiki (islah) orang yang dibawah jagaannya. Tanggungjawab itu terpikul di atas bahu setiap orang walau di peringkat mana mereka berada. Raja terhadap rakyatnya, pemimpin terhadap orang yang dipimpin, guru terhadap murid, majikan terhadap pekerja, bapa dan ibu terhadap anak-anak dan seterusnya.Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud; “Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal salih di kalangan kamu, bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di muka bumi, sebagaimana ia menjadikan orang yang sebelum mereka, khalifah yang berkuasa, dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang diredai-Nya.“Dan ia juga menggantikan bagi mereka keamanan selepas mereka mengalami ketakutan. Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak menyengutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan ingatlah sesiapa yang kufur sesudah itu, merekalah orang yang fasik. – (An Nur, 55).Jelas daripada ayat itu setiap orang adalah khalifah (pemimpin) di muka bumi ini. Ini diperkukuh pula dengan asal kejadian manusia seperti firman-Nya yang bermaksud; “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi (manusia daripada keturunan Adam).” – (Al Baqarah, 30).Dari apa yang dapat dinyatakan di dalam al-Quran dan apa yang berlaku sehari-hari, rosaknya masyarakat disebabkan rosaknya akhlak pemimpin. Rosaknya remaja adalah kerana rosaknya akhlak orang tua.Ini dijelaskan oleh al-Quran dalam firman Allah bermaksud; “Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap negeri orang besar (pemimpin) yang jahat dan mereka melakukan penipuan di dalamnya, pada hal tiada mereka memperdayakan melainkan diri sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.” – (Al-An-am, 123). Di dalam keluarga, misalnya akhlak orang yang lebih tua sangat mempengaruhi mereka yang masih muda. Pepatah Melayu menyebutkan bapa borek anaknya rintik.Antara akhlak jelek orang tua ialah penyelewengan kuasa dan rasuah. Jika akhlak jelek ini berleluasa dan berterusan maka masyarakat akan hancur. Perundangan, peraturan dan disiplin tidak akan dapat ditegakkan lagi.Tepat seperti yang digambarkan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, kami perintahkan orang yang melampau itu supaya taat, lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat, maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. – (Al-Israk, 16).Maka amat teranglah orang yang mampu memperbaiki masyarakat adalah orang yang berakhlak mulia. Orang yang fasik dan rosak akhlaknya tidak akan berusaha memperbaiki orang lain. Malah bumi ini pun adalah untuk orang yang baik.Firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya bumi ini akan diwarisi hamba-Ku yang salih. - (Al-Anbiya, 105).Dari ayat ini dapat diambil satu kaedah landasan pembinaan generasi adalah berasaskan kualiti manusia yang memimpin. Landasannya adalah ilmu (intelektual) akal, ruhani serta akhlak yang mulia.
Antara ciri orang yang salih ialah beriman teguh kepada Allah dan rasul-Nya. Menghiasi diri dengan akhlak anbiya. Berkorban untuk menegakkan syariat. Mendorong amar makruf. Berusaha mencegah dan menegah kemungkaran. Berlaku adil dan membantu kalangan yang memerlukan.Inilah ciri mereka yang diberi kepercayaan untuk membina dan memperbaiki generasi ummah yang diredai.

Monday, December 28, 2009

KEBAIKAN DUDUK IFTIRASH ( Tahiyyat Akhir )




Assalam... Kali ni Triple M nak kongsi info tentang kebaikan duduk iftirash atau duduk ketika tahiyyat akhir. Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarajah refleksologi di atas, kita dapati kaki kanan mendapat tekanan di bahagian atas dan kaki kiri kita dapat tekanan di bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi tekanan refleksologi yang menyeluruh. Tapi bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat tekanan refleksologi untuk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian – Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands dan sebagainya seperti dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana mengikut sunnah dan juga kesihatan yang menyeluruh melalui
‘indirect reflexology excersize’ utk bahagian kritikal – brain, neck, throat dan sebagainya.

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:

Aku melihat Nabi Muhammad saw apabila Baginda duduk pada rakaat yang kedua
(Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya
dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)

-Hadith sohih riwayat al-Bukhari.

Pengajaran dari hadith:

1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Selamat beramal dan menyampaikannya.Wallahua'lam..

Sunday, December 27, 2009

RAHSIA DI SEBALIK SUJUD


Sujud melegakan sistem pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak menyedari mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Padahal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama' mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan kita digalakkan untuk bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain ialah sujud dapat melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:


- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikanya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada kanser payudara.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.


Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. Urat saraf tersebut akan dimasuki darah secukupnya hanya ketika kita bersujud. Subhanallah...

Saturday, December 26, 2009

COKLAT HITAM MAMPU KURANGI TEKANAN



Konsumsi sekitaR 40 gram colekat hitam per hari selama dua pekan mampu mengurangi tingkat hormon stres, terutama pada penderita stres berat. Inilah cara mudah menjaga kesehatan jiwa.Temuan tersebut dipublikasikan situs Journal of Proteome Research (ACS Publication), seperti dikutip Health, Jumat (13/11/2009). Jenis makanan favorit banyak orang ini secara menyeluruh juga memperbaiki ketidakseimbangan zat biokimia lain terkait hormon stres.Sunil Kochhar dan para peneliti lainnya menemukan perkembangan bukti ilmiah bahwa antioksidan, dan kandungan cokelat hitam bisa mengurangi faktor risiko terhadap penyakit jantung.


Kajian juga menegaskan bahwa cokelat bisa menekan emosi saat stres.Namun, hingga sekarang baru ada sedikit bukti ilmiah dari penelitian terhadap manusia tentang bagaimana pastinya cokelat bisa memberi pengaruh pada pelepasan stres.

Dalam kajian tersebut, para peneliti mengidentifikasi pengurangan hormon stres dan perubahan biokimia terkait dengan hormon tersebut pada para relawan setelah mereka mengonsumsi cokelat selama dua pekan."Kajian memberikan bukti kuat bahwa konsumsi 40 gram cokelat per hari selama dua pekan cukup untuk memperbaiki metabolisme tubuh para relawan," ungkap para peneliti.

Friday, December 25, 2009

ANATOMI TULANG

"Tiap-tiap ruas tulang anak adam itu ada sedekahnya setiap harinya" (HR Bukhari, Muslim)Seorang doktor ahli bedah yang berfungsi juga sebagai staf pengajar anatomi di Universitas Muhammadiyah Yogyakarta menemukan fenomena wudhu yang sangat berkaitan dengan anatomi tubuh manusia khususnya tulang. Bertahun-tahun mendalami ilmu bedah dan anatomi, akhirnya doktor tersebut menyimpulkan bahwa jumlah bilangan ruas tulang yang kita basuh setiap kali berwudhu sama dengan jumlah keseluruhan tulang manusia dan sama dengan jumlah bilangan hari dalam 1 tahun hijriah.


Kebanyakan manusia tidak pernah memperhatikan jumlah tulangnya sendiri, bahkan seorang doktor sekalipun. Menurut ilmu anatomi, jumlah tulang manusia dewasa adalah 206 ruas (Henry Netter, 1906). Akan tetapi secara embriologis, pusat penulangan semasa kehidupan janin dalam kandungan adalah sekitar 350-an pusat penulangan (Leslie Brainerd Arey, 1934), yang kemudian banyak pusat-pusat penulangan yang menyatu, membentuk satu tulang dewasa. Bilangan pusat penulangan itu ternyata dekat dengan bilangan hari dalam satu tahun.


Dalam kaitannya dengan kaedah harian wudhu, pembasuhan anggota wudhu kebanyakan sebanyak 3 kali, dan ada yang 1 kali (membasuh kepala dan telinga).


Cuba kita perhatikan jumlah penyusunan tulang pada bahagian-bahagian tubuh yang dibasuh pada saat berwudhu;


a.Lengan dan tangan:
30 batang tulang yang terdiri ;
1 buah tulang lengan atas
2 buah tulang lengan bawah
8 buah tulang pergelangan tangan
19 buah tulang telapak dan jari-jari


b.Tungkai dan kaki (31 batang)
2 tungkai bawah
8 buah tulang pergelangan kaki
21 buah tulang telapak dan jari-jari

c.Wajah (12 batang)
1 buah tulang dahi
1 buah tulang baji
1 buah rahang atas
1 buah rahang bawah
1 buah tulang air mata
1 buah tulang pelipis
2 buah tulang hidung
2 buah tulang pipi


d.Rongga mulut dan hidung (41 batang)
32 gigi geligi1 buah tulang langit-langit
1 buah rahang
7 buah sekat dan karang hidung


e.Kepala dan telinga (12 batang)
2 buah tulang pelipis
2 buah tulang ubun-ubun
1 buah tulang
1 buah tulang baji
1 buah tulang dahi
1 buah tulang belakang kepala
6 buah tulang pendengaran

Bahagian tubuh dari poin a-d dijumlahkan

30+31+12+41= 114.

Angka tersebut dikalikan 3 oleh karena ketika berwudhu, dilakukan pembasuhan sebanyak 3 kali, menjadi

114x3= 342.

Poin e tidak dikalikan 3 karena saat wudhu, kepala dan telinga dibasuh hanya 1 kali.

Angka 342 dijumlahkan dengan 12 didapatkan angka 354.Angka ini sama dengan jumlah seluruh jumlah hari dalam 1 tahun hijriah, sekaligus sama dengan jumlah seluruh tulang manusia.

Dengan demikian membasuh anggota tubuh disaat berwudhu seakan-akan sudah membasuh seluruh tubuh.Apakah ini suatu kebetulan??
sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?page=342

Thursday, December 24, 2009

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA




Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
-paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam
- tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
- amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
- sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak
- orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
-andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego
- ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
-terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia

- tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya.. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"

Wednesday, December 23, 2009

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT



Email : Sal AmDiriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,

“Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu,
“Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.

Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,

“Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T,
kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,

“Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu,
“Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.”
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda,
“Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang.

Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.

”Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
“Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”.

Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Tuesday, December 22, 2009

GALAKAN SUPAYA BERZIKIR KEPADA ALLAH S.W.T





عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ حِينَ يَذْكُرُنِي إِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ هُمْ خَيْرٌ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ مِنِّي شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ مِنْهُ بَاعًا
وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً
Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying that Allah, the Exalted and Glorious, thus stated: I am near to the thought of My servant as he thinks about Me, and I am with him as he remembers Me. And if he remembers Me in his heart, I also remember him in My Heart, and if he remembers Me in assembly I remember him in assembly, better than his (remembrance), and if he draws near Me by the span of a palm, I draw near him by the cubit, and if he draws near Me by the cubit I draw near him by the space (covered by) two hands. And if he walks towards Me, I rush towards him.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.
HADIS: RIWAYAT MUSLIM
KITAB: ZIKIR, DOA, TAUBAT DAN ISTIGHFAR
BAB : Galakan Supaya Berzikir Kepada Allah s.w.t

Monday, December 21, 2009

ASMAA'UL HUSNA SERTA
KELEBIHAN BAGI ORANG YANG MENGHITUNGNYA




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ:عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِلَّهِ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ اسْمًا مَنْ حَفِظَهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَوَفِي رِوَايَةِ ابْنِ أَبِي عُمَرَ مَنْ أَحْصَاهَا

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: There are ninety-nine names of Allah; he who commits them to memory would get into Paradise. Verily, Allah is Odd (He is one, and it is an odd number) and He loves odd number. And in the narration of Ibn 'Umar (the words are):" He who enumerated them.
"Hadis Abu Hurairah r.a:Nabi s.a.w bersabda: Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang mampu menghafalnya, nescaya dia akan masuk Syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil (esa pada zat, sifat dan perbuatan-Nya serta tiada sekutu bagi-Nya) dan Dia menyukai pada yang ganjil.
HADIS: RIWAYAT MUSLIM
KITAB: ZIKIR, DOA, TAUBAT DAN ISTIGHFAR
BAB : Nama Nama Allah s.w.t Serta Kelebihan Bagi Orang Yang Menghitungnya

Sunday, December 20, 2009

HALAL 50% PUN ADA OOOO....


Orang kita dok mengkedarah natang ni la...

Tampillah kesedaran,,MARI BERSAMA KAMI..
PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA..

AMAL YANG PALING UTAMA ADALAH SOLAT PADA WAKTUNYA..
RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU..




Renungan bersama.....
..... Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kitaMenjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur d elta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
~moga kita mendapat petunjuk dalam mencari redha-NYA.

Saturday, December 19, 2009

KISAH BERUANG...



...Seekor beruang yang bertubuh besar sedang menunggu seharian dengan sabar di tepi sungai deras. Waktu itu memang tidak sedang musim ikan. Sejak pagi ia berdiri di sana mencuba meraih ikan yang meloncat keluar air. Namun, tak satu juga ikan yang berhasil ia tangkap. Setelah berkali-kali mencoba, akhirnya... huppp!... ia dapat menangkap seekor ikan kecil. Ikan yang tertangkap menjerit-jerit ketakutan.
Si ikan kecil itu meratap pada sang beruang, "Wahai beruang, tolong lepaskan aku." "Mengapa?" tanya sang beruang. "Tidakkah kau lihat, aku ini terlalu kecil, bahkan bisa lolos lewat celah-celah gigimu," rintih sang ikan. "Lalu kenapa?" tanya beruang lagi. "Begini saja, tolong kembalikan aku ke sungai. Setelah beberapa bulan aku akan tumbuh menjadi ikan yang besar. Di saat itu kau bisa menangkapku dan memakanku untuk memenuhi seleramu," kata ikan. "Wahai ikan, kau tahu mengapa aku bisa tumbuh begitu besar?" tanya beruang. "Mengapa?" ikan balas bertanya sambil menggeleng-geleng kepalanya."Karena aku tak pernah menyerah walau sekecil apa pun keberuntungan yang telah tergenggam di tangan!" jawab beruang sambil tersenyum mantap. "Ops!" teriak sang ikan....

Dalam hidup, kita diberi banyak pilihan dan kesempatan. Namun jika kita tidak mau membuka hati dan mata kita untuk melihat dan menerima kesempatan yang Tuhan berikan maka kesempatan itu akan hilang begitu saja. Dan hal ini hanya akan menciptakan penyesalan yang tiada guna di kemudian hari, saat kita harus berucap : Ohhh....Andaikan aku tidak menyia2kan kesempatan itu dulu...??". Maka bijaksanalah pada hidup, hargai setiap detik kesempatan dalam hidup kita. Di saat sulit, selalu ada kesempatan untuk memperbaiki keadaan; di saat sedih, selalu ada kesempatan untuk meraih kembali kebahagiaan; di saat jatuh selalu ada kesempatan untuk bangkit kembali; dan dalam kondisi terburuk pun selalu ada kesempatan untuk meraih kembali yang terbaik untuk hidup kita...

Bila kita menghargai kesempatan yang kecil, maka ia akan menjadi sebuah kesempatan yang besar.
Hope you all can find the best for your life.

Friday, December 18, 2009

PBC RADIX FRIED CHICKEN
PENGARAH : PJS FAIZAL BIN AZMI





Antara suasana semasa slot kak pah..

YUCK..!!
DAGING BABI..


Depa nk buat masak asam pedaih kot.
Bahan-bahanya.....


Nah-nah, hang tokak cikit.
aku x larat nk prabeh ni..


Nasi lemak kot..




Panaih-panaih g..

"Babi sedapkah?"
"Apa rasanya?"
"Mengapa orang Cina suka makan daging babi?"
Apabila saya menceritakan kepada suami cara memasak 'Tao-Yu Bak'[Daging Babi masak kicap] resipi yang diwarisi daripada nenek saya, wajahnya akan berubah, geli gelaman dan loya. Biasalah orang Melayu, dibesarkan dari kecil untuk membenci babi. Tapi bagi saya yang hidup makan daging babi selama lebih 3 dekad, ia bukanlah sesuatu yang luarbiasa. Sudah tahu tekstur daging itu, dan sudah boleh bezakannya daripada daging ayam serta lembu.
Setiap kali juga, apabila ditujukan soalan tentang pemakanan daging ini oleh mereka yang baru memeluk Islam kepada mereka yang lahir Islam, kebiasaannya akan disuruh elak. Haram makan makanan tidak halal. Dosa besar.
Tapi bagaimana nak elak makan sekiranya mualaf itu masih tinggal dan bergantung kepada keluarganya yang bukan Islam, serta sudah menjadi kebiasaan makan bersama?Nak makan daging? Daging bagi keluarga Cina dan Hindu adalah daging babi, bukan daging lembu. Mana boleh makan, haram.
Nak makan ayam yang tidak disembelih cara Islam, haram juga.
Habis nak makan apa? Ikan? Tapi.. kata ustaz kalau makanan dimasak dalam periuk/kuali yang tidak disamak tetap haram hukumnya. Tidak boleh dimakan.Habis, nak makan apa?
Ahhh, dilema yang dihadapi ramai mualaf yang masih belum mengkhabarkan pengislaman mereka kepada keluarga masing-masing.
Mengapa belum?
Kerana kebanyakan mereka golongan pelajar sekolah dan kolej, mahasiswa, atau yang tidak ada pendapatan tetap atau kediaman lain. Mereka yang bergantung kepada keluarga untuk sara hidup, pendidikan dan tempat perlindungan.
Bila mereka nak beritahu keluarga bahawa mereka dah Islam?Entah, mereka masih mencari jalan. Masih berikhtiar untuk menyampaikan berita tersebut dengan lembut. Kerana tahu bahawa kelaurga tidak akan merestui pengislaman mereka. Perlu ambil masa agar tidak terputus hubungan kekeluargaan. Agar ibu bapa yang sudah tua dan uzur tidak diserang sakit tenat akibat terkejut dan sakit hati dengan berita tergempar itu.
Tapi bagaimana mereka nak hidup sebagai orang Islam kalau belum beritahu keluarga? Kalau sudah peluk Islam, kenalah beritahu. Haram makan makanan tidak halal. Wajib mengerjakan solat. Kena puasa pada bulan Ramadhan. Yang wanita, perlu jaga aurat.
Apa status mereka?
Itulah masalahnya. Anda dilahirkan sebagai sebagai orang Islam, anda tak alami sendiri masalah mereka yang baru memeluk Islam. Mereka yang kita gelar 'closet Muslim' atau 'mualaf sembunyi' kerana belum mengisytiharkan pengislaman mereka.Ramai yang muda belia. Mereka berani kerana memeluk Islam setelah belajar Islam dan benar-benar yakin bahawa Islam agama benar, dan walaupun mereka mungkin menghadapi amcaman dihalau oleh keluarga masing-masing dan ditamatkan pembiayaan pengajian kolej/uni sekiranya keluarga mereka mengetahuinya.Mereka ini semakin ramai tetapi kerana ada yang belum mendaftarkan diri sebagai orang Islam di jabatan agama Islam, kita tiada data. Tak dapat dikesan kecuali mereka sendiri memberitahu.
Makanan?
Terpaksalah mereka pandai-pandai pilih makanan yang halal. Berusaha mengelak daripada makan daging babi bila bersama keluarga.Kita boleh dengan mudahnya berkata bahawa berdosa makan makanan yang tidak halal tetapi ingatlah bahawa mereka yang baru berstatus mualaf "sembunyi" tidak ada banyak pilihan, terutama bagi mereka yang keluarganya kuat beragama kafir atau berpegang pada adat resam. Mengaku orang Islam bermakna bakal dihalau dari rumah, terputus hubungan kekeluargaan untuk sementara waktu, dan akan mengakibatkan keluarga sendiri dipulaukan/dikecam hebat oleh jiran dan saudara mara yang juga kafir.
Solat?
Yang sudah belajar akan cuba lakukan secara sembunyi-sembunyi. Satu risiko. Yang muslimah, mungkin terpaksa solat dengan skaf panjang dan kain batik menggantikan telekong kerana kain telekong bukti nyata bahawa mereka sudah Islam. Yang belum pandai solat/berisiko tinggi, hanya mampu berzikir dan berselawat.
Puasa?
Sama juga, yang dapat berpuasa akan berusaha untuk puasa. Yang sudah menjadi kelaziman makan tengah hari dengan keluarga, tahu-tahu sahaja. Sudah tentu mereka sedih kerana tidak mampu berpuasa seperti muslim yang lain. InsyaAllah, mereka akan bayar fidyah apabila berjaya hidup bebas nanti.
Sampai bila nak diamkan diri? Hidup dalam kepuraan? Mereka kena beritahu keluarga!Sampai mereka bersedia untuk memberitahu. Atau sehingga Allah swt tentukan sendiri bahawa masanya sudah tiba untuk keluarga mengetahuinya. Kalau anda anggap hidup dengan membohongi keluarga tersayang sebagai satu kesalahan dan satu dosa yang tidak patut dilakukan oleh Muslim, bayangkan pula tekanan batin mereka yang melaluinya.
Kena pilih antara cara hidup Islam dan keluarga yang masih kafir.Menghitung hari sehingga mereka dapat berdikari dan bebas hidup sebagai orang Islam.
Saya pernah tujukan permasalahan ini kepada beberapa orang kawan dan ustaz yang saya kenali, yang lahir Islam. Jawapan mereka adalah perlu beritahu keluarga. Tak ada jalan lain.
Jawapan saya kepada mereka yang bertanya [ini pandangan saya], berusahalah hidup sebagai orang Islam setakat mana yang termampu. Sentiasa berdoa dan memohon ampun daripada Allah. Elakkan makanan yang tidak halal atau sekurang-kurangnya kurangkan pengambilan. Dapatkan sokongan moral dan nasihat mereka yang memahami agar diri tidak terlalu stres dengan penghidupan dua identiti ini. Sambil-sambil itu, berikhtiar juga agar dapat memberitahu keluarga tentang pengislaman masing-masing dengan cara terbaik.
Kita yang sudah Islam selalu beranggapan bahawa tugas membantu golongan mualaf dan mereka yang berminat pada Islam adalah tugas dan tanggungjawab NGO dan agensi Islam. Tanggapan itu perlu dikikis kerana kerap kali, [maafkan saya] pertubuhan begitulah yang sering merosakkan nama baik Islam. Ada segolongan pegawai yang cepat membuat andaian [peluk Islam mesti nak kawin, mudah menghukum halal-haram [tak boleh itu-ini, kena buat begini kalau tidak tak sah solat bla3], cakap tak serupa bikin [mewakili nama Islam tetapi bercakap kasar, acuh tak acuh dan tidak sabar].
Mualaf 'sembunyi' lebih memerlukan sokongan moral dan bantuan kewangan [bagi yang masih menuntut]supaya mereka lebih bersedia dan berani mengisytiharkan pengislaman mereka dengan lebih awal. Mereka tidak perlukan stres lagi dengan kita memberitahu bahawa tindakan mereka terus makan 'ba-alif-ba-ya' bersama keluarga dan meninggalkan amalan lain adalah berdosa.Kita sering menganggap permasalahan mereka sebagai perkara lekeh dan kecil, yang dibesar-besarkan. Selalu kita tegaskan, kalau dah Islam kenalah buat cara Islam.Tak alami maka tak ketahui, seterusnya tak fahami, tak dapat berempati. Ia sama seperti seorang yang tidak pernah dibedah, tentu sekali tidak akan tahu bagaimana sakit anggota badan setelah ubat bius habis, betapa susahnya menjaga luka agar tidak dijangkiti kuman.
Hanya boleh membuat teori dan andaian. Mudah menyalahkan pihak lain dengan tuduhan sengaja mengada-ngada. Janganlah kita golongan seperti itu.Letakkan diri kita di tempat mualaf 'sembunyi'.
Sekurang-kurang yang boleh kita lakukan adalah mendoakan mereka agar Allah perkuatkan iman mereka. Sekurang-kurangnya mereka ini walaupun belum dapat mengisytiharkan diri sebagai orang Islam, mereka sudah beriman pada Allah swt. Mereka berusaha untuk mendalami Islam, makan makanan halal, mendirikan solat dan puasa.Tidak seperti golongan tertentu yang beridentitikan Muslim tetapi dengan rela dan sukacitanya menghirup arak, makan daging babi,meninggalkan solat dan berpesta makan pada siang Ramadhan.Bersambung kemudian....
sumber : pukullima.blogspot.com

Thursday, December 17, 2009

SAHIBUL FADHILAH SYEIKH PROF. Dr. YUSUF Al-QARAWAWI
Datang ke Malaysia...


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah tokoh yang sangat saya kagumi iaitu ulama' besar dunia Islam hari ini Sahibul Fadhilah Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al Qaradawi yang juga merupakan Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia akan datang ke Malaysia bersempena program Ma'al Hijrah 1431 di mana beliau insyaAllah akan diberi anugerah sebagai Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 1431 pada hari Juma'at ini bersamaan 01 Muharam 1431 / 18 Disember 2009.
Pada hari Sabtu, 19 Disember 2009 ini di sebelah siangnya, beliau akan menghadiri Majlis Muhadharah Perdana 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya. Majlis ini adalah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertujuan untuk meningkatkan kesatuan fikrah dan perpaduan masyarakat Islam di Malaysia serta menjana pemikiran umat Islam yang dinamik dan progresif. Orang ramai dijemput hadir ke majlis ini dan penyertaannya adalah percuma. Sebarang maklumat lanjut bolehlah hubungi Jakim di talian 03-88864178/4172.

Berikut adalah atur cara untuk majlis tersebut:

Majlis Muhadarah Perdana 2009


9.00a.m Kehadiran

9.20a.m Ketibaan Menteri

9.25a.m Bacaan doa

9.30a.m Ceramah Prof Dr Yusuf al-Qaradawi Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia

10.45a.m Ucapan Menteri

11.30a.m Majlis Bersurai




Pada hari yang sama juga iaitu Sabtu, 19 Disember 2009 di sebelah malamnya pula, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi dijemput oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk satu program Pidato Perdana Ma'al Hijrah.
Butir-butirnya adalah saperti berikut:

Tempat: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah,
Masjid Negeri Shah Alam
Tarikh: Sabtu 02 Muharram 1431 / 19 disember 2009
Masa: Program bermula dengan solat magrib sehingga tamat.

Mari beramai-ramai kita mengimarahkan program-program tersebut.

KHASIAT MANDI..
MANDILAH SELALU..


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya :
Mengeluarkan racun :
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit :
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Wednesday, December 16, 2009

NA'UZUBILLAH MIN ZALIK..
PADAH MAKSIAT..






Salam semua...Gambar2 ini saya petik dari salah sebuah blog yang memaparkan mayat-mayat yang rentung dalam kejadian kebakaran kelab malam di Thailand..Dua tiga hari lepas ada berita kebakaran kelab malam di London,100 orang terbunuh..kesian,mereka mati dalam keadaan tengah melakukan maksiat di hadapan Allah..Api di dunia,panasnya sudah mampu merentungkan badan manusia yang kerdil lagi hina ini..Cuba bayangkan api neraka akhirat.
Sabda nabi: "Sebaik-baik manusia adalah yang panjang hidupnya dan baik pula amalannya"-Hadith riwayat Tarmizi.
Semoga hari2 kita dipenuhi dengan amalan kebajikan.Berzikir,bantu orang susah,derma kepada masjid,solat awal waktu,baca Al-Quran dan pelbagai lagi amalan yang boleh dilakukan sepanjang waktu..

 

blogger templates | Make Money Online