HEBATNYA CARA RASULULLAH SAW MENDIDIK..
Penerbit: mustread SDN BHD
Cetakan Pertama 2010
Harga: RM19.90 (sem Malaysia)
RM22.90 (Sabah & Sarawak)
Pada ruangan bicara buku ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengulas sebuah buku yang sesuai dijadikan sebagai panduan khususnya kepada bakal guru seperti kita. Ramai yang beranggapan tugas seorang guru ini hanyalah kelas bawahan sahaja dan tidak perlu dipandang tinggi. Mungkin sesetengah daripada kita hanya memilih profesion perguruan ini sebagai pilihan yang terakhir setelah gagal mendapatkan kerja yang diimpikan.
Buku yang dihasilkan ini dapat menaikkan lagi semangat dan memotivasikan kita dalam meneruskan profesion sebagai seorang pendidik. Tulisannya menerangkan kepada kita tugas sebenar seorang guru yang bukan hanya tertumpu kepada penerimaan ilmu yang berdasarkan kepada sukatan pelajaran sahaja. Tetapi ianya merangkumi peranan guru yang mendidik anak muridnya menjadi insan yang lebih sempurna dan berdisiplin.
Fokus utama buku ini adalah menumpukan kaedah yang diguna pakai oleh nabi dalam menyampaikan ilmu kepada para sahabat. Ianya dibuktikan dan dikuatkan dengan hadith-hadith nabi yang terdapat dalam buku ini. Jadi, sebagai bakal guru kita dapat mengaplikasikan segala teknik yang telah digunakan oleh nabi untuk mendidik anak murid kita. Semoga buku ini dapat menjadi panduan kepada semua guru dan semoga dengan usaha sedikit ini akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT di akhirat kelak. AMIN...
0 Siapa Bran Komen Ni..!:
Post a Comment