BERKONGSI NIKMAT IMAN, ISLAM ALLAHHU AKBAR

Thursday, January 28, 2010

SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH



Assalamualaikum warahmatullah... dewasa ini ramai manusia yang terlalu mengambil ringan soal solat. Meninggalkan solat tanpa rasa bersalah, tanpa rasa malu kepada Allah S.W.T yang memberikan nikmat hidup kepadanya dan merasai alam dunia ini. Bila ditegur.. ramai juga yang tidak dapat menerimanya lantas memberi pelbagai alasan. Tidak kurang juga yang mencerca orang solat.. contohnya "alah... dia tu sembahyang tak tinggal... tapi maksiat buat juga... walaupun aku tak sembahyang... maksiat aku tak buat tau". Ada pula yang memberikan pukulan K.O kepada si penegur... contohnya.. "eh... ko apa sibuk... tu soal urusan aku dengan Tuhan.... ko buat keje ko.. abis cerita". Kepada yang tidak solat.... ketahuilah bahawa amalan pertama yang dihitung oleh Allah di akhirat kelak adalah solatmu (sembahyangmu).. sehebat mana kamu menghabiskan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.. sekaya mana kamu bersedekah dengan hartamu.. sesopan mana kamu berbicara di muka bumi ini.. andai kamu tidak solat.... tiada erti semua itu. Bukan mudah Allah SWT nak menerima amal ibadah seseorang... kenapa demikian? Jawabnya mudah... kerana syurga itu indah... barang yang indah tidak boleh dibeli dengan harga yang murah..... masalahnya adalah.. syurga Allah tidak boleh sama sekali dibeli dengan wang ringgit... ia hanya mampu dibeli dengan amal... dan kunci amal yang pertama dihitung adalah solat itu sendiri. Berdasarkan hadis Rasulullah berikut.... ada golongan yang solat tetapi tidak diterima oleh Allah SWT.... dalam surah al-Ma'un pula .. Allah SWT menerangkan betapa celakanya orang yang solat tetapi lalai dalam solatnya. Bayangkan sahabat-sahabat sekalian... bagaimana pula orang yang tidak solat?? Adakah lebih baik dari golongan ini?? renung guna hati... bukan guna emosi.. :)

-------------------

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


والله اعلم

0 Siapa Bran Komen Ni..!:

 

blogger templates | Make Money Online