MENGAPA PERLUNYA BERJUANG UNTUK PALESTIN
Wahai kaum muslimin yang dihormati sebenarnya kita bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada umat Islam Palestin supaya mereka mempunyai satu semanggat yang kuat dalam melawan kuasa haram Yahudi. Tuan/puan sesungguhnya umat Islam di dunia ini adalah bersaudara sehingga diibaratkan sepertimana cubit paha kiri pahan kananpun turut terasa.Sehubungan dengan ini, kita tidak boleh mengharapkan bantuan daripada kuasa-kuasa bukan Islam membebaskan umat Islam Palestin dari peperangan, kerana kewajipan untuk membantu umat Islam Palestin adalah di atas bahu-bahu umat Islam sedunia.
ingatlah sesungguhnya selama ini kita banyak mengabaikan tanggungjawab kita untuk mencari jalan membebaskan umat Islam Palestin dengan apa cara sekalipun untuk mengembalikan maruah umat Islam yang selama ini dipandang hina oleh bukan Islam. Bantuan yang dimaksudkan adalah seperti wang, doa, memulau barang-barang keluaran Israel, Amerika dan sekutunya. Saya yakin kalau kita hendak berjihat untuk membantu pejuang mujahiden Palestin, memang jauh sekali kerana kita masih memcintai dunia. Pengorbanan yang kita mampu sekarang ini adalah menghulurkan sedikit duit kita kepada mereka dan mari kita sentiasa mendoakan mudah-mudahan Allah memberikan kemenangan kepada mereka kelak.
Bumi Palestin adalah bumi para nabi-nabi, peristiwa Isra' dan Mikraj pun berlaku disana, kiblat pertama orang Islam juga disana, maka jangan jatuhkan maruah kita sebagai seorang muslim. Mari kita hulurkan segala apa yang kita mampu untuk membersihkan maruah agama Islam kita untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi. Takbir....Allah Akbar
0 Siapa Bran Komen Ni..!:
Post a Comment