HEBATNYA CARA RASULULLAH SAW MENDIDIK..
Sunday, April 25, 2010
Dicatat oleh MUHAMMAD FITRI BIN HJ SHUAIB di 9:26 AM 0 Siapa Bran Komen Ni..!
MENCARI SAHABAT....NASIHAT AL-QAMAH
KISAH NABI..
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimanapesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) ..
Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Hati iNi Telah Bersatu, bersatu memikul Beban DakwahMu, Hati ini TelaH berpadu, Berpadu memikUL bebAn Dakwahmu, hati ini Telah MengikaT setia untUk MendaulAt untuk Menyokong syAriatmu di Alam Maya...Maka Ya Allah, eratKanLah iKAtan yAng Ada. Kekalkanlah kemesrAan Yang Ada, tunJukkanLah jaLan yang beNar. PenuhkanLah dengAn cahayaMu tiada malam teranGi AlamMu. Hidup suburkanLah dengan MakrifatMu tapi jika Ingin memAtikannya, matiKanLah sebagai Syuhada daLam perjuangan menegakkAn agama yang mulIa.
Dicatat oleh MUHAMMAD FITRI BIN HJ SHUAIB di 9:18 AM 0 Siapa Bran Komen Ni..!
Saturday, April 24, 2010
INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT...
Penulis: Dato’ Ismail Kamus,
Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Penerbit: Telaga Biru
Harga: RM55.00 (Sem Malaysia),
RM57.00 (Sabah & Sarawak)
Kitab yang berjudul Indahnya Hidup Bersyariat ini mengandungi panduan lengkap asas fardhu ain untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Fardhu ain asas yang mencakupi aspek bersuci, solat, puasa, zakat, haji, umrah, sembelihan dan korhan diterangkan dengan begitu jelas oleh penulis ini. Kitab ini sepatutnya wajib berada di setiap rumah dan pada setiap individu kerana ianya merupakan panduan penting pada setiap ibadah yang kita lakukan.
Disertakan ilustrasi bergambar menjadikan kitab ini lebih mudah difahami dan seterusnya dapat diamalkan tanpa rasa keliru. Beberapa surau dan masjid juga menggunakan kitab ini sebagai bahan rujukan dalam kuliyah mereka. Rasanya tidak perlu untuk dihurai dengan lebih mendalam kerana susah untuk menghuraikan kitab yang begitu istimewa untuk kita semua ini. Walaupun harganya mahal sedikit, tetapi ianya berbaloi dengan apa yang dihidangkan kepada pembaca. Jadikanlah buku ini sebagai panduan kita bersama agar beroleh keberkatan dalam melakukan amal ibadah.
Dicatat oleh MUHAMMAD FITRI BIN HJ SHUAIB di 9:15 AM 0 Siapa Bran Komen Ni..!
Friday, April 23, 2010
TEMAN SEJATI...
UNTUKMU TEMAN..

UNTUKMU TEMAN
Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kanBersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya
Dicatat oleh MUHAMMAD FITRI BIN HJ SHUAIB di 9:01 AM 0 Siapa Bran Komen Ni..!
Thursday, April 22, 2010
GURU, QUDWAH HASANAH ATAU SEBALIKNYA..?
bismiLlah...akhirnya ana berpeluang untuk mencoret dalam ruangan ini. tiap2 hari ana buka blog ana tapi tak terbuka hati nak menulis apa2. ana cuma selesa bermonolog dengan diri sendiri. berfikir dan berfikir. dalam entri kali ini ana tak berniat untuk berkongsi pengalaman praktikum ana di sekolah dalam p&p bahasa arab. mungkin kerana ana belum dapat menguasai kemahiran seorang guru, maka tiada apa yg nk ana kongsikan. (belum bersedia sebenarnya)satu persoalan yang sering bermain dalam fikiran ana.guru dan cabaran masa kini...terdapat beberapa cabaran yang dihadapi guru zaman moden:
anak-anak yang manja dengan teknologi
ibu bapa yang sibuk kerja
rakan seperjuangan tapi berlainan matlamat
pihak pentadbir yang utamakan publisiti
lain-lain pihak yang berkaitandisebabkan cabaran-cabaran ini maka guru berada dalam dilema. apabila berhadapan dengan murid yang nakal, guru hanya mampu menggetap bibir menahan kesabaran tanpa dapat membuat sebarang tindakan. mungkin hanya melaporkan pada pihak disiplin. walhal mendidik bukan tugas guru disiplin sahaja. mendidik adalah tugas semua pendidik. namun apabila tugas ini diketepikan maka apakah peranan guru sebenarnya?apabila berhadapan dengan cabaran-cabaran ini, maka sebagai guru kita harus merujuk pada guru yang utama dalam lipatan sejarah manusia. guru yang bukan sahaja berjaya mendidik masyarakatnya malahan berjaya mencipta satu tamadun yang paling agung di dunia. guru yang ana maksudkan adalah baginda Rasulullah S.A.W. baginda mampu menjadi contoh ikutan sepanjang zaman. biarpun perbezaan zaman baginda dan kita sangat berbeza namun itulah satu-satunya manusia yang masih disebut-sebut, masih dikenang-kenang hingga kini.

Dicatat oleh MUHAMMAD FITRI BIN HJ SHUAIB di 8:54 AM 0 Siapa Bran Komen Ni..!
Tuesday, April 20, 2010
Dicatat oleh MUHAMMAD FITRI BIN HJ SHUAIB di 8:43 AM 0 Siapa Bran Komen Ni..!
Thursday, April 1, 2010
TETAPI MEMPUNYAI POPULAR PRODUK..
Wak keluaq p la produk apa pon, suma abeh cepat.huhu
Dicatat oleh MUHAMMAD FITRI BIN HJ SHUAIB di 2:04 AM 0 Siapa Bran Komen Ni..!


