BERKONGSI NIKMAT IMAN, ISLAM ALLAHHU AKBAR

Saturday, April 30, 2011

KELUH KESAH DALAM JIWA RESAH

Friday, April 15, 2011

MUHASABAH DIRI SENTIASA...



Neraka itu lautan api, dengan batu-batu dan manusia sebagai bahan bakarnya, penuh ular, duri, dan cairan timah membara. Orang-orang Islam meyakininya seperti itu, maka jadilah neraka seperti itu. Lalu mereka jadi takut memasukinya. Syurga itu taman indah seluas langit dan bumi, penuh bidadari cantik di dalamnya, makan minum tanpa kenyang, bercinta tanpa pernah merasa jemu. Orang-orang Islam meyakini syurga seperti itu, maka jadilah syurga seperti itu. Mereka jadi ingin memasukinya.

Jika syurga seluas langit dan bumi, di manakah letak neraka?

Kalau begitu, apa beda syurga dan neraka dengan kehidupan dunia jika yang berbeda hanya kesangatan rasa (dalam suka dan duka)? Bukankah kenikmatan dan kesengsaraan itu sudah ada di dunia? Jika penderitaan neraka taiada ungkapan terkatakan pedihnya, apa makna api, cairan timah, ular berbisa, dan duri bagi para pendosa? Jika kenikmatan syurga tak terkatakan indahnya, apa makna susu, madu, bidadari cantik, dan sebagainya? Apa pula makna takut dan ingin jika keduanya adalah hasrat, dan Adam menjadi berdosa karena hasrat ingin berada dan mengaku berada?

Pengetahuan Tuhan melampaui keinginan dan ketakutan manusia. Ketakutan dan keinginan manusia menjadi kesamaran bahkan bertentangan di dalam-Nya. Jika aku tidak mau masuk neraka dan ingin masuk syurga, sedang pengetahuan Tuhan tentang diriku berbanding terbalik dengan keinginanku, bukankah takut dan ingin menjadi tidak bermakna? Usaha mengabdi hanyalah sejati bila kita ingin mendekati pengetahuan-Nya. Hamba yang baik adalah hamba yang siap menerima keputusan-Nya. Keputusan adalah pengetahuan-Nya. Manusia menjadi ada kerna hasrat-Nya.

Jika tubuhku ini diseret ke neraka karena keinginan-Nya, bukankah tak tahu sopan santun membantah keputusan-Nya?

Wallahua'lam.......??

MUSIBAH SEINDAH SULAMAN..


“Wah… Sungguh cantik ya sulaman bunga ini, ibu.?” Teriak seorang anak gadis kepada ibunya yang sedang teliti menyulam sehelai sapu tangan.
Si ibu hanya tersenyum manis melihat anak gadisnya punya minat akan seni sulaman itu.

“Mari duduk dengan ibu,” lembut si ibu menarik tangan anaknya.
“Apa khabar hidupmu hari ini? Pelajarannya baik? Bagaimana dengan teman-teman?” si ibu bertanya, ingin mengetahui perihal anak gadisnya.
Wajah si anak terus bertukar muram, mendung tanpa senyum dan riak ceriak seperti tadi.

“Ibu, saya gagal dalam pelajaran Sains hari ini. Semua teman-temanku mendapat markah yang bagus sekali sedangkan saya mendapat markah yang rendah, ibu.”
Si anak sedih, mengalir air mata hangatnya di pipi.
Diusapnya pipi lembut itu. Si ibu menggenggam erat tangan anaknya.

“ Anakku, lihat ni, sulaman ini cantik bukan? Penuh warna-warni dan
menenangkan jiwa melihatnya. Benang-benangnya tersusun indah, rapi sekali, sejuk mata memandangnya bukan? Nah, begitulah juga dengan segala musibah dan ujian yang Allah turunkan buat kita nak. Andai kamu memandang ujian itu seakan memandang sulaman ini dari posisi atas, pasti indah sekali bukan? Bahkan kamu kan mendapati ada corak dan mesej tertentu yang ingin disampaikan olen si penenun. Pasti ada.

Sebaliknya, jika kamu melihat ujian itu seperti halnya melihat sulaman itu dari posisi bawahnya, maka kamu akan mendapati bahawa sulaman itu sangat serabut. Jelek sekali. Benang-benangnya berbelit-belit. Warnanya kacau bilau bahkan menyakitkan mata dan mengacau balaukan jiwa kita bukan? Lalu, tiada mesej tersurat atau tersirat yang bakal kita dapati dari sulaman itu. Nah, yang mana satu pilihanmu?

Anakku, ujian itu ibarat tarbiyyah, pendidikan terus dari Allah buat kita. Ada yang ingin diajariNya pada kita. Husnuzzon(berbaik sangkalah) pada Allah. Mungkin, dari kegagalan tadi merupakan titik mula kesuksesanmu. Dan mungkin selepas kegagalan ini akan membuatkan dirimu terus mahu berusaha dan mendapat yang lebih baik dari teman-temanmu.

Percayalah nak, ketika dengan hikmahNya Allah menutup satu jalan di depanmu, dengan rahmatNya juga, Allah membuka jalan lain. Yang lebih baik mungkin. Yang lebih lebar mungkin. Yang lebih rata mungkin.

Problemnya, kita ini akan cepat merasa sedih dan marah bila mendapatkan musibah. Nah, sedih di saat terkena musibah itu bisa saja asal kemudian diiringi dengan sabar. Dan lagi, gembira di saat mendapat nikmat itu bisa saja asal kemudian diiringi dengan syukur. Dan hasilnya, kita bisa meraih sukses dengan syukur dan sabar itu. Faham anakku?”

Misalnya begini, ada sebuah kisah di mana seorang peminta sedekah meminta-minta di tepi jalanan. Lalu dengan rasa simpati, lalulah seorang lelaki dengan ikhlas menghulurkan sekeping duit syiling kepada si peminta tadi. Tapi apa yang terjadi si peminta itu mencampakkan duit syiling itu.

“Apa ini, duit syiling saja. tak bernilai!”

Si pemberi itu terkejut.

“Mengapa anda membalingkan duit syiling itu?! Bukankah itu yang sangat kamu perlukan?” bertanya si pemberi ini tidak puas hati dan marah dengan sikap si peminta itu.
“Oh, maaf ya pak. Saya tak marahkan bapak kerana memberikan saya duit syiling itu. Tapi saya marahkan duit itu kerana tak bernilai.”

*******
Lihat, apa ertinya sikap si peminta itu? Sama saja dengan kita, sekiranya mendapatkan musibah, lalu kita tidak redha bahkan marah-marah dengan musibah itu. Ketahuilah, seandainya kita tidak redha dengan musibah itu, sama juga dengan kita tidak redha dengan pemberi musibah itu yakni Allah SWT.

Ketahuilah sahabat sekalian,

Dua dosa yang berat itu ialah apabila kita berputus asa dengan rahmat Allah dan merasa aman dari ‘makar’ Allah.
Kita tidak mahu menjadi termasuk dalam dua golongan di atas. Semoga sama-sama muhasabah diri agar terus menjadi hamba yang redha dan pasrah saat menerima musibah dan ujian dari Allah.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…..” QS 2:286

Wallahu’alam.

Tuesday, March 8, 2011

PERJUANGAN UMMAH HPA...



1. PERUBATAN JAWI

“Herba Menuju Kecermelangan”

· Perubatan Jawi diwujudkan di atas tujuan untuk memperkenalkan Thibbun Nabawi kepada masyarakat zaman sekarang.
· Pengubatan yg menggunakan sumber yang Halal yang berdasarkan pada Alamiyah dan Ilahiyah.
· Suatu usaha untuk mengumpul kembali khazanah pengubatan yang dinamakan Pengubatan JAWI yang bukan dari Timur atau dari Barat tetapi berdasarkan kepada etika Perubatan Islam yang lebih tinggi dari pengubatan Timur atau Barat.
· Graduan Sijil Herbalis harus menjadi ahli aktif Kelab Alumni Herbalis agar ilmu sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.
· Usaha akan berterusan untuk menjadikan Perubatan JAWI suatu perubatan yang diiktiraf dunia sebagaimana Ayurvedic, Traditional Chinese Medicine (TCM) dan Homeopathy.
· Perubatan JAWI akan dimasukkan di dalam syllabus di MANHAL (Madrasah HPA) iaitu menjadi salah satu lima perkara yang wajib dipelajari oleh semua anak didik MANHAL iaitu

1. Al-Qur’an dan Hadith.

2. Ilmu Perniagaan.

3. Pertanian dan Industri (Pengolahan Sumber Alam)

4. Perubatan JAWI

5. Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia, English, Mandarin dan lain-lain)



2. PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA™

HPA komited untuk mewujudkan produk-produk alternative bagi menggantikan produk-produk yang tidak halal di pasaran dengan Motto PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA™.



3. PENDIDIKAN

HPA juga komited untuk membangunkan sistem pendidikan yang akan melahirkan Generasi Rabbani yang kuat pegangan tauhidnya kepada ALLAH SWT. Generasi yang akan menyambung perjuangan kita semua mengamal dan menyebarkan Perubatan JAWI dan generasi yang memperjuangkan produk-produk Halal ke seluruh dunia. InshaALLAH.

Saturday, February 19, 2011

PERMASALAHAN PEMAKANAN UMMAT ISLAM AKHIR ZAMAN..





Antara masalah sekeliling kita..


Saya merujuk akan artikel dalam Utusan Malaysia 8hb. Februari 2011 bertajuk ' Isu Logo Halal Tiada Kesudahannya'.

Dilaporkan hasil kajian oleh unit khas Utusan Malaysia mendapati bahawa amat banyak makanan harian yang paling biasa dimakan atau dijual dijual di pasar raya; jelas tidak halal dan sangat meragukan. Bahkan yang telah diharamkan pun masih dijual bebas secara berleluasa.

Di samping itu ada barang makanan yang dinyatakan 'halal' oleh pengusaha makan tetapi tiada dalam senarai 'Halal Jakim' ; namun terpampang logo 'halal Jakim' pada bungkusan makanan tersebut.
Adakah memang salah pengusaha makanan memalsukan logo 'halal' atau pihak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang gagal menjalankan tugas?

Dalam konteks orang Islam, umumnya makanan tidak halal itu cenderung merujuk sebarang unsur yang berkaitan babi, minyaknya, gelatin babi serta dari binatang yang tidak disembelih dengan kaedah yang sah di sisi agama Islam.

Jika memakan hasil sembelihan tanpa kaedah Islam yang betul, maka ia setaraf memakan haiwan yang mati iaitu dianggap sebagai bangkai.

Saya khuatir, kelemahan penguatkuasaan, pemantauan dan kegagalan mematuhi garis panduan ini akan menimbulkan empat perkara :

a) keresahan pengguna, perasaan benci dan marah yang terpendam di hati oleh umat Islam terhadap pengeluar atau pengusaha makanan bukan Islam. Kemarahan terpendam ini boleh mengancam keselamatan negara, walhal mungkin ada pengusaha yang benar-benar telus dan berusaha memenuhi kriteria halal yang diperlukan. Isu halal dan haram ini amat sensitif.

b) hilang dan luntur kepercayaan rakyat terhadap institusi Islam seperti Jakim dan agensi-agensi penguatkuasa yang di bawah kelolaan kerajaan, yang memberi kesan terhadap pemerintahan negara. Sepatutnya menteri yang berkaitan kepenggunaan dan bidang hal ehwal umat Islam perlu proaktif akan perkara ini.

c) Sepatutnya Malaysia menjaga statusnya sebagai negara Islam yang dibanggakan oleh negara luar apabila menjadi 'Halal Hub' di rantau Asia. Kegagalan Malaysia mengurus dan menjaga status makanan halal bagi rakyat sendiri dikhuatiri akan merosakkan reputasi negara dan merencatkan penglibatan pelabur-pelabur dari Timur Tengah dan lain-lain negara Islam dalam industri pemakanan negara.

d) Penyalahgunaan logo halal dari pelbagai agensi Islam secara berleluasa termasuk 60 peratus logo halal Jakim akan boleh merangsangkan lagi pengusaha makanan atau pemilik pasar raya yang majoritinya bukan Islam untuk mengambil jalan mudah, melanggar undang-undang dan mengenepikan soal 'halal dan haram'; yang boleh mewujudkan konflik agama dengan majoriti umat Islam dalam negara ini. Ini amat merbahaya, dan sesungguhnya mencegah dari awal itu lebih baik untuk mengelakkan nasi menjadi bubur.

Semoga pihak kerajaan, agensi berkaitan dan pengusaha industri makanan, mengambil langkah drastik untuk mengatasi masalah ini demi kebaikan dan keharmonian semua secara bersama; juga diharap pemilik dan pengusaha makanan bukan Islam yang jujur dan mematuhi undang tidak menjadi mangsa prejudis kerana konflik ini.



Juga antara keratan akhbar yang menengahkan permasalahan sama..

Monday, January 31, 2011

ISU UMMAT, PERSOALAN IMAN...




Isu palestin adalah isu umat, bukan sekadar isu bangsa atau negara. Malangnya, isu ini sekejap timbul sekejap tenggelam. Seolah-olah melambangkan keadaan umat yang sedang terumbang-ambing.

Suatu ketika, isu Palestin menjadi hangat di tanah air kita sebelum ia dilupakan kembali. Media mencanang isu ini hampir setiap hari. Apabila ditanya pendapat orang awam, ramai sekali berkata, “Kita perlu ambil iktibar dan bersyukur kerana negara kita aman.”

Saya kurang berpuas hati dengan respon begitu. Saya ingin sekali bertanya kembali, “Apakah mereka sedar isu Palestin kini menjadi petunjuk kegagalan umat yang sangat dahsyat?”

Ia adalah kegagalan kita mempertahankan maruah agama. Kegagalan kita bersatu atas dasar ukhwah Islamiyyah dan segala macam lagi kegagalan. Pendek kata isu Palestin kini adalah tentang kegagalan kita.

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara” (al-Hujurat:10)

“Seorang mukmin bagi mukmin yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan yang lainnya.” (Muttafaq alaih)

Lebih penting lagi ia turut melibatkan persoalan iman. Kepedulian terhadap isu Palestin dan keadaan umat Islam di seluruh dunia sebenarnya mencerminkan iman di dalam dada.

“Sesiapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim).” (HR. Thabrani)

“Perumpamaan orang-orang beriman, dalam saling mencintai, saling menyantuni sesama mereka adalah laksana satu kesatuan tubuh. Apabila satu bagian dari tubuh itu menderita sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasakannya.” (HR. Muslim)

“Kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga beriman dan kamu tidak beriman hingga kamu saling mencintai.” (HR. Muslim)



RINGKASAN SEJARAH PALESTIN

PERMULAAN SEJARAH



Sejarah Palestin telah bermula sejak zaman nabi Ibrahim a.s lagi. Nabi Musa a.s dan bani Israel mula mendiami tanah Palestin setelah dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya di Mesir.

Dalam surah al Baqarah, kita boleh membaca kisah Talut dan Jalut yang berlaku selepas kewafatan Nabi Musa. Selepas Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin diteruskan oleh nabi Daud a.s sebelum diambil alih oleh nabi Sulaiman a.s.

Selepas itu, tanah Palestin dijajah oleh kerajaan Rom dan bani Israel yang kebanyakan telah kafir diusir. Kemudian, nabi Isa a.s diutus. Setelah berlalunya masa, ajaran nabi Isa telah dipesong sebelum dipesongkan lagi oleh St. Paul dan sekutunya sehingga dikenali hari ini sebagai agama Kristian.

Selepas Zaman Nabi Muhammad s.a.w

Selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w pada 632 M, kerajaan Islam semakin berkembang dan tanah Palestin berjaya dibebaskan daripada kerajaan Rom. Namun sekitar 1000 M, tentera Salib telah menawan semula tanah Palestin dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Keaadaan kekal sehingga muncul Salahuddin Al Ayyubi. Beliau menyatukan bangsa Arab yang ketika itu berpecah-belah, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya dibebaskan.
Sejak itu Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Kerajaan Islam berkembang luas sehinggalah pada era kerajaan Turki Uthmaniyyah yang mula mengalami kejatuhan pada abad ke- 19.



ABAD 20

Selepas tercetusnya Perang Dunia Pertama, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang bertubi-tubi oleh pakatan Britain-Perancis-Rusia. Kerajaan Turki Uthmaniyyah mula porak-peranda ditambah lagi masalah dalaman yang semakin meruncing. Pada tahun 1918, Britain menakluki Istanbul yang merupakan pusat pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Akhirnya pada tahun 1919, Perang Dunia Pertama tamat. Kerajaan Turki Uthmaniyyah kehilangan kawasan-kawasan naungannya, termasuklah tanah Palestin. British dan Perancis mula menjajah tanah-tanah umat Islam lain. Ketika inilah wujudnya negara bangsa apabila sempadan-sempadan negara diwujudkan memisahkan sempadan agama.

Pada tahun 1922, sebuah satu persidangan diadakan dan telah membuat beberapa tuntutan antaranya sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan Turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Pada 3 Mac 1924, sistem khalifah ditamatkan secara rasmi.

Pada tahun 1948, Britain berundur dari Palestin akibat kerugian yang besar dalam Perang Dunia Kedua. Dalam Perang ini, Pemerintah Jerman ketika itu, Adolf Hitler melaksanakan dasar penghapusan etnik yang mengakibatkan ramai Yahudi Eropah terbunuh.

Amerika Syarikat telah memainkan peranan penting dalam penubuhan negara haram Israel. Pada 16 Mei 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin dengan sokongan PBB. Presiden Amerika ketika itu, Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini.

Ketika itu, semakin ramai Yahudi berpindah ke Amerika kerana dasar luar negara itu yang membuka pintu kepada mereka. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang sehingga menguasai ekonomi dan pentadbiran Amerika sekarang.

PALESTIN SEKARANG

Hari ini Israel begitu bermaharajalela membunuh umat Islam di Palestin dalam usaha untuk meluaskan sempadan negara haramnya. Keadaan bertambah buruk apabila umat Islam lain hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat apa-apa melainkan sedikit.

Selepas kerajaan Khalifah Islam ditumbang musuh, tiada lagi kerajaan yang benar-benar berupaya menyokong Palestin. Negara-negara Islam lain terus tunduk dan akur dengan kekuasaan Israel yang didokong Amerika dan sekutunya.

Situasi di Palestin telah mencapai tahap kritikal terutamanya di Semenanjung Gaza. Mereka terkurung dalam penjara besar yang dikelilingi tembok-tembok raksasa. Segala-galanya disekat. Keadaan yang sukar digambar dengan kata-kata. Baca dan tengoklah sendiri keadaan mereka.

TANGGUNGJAWAB KITA...

Saya ingin kita berfikir bersama-sama tentang peranan kita. Adakah cukup kita hanya bersimpati kepada saudara kita di Palestin? Sungguh, ia langsung tidak membantu.

Siapa dan bagaimana pun keadaan kita, sebagai seorang Islam kita perlu berbuat sesuatu. Ini tanggungjawab kita. Mungkin kita boleh bersikap lepas tangan sekarang, tetapi bagaimana keadaannya ketika saudara kita di Palestin membuat tuntutan di akhirat kelak? Adakah alasan-alasan kita sekarang diterima ketika itu?

LIHAT, BAGAIMANA UMMAT ISLAM DI PERLAKUKAN...!!
APAKAH ANDA TIDAK BERFIKIR.....?????!!!

Apa yang penting adalah kesedaran. Dengan kesedaran itu akan wujud dorongan untuk berbuat sesuatu. Tunaikan tanggungjawab kita semampu mungkin dengan sekurang-kurangnya:


1. Mendoakan kemenangan dan kesejahteraan umat Islam.
2. Memboikot produk keluaran musuh-musuh Islam.


3. Menyumbang masa, harta dan tenaga kepada umat Islam.
4. Berusaha mendalami Islam supaya tidak tertipu dengan tipu-daya musuh-musuh Islam.
5. Berusaha bersatu dan mengelakkan perpecahan dalam masyarakat Islam.
6. Mengambil cakna isu-isu yang melanda umat Islam.


Sebenarnya masih banyak cara lagi. Tepuk dada tanyalah iman. Pasti akan berjumpa jawapannya.

Wallahua’lam.

Thursday, January 27, 2011

GADIS BUTA, BISU DAN TULI...


Dahulu ada seorang pemuda alim bernama Tsabit Bin Nu’man. Suatu saat, dia memasuki sebuah kebun apel. Kerana sudah seharian belum makan, dia pun memetik satu biji apel lalu memakan separuhnya, kemudian berjalan menuju sungai untuk minum.

Tiba-tiba ia sedar, “Celaka engkau wahai Tsabit, bagaimana engkau boleh memakan hasil tanaman kebun ini, tanpa terlebih dahulu meminta izin kepada pemilik kebun?” batinnya menyesal. Tsabit mencari pemilik kebun untk meminta darinya kehalalan apel yang telah dimakannya. “Saya takut, makanan yang tidak halal ini akan mencelakakanku di kemudian hari”, kata Tsabit setelah menceritaan perbuatannya.

Pemilik kebun berkata, “Demi Allah, aku tidak akan ridha dengan perbuatanmu, sebelum engkau memenuhi satu syarat yang ku ajukan padamu”. Tsabit Bin Nu’man bertanya, “Apakah syarat itu wahai tuan?”, “Engkau harus menikah dengan putriku satu-satunya!” jawab pemilik kebun, Apa ? Aku harus menikah dengan putrimu? Tanya Tsabit Heran. Pemilik kebun menjawab “Iya”. Meski terkejut, Tsabit berkata dalam hati, “Aku tidak mungkin menikah dengan gadis buta, bisu dan tuli. Tapi, daripada Allah memasukkan aku ke dalam neraka-Nya dan meminum nanah karena aku memakan buah apel yang tidak halal, maka aku harus menerima tawaran pemilik kebun ini. Aku takut kepada Allah”.

Berhari-hari Tsabit membayangkan akan menjalani hidup dengan seorang wanita cacat. Ia terus dihinggapi was-was, hingga ketika Tsabit di persilahkan memasuki kamar pengantin, Laa haula wala quwwata illa billah, gadis itu langsung menyambutnya dengan ucapan “Assalamu Alaikum”. Tsabit seakan tak percaya, seolah-olah ia sedang memandang bidadari surga.

Tsabit yang terkejut bertanya, “Apa yang terjadi ? ayahmu mengatakan bahwa engkau adalah seorang gadis buta, bisu dan tuli, padahal kenyataannya kau adalah wanita sempurna”.
Gadis itu menjawab “Ayahku telah berkata jujur, memang aku bisu, karena mulutku tidak pernah mengeluarkan ucapan yang dimurkai Allah. Aku tidak pernah berbicara kepada seorang laki-laki yang bukan mahramku, Aku juga gadis tuli, karena aku tidak pernah duduk di majelis tempat para wanita betah berlama-lama membicarakan kejelekan saudaranya, Aku tidak terlibat dengan pembicaraan yang tidak pernah mendatangkan manfaat kepada diriku dan agamaku. Aku juga buta, karena aku tidak pernah melihat hal-hal yang diharamkan Allah”.

Subhanallah, Allah telah mempertemukan dua hamba yang saleh ini dalam mahligai rumah tangga yang bahagia dan penuh kedamaian.

Ditulis kembali dari buku Engkau Lebih Cantik Dari Bulan Purnama_Muhamad Yasir.

 

blogger templates | Make Money Online