BERKONGSI NIKMAT IMAN, ISLAM ALLAHHU AKBAR

Thursday, May 27, 2010

11 JENIS MANUSIA DI DOA MALAIKAT..

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.

Saturday, May 22, 2010

Konsep Perjuangan Rasulullah

www.Halaqahnet
Pengirim : Armadilloludin
Editor : PenaHalaqah

Ramai yang tidak memahami konsep perjuangan Rasulullah dan apakah tujuan sebenar para Rasul dibangkitkan. Kalau kita kaji Al Quran, semua para Rasul mengajak kepada mentauhidkan Allah. Tapi persoalannya, Allah manakah yang hendak ditauhidkan itu?

Orang kafir terdahulu, akibat tertutup mati hati mereka, maka mereka tidak kenal siapa Allah yang perlu disembah. Walaupun mereka sendiri akui yang cipta alam semesta ini, tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk menyembah Allah. Akibatnya, mereka menyembah berhala-berhala yang mereka ada-adakan dengan alasan berhala itu akan membawa sembahan mereka itu kepada Allah.

Berhala itu tidak semestinya wujud dalam bentuk patung atau batu, malah dalam bentuk manusia yang diagung-agungkan atau didewa-dewakan. Ada manusia yang mahu dia didewa-dewakan (seperti Firaun) dan ada juga yang diberhalakan tanpa mereka ketahui iaitu setelah mereka meninggal dunia, ada manusia lain mendewa-dewakan hamba Allah itu untuk disembah segala kata-kata atas nama hamba Allah ini. Pendewaan ini selalu terjadi pada manusia yang pernah diangkat sebagai Nabi atau ulamak.

Bila sesatu kaum mula beragama secara menurut ajaran tok guru mereka tanpa berfikir, syaitan mengambil kesempatan untuk memasukkan ajaran dusta atas nama hamba Allah yang diberhalakan. Kerana taksub pada hamba Allah itu, segala riwayat kata-kata hamba Allah itu dipercayai benar tanpa mereka memikirkan terlebih dahulu. Dengan kata lain, mereka meletakkan kepercayaan kebenaran itu atas nama hamba Allah itu, bukan lagi kepada Allah.

Bagaimana hendak meletakkan kebenaran atas nama Allah? Bila sesuatu kata-kata itu selari dengan hukum alam yang logik dan rasional difikirkan, itulah tanda-tanda sesuatu kata-kata itu selari atau dari daripada Allah. Ini kerana hukum yang logik difikirkan itu bukan ditetapkan oleh manusia, melainkan oleh Allah Pencipta alam semesta.

Manusia tidak boleh mendustai hukum alam. Contohnya apabila Allah menetapkan keadaan umat Islam sekarang jadi lemah dan berpecah-belah gara-gara tahap mentaliti mereka rendah kerana malas belajar dan mengkaji alam, siapakah yang boleh mengubah hukum itu? Bolehkah tok guru agama itu mengubah hukum alam itu dengan menjadikan orang yang pemalas kaji ilmu alam itu seorang yang bijak? Bolehkah dengan jampi serapah dan segala ibadat ritual yang diada-adakan itu mengubah hukum alam untuk menjadikan umat Islam kuat biarpun dalam keadaan pemalas berfikir?

Tidak, sebab Nabi Adam sendiri perlu belajar dengan Allah untuk mengetahui nama-nama yang ada di bumi sebelum baginda diturunkan ke dunia. Jika dengan duduk melepak membuang masa sudah cukup bagi manusia, tidak perlulah Adam diajar dan belajar. Cukuplah baginda hidup sekadar buat ibadat ritual.

Jadi, hakikat perjuangan para Rasulullah adalah untuk menyedarkan sesuatu kaum yang pemalas belajar dan pemalas berfikir yang hanya suka disuap oleh orang yang mereka muliakan. Akibat beragama tanpa berfikir, mata hati mereka tidak nampak Allah secara logik. Ini kerana bagi mereka, maksud "nampak" Allah itu perlulah nampak guna mata kasar. Sedangkan selain mata kasar, Allah kurniakan manusia mata hati untuk melihat alam hukum atau alam ilmu. Dengan melihat hukum atau ilmu yang wujud di alam semesta ini, barulah seseorang manusia itu mampu kenal siapa Tuhan yang patut disembah.

Perumpamaan dakwah para Rasul itu seperti mengajak kaum yang hidup dengan cara menutup mata (hidup dalam kegelapan) kepada membuka mata. Bila masing-masing tahu membuka mata dan menggunakan mata untuk melihat, macam-macam perkara boleh nampak.

Mata hati akan terbuka bila manusia membuka minda. Nak buka minda, manusia kena belajar dan mendengar semua pandangan. Jika jumud atau tertutup fikiran, maka mereka akan teraba-raba dalam beragama. Sebab itulah mereka mengharapkan ada tok guru yang tolong pandu arah hidup mereka seperti seorang buta yang minta dipimpinkan tangannya ketika berjalan.

Friday, May 21, 2010

Cara Miliki Sifat Taqwa

www.Halaqah.net
Pengirim : Al-Hikam
Editor : PenaHalaqah

SABAN minggu khatib dalam khutbahnya mengingatkan mengenai ketakwaan kepada Allah. Persoalannya, adakah kita faham erti takwa?

Dalam bahasa Arab, perkataan ‘takwa’ berasal dari kata kerja ‘ittaqa’ bermaksdu ‘berwaspada dan berjaga-jaga’ atau ‘takut kepada Allah dan menjauhi segala larangan-Nya’.

Ittaqa juga bermaksud ‘menjadikannya pelindung daripada sesuatu perkara’.

Jelaslah, takwa bukan saja membawa maksud takut kepada Allah, malah menjadikannya pelindung dan pemelihara kita daripada sebarang perkara buruk dan bahaya.

Ketinggian tahap takwa amat jelas apabila ia dijadikan ukuran kepada pemilihan hamba Allah S.W.T yang dipandang mulia di sisi-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya), sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13).

Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menggunakan perkataan takwa atau perkataan yang membawa maksud takwa menggunakan bentuk yang berbeza seperti dalam bentuk kata perintah seperti ‘ittaquu’ yang bermaksud ‘bertakwalah kamu’ atau kata nama yang merujuk kepada golongan bertakwa seperti perkataan ‘muttaqin’.

Beberapa perkara yang dikaitkan dengan takwa menerusi ayat al-Quran perlu diteliti, antaranya berbuat baik sesama insan serta bermaaf-maafan.

Ayat berkenaan berkaitan dengan hubungan suami dan isteri yang sudah bercerai. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada takwa. Dan janganlah kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 237).

Sentiasa berlaku adil. Perkara terbabit dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: ‘Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Ma’idah, ayat 8).

Melakukan amalan dengan keikhlasan. Allah menjelaskan perkara ini serta mengambil ibadah korban sebagai contoh, firman Allah yang bermaksud: “Daging dan darah haiwan korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu.” (Surah al-Hajj, ayat 37).

Melaksanakan perintah Allah dengan penuh kesabaran. Hal ini dijelaskan Allah dalam al-Quran serta mengambil contoh perintah solat bagi menggambarkan ibadah yang diperintahkan Allah sememangnya memerlukan kesabaran dalam pelaksanaannya.

Gangguan syaitan dan juga dorongan nafsu manusia yang mengarah kepada keburukan akan sentiasa menjadi penghalang utama kepada pelaksanaan ibadah dan perintah Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan perintahlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.” (Surah Toha, ayat 132).

Menjaga hak orang lain dan memenuhi janji. Firman Allah bermaksud: “Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertakwa.” (Surah Ali ‘Imraan, ayat 76).

Berdasarkan beberapa potong ayat di atas, jelas kepada kita untuk mencapai ketakwaan kepada Allah ia berkait rapat dengan amalan jiwa atau dalaman seseorang Muslim.

Dapat disimpulkan sifat terpuji mestilah sentiasa disemai dalam diri setiap individu Muslim bagi mencapai ketakwaan yang sebenar.

Berbaik sangka sesama manusia, mudah memberi dan meminta maaf, sabar, adil, ikhlas, memenuhi janji, berkasih sayang, reda antara amalan hati yang boleh membentuk peribadi yang terpuji serta menjadi prasyarat penting dalam mencapai martabat golongan yang bertakwa.

Tanpa takwa yang sebenar dalam diri, segala perintah Allah yang dilaksanakan tidak membawa sebarang faedah kepada diri serta kehidupan dunia dan akhirat.
Marilah sama-sama kita berusaha menyuburkan rohani dan jiwa dengan sifat terpuji seperti dibuktikan Rasulullah melalui keperibadiannya yang tinggi serta luhur.

Allah menyatakan takwa itu sepatutnya dijadikan pakaian bagi diri setiap Muslim dan ia sebaik-baik pakaian. Firman Allah yang bermaksud:”Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raaf, ayat 26).

Ibnu Kathir dalam tafsirnya Tafsir al-Qur’an al-’Azim sebagai berkata beberapa pendapat ulama tafsir mengenai makna ‘pakaian’ dalam ayat itu.
Ikrimah menyatakan yang dimaksudkan dengan pakaian itu ialah pakaian yang dipakai orang bertakwa pada Hari Kiamat.

Qatadah pula menafsirkan yang dimaksudkan dengan ‘pakaian takwa’ itu adalah iman, manakala al-’Aufi mengambil pendapat Ibn Abbas yang menafsirkan ‘pakaian takwa’ itu sebagai amal soleh. (Beirut: Dar Ibn Hazm, 1998, juzu’ 3, halaman 1418)

Menurut Ibn Kathir semua maksud itu membawa pengertian dan tujuan sama. Perumpamaan itu jelas bahawa takwa amat penting dan setiap Muslim wajib memilikinya serta terus melakukan amalan yang dapat meningkatkannya.

Sesungguhnya ganjaran syurga milik mereka yang tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang muttaqin. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan dalam beberapa taman syurga dengan mata air terpancar padanya.” (Surah al-Hijr, ayat 45).

Wednesday, April 28, 2010

IKHTILAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT...

IKHTILAT: PERGAULAN ANTARA
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
DALAM PERGERAKAN ISLAM
MUQADDIMAH

Ikhtilat dalam pergerakan Islam adalah suatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap orang yang terlibat secara langsung dalam pergerakan Islam sama ada dia seorang ahli usrah, naqib atau pun masul. Syariat Islam tidak memandang siapa yang memegang jawatan dalam jemaah dalam melaksanakan syariat tersebut.

Perkataan ikhtilat itu pada adatnya bermaksud pergaulan. Di dalam konteks Islam, ikhtilat boleh diertikan sebagai suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan wanita ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari termasuklah mereka yang berkecimpung dalam pergerakan Islam sendiri.

Tambahan pula, kemajuan era teknologi sekarang ini, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan wanita yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, Friendster dan Facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan.

Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama pemuda pemudi Islam.
Kita juga didedahkan bahawa rukun yang perlu diketahui dalam pergerakan Islam adalah rukun taaruf. Akan tetapi, apa yang membimbangkan kita adalah perhubungan yang dimulakan atas dasar taaruf tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian ilmu dan kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'.

Ada juga, kononnya beralasan hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Apa yang lebih menakutkan adalah perhubungan tersebut menjadi barah ‘cinta’ walaupun pada zahirnya seakan-akan kita melihat mereka saling mengambil berat (salah guna atas nama usrah). Perkara ini, seolah-olah mencari keredhaan Allah, sedangkan mereka sudah terjerus dalam kemurkaan Allah. Kerana itulah kita perlu memahami konsep sebenar dalam bekerja kerana Allah dan batas pergaulan dalam bekerja.

CARA MENJAGA IKHTILAT
1. Elakkan berhubungan dengan lelaki sekiranya tidak ada keperluan.
Sekiranya seorang wanita mempunyai keperluan, hendaklah dia meminta bantuan dari wanita dan lelaki bagi lelaki. Mintalah pertolongan dari kaum sejenis. Melainkan perkara yang tidak diketahui atau luar kudrat kita contohnya apabila wanita meminta bantuan lelaki dalam soal membaiki laptop, kereta dan perkara-perkara yang tidak mampu dilakukan oleh wanita.

2. Berhubung dengan bukan muhrim menggunakan perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya.
Ringkas dan padatkan ayat-ayat atau persoalan yang dikemukan kepada pihak lain. Di dalam nota yang diberikan hendaklah bersih dari ikon senyum yang sememangnya comel. Atau meletakkan ayat-ayat berbentuk humor seperti gelak ketawa (huhu, haha, hihi, hikhik). Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah. Sekiranya terdesak untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama wanita selari dengan tuntutan Al-Quran:
"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik."

3. Menundukkan hati.
Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim, kita perlu risaukan kemurkaan Allah Taala. Perbanyakkanlah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta daripada-Nya supaya dipelihara diri dari panahan syaitan.

4. Menundukan pandangan mata.
Jangan tertipu dengan mata pelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati".

5. Mempercepatkan urusan.
Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tidak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan menyegerakan urusan tersebut.
Dipetik dari :

Tuesday, April 27, 2010

SIFAT-SIFAT ISTERI SOLEHAH...

1.Mentatai perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT.

2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut.

3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.

4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan

5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek)

6.Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami.

7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.

8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah.

9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.

10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.

11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya.

12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.

13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.

Monday, April 26, 2010

UNTUKMU WANITA..

Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka.

Didiklah mereka dengan panduan dariNya.Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya.

Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan.

Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain.Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan.

Tanpa ilmu,iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.

Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini

Sunday, April 25, 2010

HEBATNYA CARA RASULULLAH SAW MENDIDIK..

Penulis: Razali Saran
Penerbit: mustread SDN BHD
Cetakan Pertama 2010
Harga: RM19.90 (sem Malaysia)
RM22.90 (Sabah & Sarawak)
Pada ruangan bicara buku ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengulas sebuah buku yang sesuai dijadikan sebagai panduan khususnya kepada bakal guru seperti kita. Ramai yang beranggapan tugas seorang guru ini hanyalah kelas bawahan sahaja dan tidak perlu dipandang tinggi. Mungkin sesetengah daripada kita hanya memilih profesion perguruan ini sebagai pilihan yang terakhir setelah gagal mendapatkan kerja yang diimpikan.
Buku yang dihasilkan ini dapat menaikkan lagi semangat dan memotivasikan kita dalam meneruskan profesion sebagai seorang pendidik. Tulisannya menerangkan kepada kita tugas sebenar seorang guru yang bukan hanya tertumpu kepada penerimaan ilmu yang berdasarkan kepada sukatan pelajaran sahaja. Tetapi ianya merangkumi peranan guru yang mendidik anak muridnya menjadi insan yang lebih sempurna dan berdisiplin.
Fokus utama buku ini adalah menumpukan kaedah yang diguna pakai oleh nabi dalam menyampaikan ilmu kepada para sahabat. Ianya dibuktikan dan dikuatkan dengan hadith-hadith nabi yang terdapat dalam buku ini. Jadi, sebagai bakal guru kita dapat mengaplikasikan segala teknik yang telah digunakan oleh nabi untuk mendidik anak murid kita. Semoga buku ini dapat menjadi panduan kepada semua guru dan semoga dengan usaha sedikit ini akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT di akhirat kelak. AMIN...

blogger templates | Make Money Online