BERKONGSI NIKMAT IMAN, ISLAM ALLAHHU AKBAR

Saturday, May 22, 2010

Konsep Perjuangan Rasulullah

www.Halaqahnet
Pengirim : Armadilloludin
Editor : PenaHalaqah



Ramai yang tidak memahami konsep perjuangan Rasulullah dan apakah tujuan sebenar para Rasul dibangkitkan. Kalau kita kaji Al Quran, semua para Rasul mengajak kepada mentauhidkan Allah. Tapi persoalannya, Allah manakah yang hendak ditauhidkan itu?

Orang kafir terdahulu, akibat tertutup mati hati mereka, maka mereka tidak kenal siapa Allah yang perlu disembah. Walaupun mereka sendiri akui yang cipta alam semesta ini, tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk menyembah Allah. Akibatnya, mereka menyembah berhala-berhala yang mereka ada-adakan dengan alasan berhala itu akan membawa sembahan mereka itu kepada Allah.

Berhala itu tidak semestinya wujud dalam bentuk patung atau batu, malah dalam bentuk manusia yang diagung-agungkan atau didewa-dewakan. Ada manusia yang mahu dia didewa-dewakan (seperti Firaun) dan ada juga yang diberhalakan tanpa mereka ketahui iaitu setelah mereka meninggal dunia, ada manusia lain mendewa-dewakan hamba Allah itu untuk disembah segala kata-kata atas nama hamba Allah ini. Pendewaan ini selalu terjadi pada manusia yang pernah diangkat sebagai Nabi atau ulamak.

Bila sesatu kaum mula beragama secara menurut ajaran tok guru mereka tanpa berfikir, syaitan mengambil kesempatan untuk memasukkan ajaran dusta atas nama hamba Allah yang diberhalakan. Kerana taksub pada hamba Allah itu, segala riwayat kata-kata hamba Allah itu dipercayai benar tanpa mereka memikirkan terlebih dahulu. Dengan kata lain, mereka meletakkan kepercayaan kebenaran itu atas nama hamba Allah itu, bukan lagi kepada Allah.

Bagaimana hendak meletakkan kebenaran atas nama Allah? Bila sesuatu kata-kata itu selari dengan hukum alam yang logik dan rasional difikirkan, itulah tanda-tanda sesuatu kata-kata itu selari atau dari daripada Allah. Ini kerana hukum yang logik difikirkan itu bukan ditetapkan oleh manusia, melainkan oleh Allah Pencipta alam semesta.

Manusia tidak boleh mendustai hukum alam. Contohnya apabila Allah menetapkan keadaan umat Islam sekarang jadi lemah dan berpecah-belah gara-gara tahap mentaliti mereka rendah kerana malas belajar dan mengkaji alam, siapakah yang boleh mengubah hukum itu? Bolehkah tok guru agama itu mengubah hukum alam itu dengan menjadikan orang yang pemalas kaji ilmu alam itu seorang yang bijak? Bolehkah dengan jampi serapah dan segala ibadat ritual yang diada-adakan itu mengubah hukum alam untuk menjadikan umat Islam kuat biarpun dalam keadaan pemalas berfikir?

Tidak, sebab Nabi Adam sendiri perlu belajar dengan Allah untuk mengetahui nama-nama yang ada di bumi sebelum baginda diturunkan ke dunia. Jika dengan duduk melepak membuang masa sudah cukup bagi manusia, tidak perlulah Adam diajar dan belajar. Cukuplah baginda hidup sekadar buat ibadat ritual.

Jadi, hakikat perjuangan para Rasulullah adalah untuk menyedarkan sesuatu kaum yang pemalas belajar dan pemalas berfikir yang hanya suka disuap oleh orang yang mereka muliakan. Akibat beragama tanpa berfikir, mata hati mereka tidak nampak Allah secara logik. Ini kerana bagi mereka, maksud "nampak" Allah itu perlulah nampak guna mata kasar. Sedangkan selain mata kasar, Allah kurniakan manusia mata hati untuk melihat alam hukum atau alam ilmu. Dengan melihat hukum atau ilmu yang wujud di alam semesta ini, barulah seseorang manusia itu mampu kenal siapa Tuhan yang patut disembah.

Perumpamaan dakwah para Rasul itu seperti mengajak kaum yang hidup dengan cara menutup mata (hidup dalam kegelapan) kepada membuka mata. Bila masing-masing tahu membuka mata dan menggunakan mata untuk melihat, macam-macam perkara boleh nampak.

Mata hati akan terbuka bila manusia membuka minda. Nak buka minda, manusia kena belajar dan mendengar semua pandangan. Jika jumud atau tertutup fikiran, maka mereka akan teraba-raba dalam beragama. Sebab itulah mereka mengharapkan ada tok guru yang tolong pandu arah hidup mereka seperti seorang buta yang minta dipimpinkan tangannya ketika berjalan.

0 Siapa Bran Komen Ni..!:

 

blogger templates | Make Money Online