BERKONGSI NIKMAT IMAN, ISLAM ALLAHHU AKBAR

Tuesday, February 16, 2010

Siapakah Orang Yang Bahagia??

Orang yang BAHAGIA itu akan selalu....:






1. menyediakan waktu untuk
BERIBADAT
kerana
Beribadat itu adalah Ibu Segala KETENANGAN




2. menyediakan waktu untuk
BERAMAL
kerana
Beramal itu Pangkal KEJAYAAN






3. menyediakan waktu untuk
MEMBACA
kerana
Membaca itu sumber HIKMAH




4. menyediakan waktu untuk
BERSENDA
kerana
bersenda itu akan membuat CERIA selalu




5. menyediakan waktu untuk
BERFIKIR
kerana
Berfikir itu Pokok KEMAJUAN




6. menyediakan waktu untuk
TERTAWA
kerana
Tertawa itu Muziknya JIWA

Monday, February 15, 2010

SENYUMAN SEINDAH SURIA




15 RAHSIA SENYUM & TAWA(PENAWAR PENYAKIT)


Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentusaja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah"Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :


" SENYUM ITU KELOPAK.


KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".


Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.


Wallahhualam.

Sunday, February 14, 2010

METABOLISME RENDAH??!!!

Secara semula jadinya,
beberapa faktor akan memperlahankan Metabolisme :



1) Umur :
Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar lima peratus selepas 40 tahun. Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnya apabila otot berkurang, kadar M_etabolisme juga menurun.




2) Jantina :
Secara umumnya Metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka yang besar dan mempunyai kurang lemak badan.


3) Masalah hipotiroidisme :
Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan Metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.


4) Genetik :

Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar Metabolisme cepat.



Jika mempunyai kadar Metabolisme perlahan, usah bersedih kerana ia berlaku kepada kebanyakan orang. Walaupun ada banyak produk kesihatan dan pil yang mendakwa boleh mempercepatkan kadar Metabolisme , ia bukan kaedah terbaik...!


Mengamalkan gaya hidup kurang bergerak dikatakan menjadi penyumbang utama kepada kadar Metabolisme perlahan.Pengamalan bersenam adalah satu langkah yang bijak ke arah meningkatkan kadar metabolisme badan.Namun..tanpa semangat dan keazaman kuat, bersenam adalah tugas yang sangat berat untuk dilakukan,
walaupun ramai antara kita tahu manfaatnya.



Cara meningkatkan kadar Metabolisme dlm bdn kita :

1) Pemakanan




Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar Metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar Metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.


Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.


Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar Metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot.

2) Senaman
Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.



Buat senaman angkat berat. Tidak perlu pergi ke gimnasium, mengangkat dumbel sudah memadai. Jika tiada, gantikan dengan botol mineral yang berisi air.



3) Minum banyak AIR
Minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar Metabolisme , proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.


4) Tidur secukupnya.
Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.



Saturday, February 13, 2010

Silaturrahim Kerana Allah Swt Lebih Kuat

Kerana orang mukmin adalah bersaudara, maka wanita tidak terkecuali dalam membina ukhwah sesama Muslim. Ikatan persahabatan yang tulus dan ikhlas berbeza dengan cara dilakukan oleh bukan Muslim kerana silaturahim yang dibina kerana Allah swt lebih kuat dan teguh. Ia disebabkan iman setiap orang mukmin kepada Allah swt disambungkan kepada saudara seagama menjadikan pertautan hati dan jiwa serta akal dan rohani yang tiada taranya.

Sebab itulah ada persahabatan yang erat dan berpanjangan melebihi hubungan persaudaraan. Sesama sendiri, Muslimah memiliki ikatan hati yang sangat kuat kerana ukhwah disebabkan cinta kepada Allah swt. Mereka saling mengingatkan antara satu sama lain, berkongsi rasa dan duka, gembira dan suka. Daripada hubungan persahabatan juga manisnya iman dapat dirasa sehingga ada yang berubah pendirian dan sikap untuk lebih menghampiri penciptanya.

Rasulullah saw bersabda bermaksud, "Ada tiga hal yang apabila ada pada seseorang, nescaya dia akan merasakan manisnya iman; menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya. Dan apabila mencintai seseorang, dia tidak mencintainya melainkan kerana Allah. Dan dia enggan kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya seperti dia enggan dilemparkan ke neraka."
Orang yang merasai manisnya iman sukar berkongsi apa yang dirasai dengan orang lain melainkan perasaan sama turut dialami.

Yang pasti, Nabi Muhammad saw digelar kekasih Allah adalah manusia yang paling dekat hatinya dengan Allah swt kerana Baginda mencintai Allah melebihi yang lainnya dan sanggup menghadapi bahaya dan benc
ana semata-mata untuk mempertahankan agama dan mesej yang dibawa dari Yang Maha Esa. Umat Islam pula akan merasai manisnya iman dengan mencintai Allah dan Rasul lebih daripada segala-galanya.

Bayangkan jika seseorang wanita menyintai suaminya tanpa berbelah bahagi sehingga sanggup meninggalkan agama, keluarga dan tanah air semata-mata untuk sentiasa berada di samping suami.
Itulah tanda cinta yang tiada bandingannya. Situasi sama perlu dirasai jika kita mencintai Allah dan Rasul sehingga cinta itu tidak terungkap oleh kata-kata, sebaliknya kita akan sentiasa gembira dan tenang apabila mendampinginya dan menjauhi apa yang tidak disukai kerana bimbang dibenci.

Wanita yang menjalin persahabatan sesama saudara seagama perlu mengambil kesempatan untuk merasai manisnya iman dengan membina ukhwah dan mencintai sahabat kerana Allah. Walaupun tiada di depan mata, silaturahim tetap terbina dengan ikatan hati yang kukuh jika kita sentiasa menghampiri-Nya kerana iman kepada Allah swt disambungkan kepada saudara seagama. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat 10 bermaksud, "Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara".

Kesibukan dengan urusan harian dan komitmen kepada keluarga sepatutnya tidak membataskan wanita untuk menjalin hubungan persahabatan, tambahan pula kecanggihan teknologi yang ada pada hari ini memudahkan lagi perhubungan tanpa memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Ada sahabat yang memerlukan kita untuk berkongsi masalah dihadapi dan meminta pertolongan untuk mengatasi kesusahan yang membelenggu.

Hubungan yang erat dan ikhlas tentunya dapat membantu sahabat dalam kesusahan dan sedikit sebanyak memanfaatkan diri kita yang dilahirkan ke dunia kepada orang lain. Jangan pula ada wanita yang mengambil kesempatan untuk membina hubungan sesama wanita melampaui batasan sepatutnya.

Ada segelintir yang mendakwa mencintai sahabat wanita sehingga sanggup menjalin hubungan songsang yang bertentangan dengan agama dan norma, bahkan ada yang meminta cerai suami untuk 'hidup bersama' dengan tem
an wanita yang dicintai. Mereka mengambil kesempatan di atas jantina yang serupa untuk tinggal bersama tanpa menimbulkan syak wasangka tetapi hidup dengan nilai buruk dan menjijikkan, seolah-olah tidak mengetahui akibat apa yang dilakukan di akhirat nanti.

Tidak salah mencintai sahabat baik, mengasihi dan menyayanginya seperti kita dicintai, dikasihi dan disayangi tetapi biarlah kerana Allah, tidak melencong daripada landasan agama dan sentiasa saling mengingatkan azab yang pedih. Bahkan orang yang mengasihi kerana Allah mendapat kemuliaan, kebanggaan dan kehormatan pada saat Allah mengumpulkan mereka pada hari akhirat dan Allah akan menaungi mereka pada hari itu.

Persahabatan jujur lahir daripada hati yang ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa melainkan keredaan Allah swt. Sahabat sebegini mempunyai hati yang bersih dan rohani yang suci. Mereka tidak terganggu dengan mengadu domba, umpat keji, hasad dengki dan caci maki.

Mereka mampu menyingkirkan bisikan duniawi yang penuh syahwat dan menghancurkan agenda iblis yang sentiasa ingin membinasakan silaturahim sesama Muslim. Sebaliknya, sahabat yang keji sentiasa mengharapkan ganjaran duniawi dan menaburkan fitnah dan mencaci maki jika apa yang diingini tidak diperoleh. Mereka lupa Allah mengangkat darjat orang yang mengasihi kerana Allah, bukan kerana wang dan pangkat.

Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah bersabda maksudnya; "Bahawasanya ada seorang lelaki yang hendak mengunjungi saudaranya di desa yang lain, maka Allah mengutus malaikat untuk menemuinya di sebuah jalan yang akan dilaluinya. Selepas bertemu, malaikat bertanya kepadanya, "Ke manakah kamu akan pergi?" Lelaki itu menjawab, "Aku akan menemui saudaraku di desa ini." Malaikat bertanya lagi, "Apakah ada kenikmatan dunia yang kamu harapkan darinya?" Lelaki tadi menjawab, "Tidak demikian, tetapi kerana aku mencintainya kerana Allah. Malaikat berkata, "Sesungguhnya aku adalah malaikat yang diutus Allah kepadamu untuk mengkhabarkan sesungguhnya Allah mencintaimu sebagai mana kamu mencintai saudaramu kerana-Nya." (HR Muslim)

Friday, February 12, 2010

Dulu Gengster, Kini Imam

MELIHAT penampilan Chan Narong atau Mohd. Isa Salleh, 19, yang mempunyai raut wajah yang tenang, tentunya tidak ramai yang menyangka anak muda ini sudah lama bergelumang dengan pelbagai kegiatan tidak bermoral sebelum ini. Mohd. Isa mula menempuh alam kedewasaan dalam usia masih mentah dan pernah menjadi budak suruhan kumpulan gangster di kampung kelahirannya, Thhooy Thongva, Phnom Penh, Kemboja. Pelajar Tahun Kedua Sijil Asas Pengajian Islam di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) di Pengkalan Chepa, Kelantan ini menceritakan beliau melakukan apa sahaja yang diarahkan ketua gengster untuk mendapat upah.

Mohd. Isa datang ke Malaysia pada tahun 2005 pada usia 15 tahun mengikut jejak ayah dan ibunya yang datang lebih awal untuk mencari pekerjaan kerana tidak gemar untuk terus bersekolah.
Ketika itu, beliau tidak mengetahui yang ayahnya, Pontat, 47, ibunya, Soerem, 49, sudah menerima Islam dan memilih nama Salleh dan Masitah, diikuti kakak dan adiknya. "Selama seminggu saya berada di rumah ayah di Banting, Selangor, saya hairan melihat dia berkopiah. Pada mulanya saya ingatkan itu adalah adat orang di Malaysia dan ayah hanya mengikut resam orang-orang di sini. Tetapi apabila ayah keluar rumah setiap kali azan berkumandang, ia menambahkan lagi kemusykilan saya.

Rasa ingin tahu yang membuak-buak menyebabkan saya memujuk ayah memboncengkan saya ke tempat yang selalu dituju.
Saya terkejut apabila ayah menunggang motosikal sampai ke surau. Rasa marah meletus di dada apabila terbongkar rupanya ayah sudah jadi orang Islam. Saya terus lari balik ke rumah," cerita Mohd. Isa. Katanya, perbuatan itu disifatkannya sebagai melupakan asal usul sendiri dan amat membingungkannya kenapa keluarga menerima Islam kerana sewaktu di negara asal, masyarakat Islam dipandang rendah dan sering diejek kerana kain dan jubah yang dipakai.

Mohd. Isa terus mengemas pakaian dan menelefon bapa saudaranya, Mohamad Abdullah, 39, yang tinggal di Kanchong Darat untuk tinggal bersamanya.
Mohamad menganut Islam sejak 1999 dan bekerja menjual ais krim. "Saya cuma tidak mahu lihat muka ayah. Saya maklum yang bapa saudara saya sudah memeluk Islam tetapi saya lebih ralat dengan tindakan ayah kerana merahsiakannya dari saya," katanya. Semasa di Kemboja, Mohd. Isa akui perkara yang paling dibencinya adalah mendengar azan kerana ia sering dilaungkan tiap kali masuk waktu. "Pada saya ia satu perkara yang membingitkan telinga," katanya.

Pernah Mohd. Isa cuba meninjau apa yang ada di dalam masjid di kampungnya di Kemboja apabila melihat para jemaah sering keluar masuk.
"Saya perhatikan di bahagian hadapan masjid tidak ada apa pun yang boleh disembah seperti dalam kuil. Saya bertanya seorang pakcik yang kebetulan berada di muka pintu, apa yang dia sembah, katanya mereka menyembah Tuhan. Saya jawab balik, mana ada Tuhan dalam masjid ini? Pakcik itu berkata, anak nampak angin? Saya kata tidak. Dia bertanya kembali, walaupun tidak nampak adakah angin itu ada? Saya jawab ya. Pakcik itu berkata maka itulah juga yang boleh difaham dengan Allah yang disembah orang Islam. Dia tetap wujud walaupun tidak dapat dilihat dengan mata," jelas pakcik itu kepada Mohd. Isa. Bagaimanapun pada ketika itu beliau tidak faham penjelasan yang diberi kerana baginya Tuhan perlu dijelmakan seperti patung, barulah boleh disembah dengan baik.

Namun hidayah Allah tidak boleh ditolak apabila ia sudah mengetuk pintu hati. Hanya tiga minggu berada di rumah bapa saudaranya, Mohd. Isa memeluk Islam pada 27 September 2005 di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). "Sepanjang tinggal bersama bapa saudara, dia tidak pernah meminggirkan saya dalam aktiviti berkaitan agama. Setiap malam ada majlis taalim (ilmu) bersama sepupu-sepupu saya. Pak cik Mohamad akan membaca kisah nabi dan para sahabat, dalam bahasa Melayu dan kemudiannya akan menterjemahnya ke dalam bahasa Kemboja. Saya tertarik dengan kisah Nabi Muhammad berdakwah kepada kaum Quraisy. Sebelum masuk Islam lagi saya sering dibawa ke masjid bersamanya, malah pernah mengikuti satu rombongan menghadiri pertandingan hafalan. Bacaan ayat al-Quran dan tafsirannya yang diterjemahkan pula kepada saya oleh bapa saudara menggamit hati untuk yakin kepada Islam," ceritanya.

"Dahulu pun terasa juga diri ini bagai mempersenda Tuhan sendiri. Makanan seperti ayam disembahkan kepada berhala, kadang-kadang saya curi untuk dimakan bersama kawan-kawan," tambahnya. Selain mengikuti kursus sijil di IDIP di bawah tajaan JAIS sejak awal 2008, Mohd. Isa juga bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini. Dalam masa enam bulan pertama di IDIP, Mohd. Isa berjaya memahami bahasa Melayu sepenuhnya sama ada untuk bercakap, menulis dan membaca. "Saya pun tidak menyangka perkara ini tetapi Allah menerangkan hati saya menerima pelajaran," katanya.

Dia bersyukur kerana kini sudah menghafaz lebih satu juzuk al-Quran dan mendapat kepercayaan tenaga pengajar di IDIP sebagai salah seorang imam di situ.
Mohd. Isa yang bercita-cita menjadi seorang ustaz dan pendakwah berazam membantu ibu bapanya yang kini bekerja sebagai tukang kebun dan penjual kuih.


Oleh: ASMA HANIM MAHMOOD
Sumber: Utusan Malaysia


P/S : Sesungguhnya hidayah itu datangnya dari Allah swt. Bertuahlah insan-insan yang dianugerahi dengan cahaya petunjukNya. Dan bagi kita yang lahir dalam Islam, berdoalah semoga kita sentiasa terus dalam redhaNya, Insya-Allah ....

Thursday, February 11, 2010

Mulianya Wanita ….

Allah swt tidak menjadikan nabi di kalangan wanita. Tetapi Allah swt memuliakan wanita di dalam Al-quran dengan menamakan surah -an nisa’-. Manusia yang pertama beriman kepada Allah swt selepas Rasulullah saw ialah wanita -Khadijah r.anha-. Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita - Sumayyah r.anha-. Dan Allah juga mengangkat perbuatan Siti Hajar r.anha yang juga seorang wanita yang berlari-lari antara safa dan marwa di dalam rukun haji, iaitu saie.

Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda nabi yang lebih kurang bunyinya, “Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya”. Masya-Allah, senang bunyinya. Tapi hakikatnya tidaklah semudah itu.

Jika kita lihat bagaimana pengorbanan Siti Khadijah r.anha, confirm kita takkan dapat tiru apa yang beliau telah lakukan. Sebelum memeluk Islam dan menjadi isteri Rasulullah saw, beliau ialah seorang hartawan, peniaga yang mashyur dan terkenal. Tetapi sebaik sahaja beliau beriman kepada Allah, seluruh hartanya diinfakkan ke jalan Allah swt. Sehinggakan di akhir hayatnya, ketika di pangkuan Rasulullah saw, katanya “Ya Rasulullah, jika tulang belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan Allah, maka ambillah. Aku redha ya Rasulullah”.

Begitu juga kisah Sumayyah r.anha yang semua ahli keluarganya habis di bunuh oleh Firaun laknatullah. Iman di dadanya sedikitpun tidak goyah hatta nyawanya menjadi korban kerana dia yakin, syurga Allah telah menantinya.


Kesabaran dan ketaatan Siti Hajar r.anha kepada suaminya dan iman yang kental terhadap tuhannya, membuatkan beliau tidak sedikit pun gentar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang panas, yang tiada asbab untuk hidup bersama bayinya Nabi Ismail a.s yang masih merah.

Tetapi Allah maha besar, setiap hamba yang taat kepadaNya akan dibalas dengan kebaikan. Dari hentakan kaki nabi Ismail a.s, maka terpancutlah air zam-zam yang Allah janji tidak akan kering sehingga hari Kiamat. Allahu Akbar!.

Betapa besarnya pengorbanan para sahabiah r.anha ketika itu. Sanggup kehilangan harta, suami, anak-anak demi agama Allah swt. Kerana mereka yakin dengan janji Allah swt, Allah telah beli diri, harta dan masa orang mukmin dengan syurga Allah swt. Apa lagi yang kita harapkan jika Allah swt sendiri dah offer syurgaNya untuk kita ? . But for sure, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ganjaran itu. Dan dunia ini adalah tempat untuk kita membuktikannya. Sabda Rasulullah saw yang lebih kurang bunyinya, “Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”.

Wednesday, February 10, 2010

GAMBAR MENARIK : HIJAU YANG UNIK

Gambar-gambar keindahan hiasan alam hasil kreativiti makhluk bernama manusia.. :)
































 

blogger templates | Make Money Online