METABOLISME RENDAH??!!!
1) Umur :
Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar lima peratus selepas 40 tahun. Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnya apabila otot berkurang, kadar M_etabolisme juga menurun.2) Jantina :
Secara umumnya Metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka yang besar dan mempunyai kurang lemak badan.3) Masalah hipotiroidisme :
Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan Metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.Jika mempunyai kadar Metabolisme perlahan, usah bersedih kerana ia berlaku kepada kebanyakan orang. Walaupun ada banyak produk kesihatan dan pil yang mendakwa boleh mempercepatkan kadar Metabolisme , ia bukan kaedah terbaik...!
Mengamalkan gaya hidup kurang bergerak dikatakan menjadi penyumbang utama kepada kadar Metabolisme perlahan.Pengamalan bersenam adalah satu langkah yang bijak ke arah meningkatkan kadar metabolisme badan.Namun..tanpa semangat dan keazaman kuat, bersenam adalah tugas yang sangat berat untuk dilakukan,
walaupun ramai antara kita tahu manfaatnya.
Cara meningkatkan kadar Metabolisme dlm bdn kita :
1) Pemakanan
Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.
2) Senaman
Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.3) Minum banyak AIR
Minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar Metabolisme , proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.4) Tidur secukupnya.
Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.
0 Siapa Bran Komen Ni..!:
Post a Comment