BERKONGSI NIKMAT IMAN, ISLAM ALLAHHU AKBAR

Friday, May 21, 2010

Cara Miliki Sifat Taqwa

www.Halaqah.net
Pengirim : Al-Hikam
Editor : PenaHalaqah

SABAN minggu khatib dalam khutbahnya mengingatkan mengenai ketakwaan kepada Allah. Persoalannya, adakah kita faham erti takwa?

Dalam bahasa Arab, perkataan ‘takwa’ berasal dari kata kerja ‘ittaqa’ bermaksdu ‘berwaspada dan berjaga-jaga’ atau ‘takut kepada Allah dan menjauhi segala larangan-Nya’.

Ittaqa juga bermaksud ‘menjadikannya pelindung daripada sesuatu perkara’.

Jelaslah, takwa bukan saja membawa maksud takut kepada Allah, malah menjadikannya pelindung dan pemelihara kita daripada sebarang perkara buruk dan bahaya.

Ketinggian tahap takwa amat jelas apabila ia dijadikan ukuran kepada pemilihan hamba Allah S.W.T yang dipandang mulia di sisi-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya), sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13).

Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menggunakan perkataan takwa atau perkataan yang membawa maksud takwa menggunakan bentuk yang berbeza seperti dalam bentuk kata perintah seperti ‘ittaquu’ yang bermaksud ‘bertakwalah kamu’ atau kata nama yang merujuk kepada golongan bertakwa seperti perkataan ‘muttaqin’.

Beberapa perkara yang dikaitkan dengan takwa menerusi ayat al-Quran perlu diteliti, antaranya berbuat baik sesama insan serta bermaaf-maafan.

Ayat berkenaan berkaitan dengan hubungan suami dan isteri yang sudah bercerai. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada takwa. Dan janganlah kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 237).

Sentiasa berlaku adil. Perkara terbabit dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: ‘Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Ma’idah, ayat 8).

Melakukan amalan dengan keikhlasan. Allah menjelaskan perkara ini serta mengambil ibadah korban sebagai contoh, firman Allah yang bermaksud: “Daging dan darah haiwan korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu.” (Surah al-Hajj, ayat 37).

Melaksanakan perintah Allah dengan penuh kesabaran. Hal ini dijelaskan Allah dalam al-Quran serta mengambil contoh perintah solat bagi menggambarkan ibadah yang diperintahkan Allah sememangnya memerlukan kesabaran dalam pelaksanaannya.

Gangguan syaitan dan juga dorongan nafsu manusia yang mengarah kepada keburukan akan sentiasa menjadi penghalang utama kepada pelaksanaan ibadah dan perintah Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan perintahlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.” (Surah Toha, ayat 132).

Menjaga hak orang lain dan memenuhi janji. Firman Allah bermaksud: “Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertakwa.” (Surah Ali ‘Imraan, ayat 76).

Berdasarkan beberapa potong ayat di atas, jelas kepada kita untuk mencapai ketakwaan kepada Allah ia berkait rapat dengan amalan jiwa atau dalaman seseorang Muslim.

Dapat disimpulkan sifat terpuji mestilah sentiasa disemai dalam diri setiap individu Muslim bagi mencapai ketakwaan yang sebenar.

Berbaik sangka sesama manusia, mudah memberi dan meminta maaf, sabar, adil, ikhlas, memenuhi janji, berkasih sayang, reda antara amalan hati yang boleh membentuk peribadi yang terpuji serta menjadi prasyarat penting dalam mencapai martabat golongan yang bertakwa.

Tanpa takwa yang sebenar dalam diri, segala perintah Allah yang dilaksanakan tidak membawa sebarang faedah kepada diri serta kehidupan dunia dan akhirat.
Marilah sama-sama kita berusaha menyuburkan rohani dan jiwa dengan sifat terpuji seperti dibuktikan Rasulullah melalui keperibadiannya yang tinggi serta luhur.

Allah menyatakan takwa itu sepatutnya dijadikan pakaian bagi diri setiap Muslim dan ia sebaik-baik pakaian. Firman Allah yang bermaksud:”Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raaf, ayat 26).

Ibnu Kathir dalam tafsirnya Tafsir al-Qur’an al-’Azim sebagai berkata beberapa pendapat ulama tafsir mengenai makna ‘pakaian’ dalam ayat itu.
Ikrimah menyatakan yang dimaksudkan dengan pakaian itu ialah pakaian yang dipakai orang bertakwa pada Hari Kiamat.

Qatadah pula menafsirkan yang dimaksudkan dengan ‘pakaian takwa’ itu adalah iman, manakala al-’Aufi mengambil pendapat Ibn Abbas yang menafsirkan ‘pakaian takwa’ itu sebagai amal soleh. (Beirut: Dar Ibn Hazm, 1998, juzu’ 3, halaman 1418)

Menurut Ibn Kathir semua maksud itu membawa pengertian dan tujuan sama. Perumpamaan itu jelas bahawa takwa amat penting dan setiap Muslim wajib memilikinya serta terus melakukan amalan yang dapat meningkatkannya.

Sesungguhnya ganjaran syurga milik mereka yang tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang muttaqin. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan dalam beberapa taman syurga dengan mata air terpancar padanya.” (Surah al-Hijr, ayat 45).

0 Siapa Bran Komen Ni..!:

blogger templates | Make Money Online