MENCARI CINTA..
Dapatkan ecard NasyidFM Disini
Wahai diriku yang dianugerahi rasa cinta...biarku khabarkan...kerana cinta itu anugerah Illahi.Satu rasa yang sukar diterjemahkan.Senada pada warna hati.Andai putih hati nescaya putihlah cinta...hati berkata-kata tentang cinta...di mana juga insan bercerita tentang cinta.Walau dilorong-lorong sunyi sepi.Di mana kedudukan sebenar cinta?Aku sendiri keliru...Meski panduannya ada pada cermin hati.Biarku singkap erti cinta..
Cintailah Allah sepenuh hati...nescaya akan engkau temui cinta sebenar yang dikau cari-cari selama ini.Di sana ada ketenangan,kedamaian,keharmonian, kegembiraan dan pastinya tiada lagi sesalan,derita dan air mata kecewa...
Cintailah Allah sebelum engkau mencintai insan.Hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada makhluk pasti akan bertambah retak dan terburai.Tetapi hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada Illahi pasti ia kan bertaut kembali...
Yakinlah bahawa Allah pasti akan anugerahkan dirimu seorang insan yang benar-benar ikhlas menyayangi dan mengasihimu seandainya dirimu mampu meletakkan rasa cinta ditempat yang hak.Dalam memburu cinta,manusia sering keliru.Sedangkan rasa cinta itu mana mungkin dapat dibahagi-bahagikan...
Kalau dirimu memilih untuk mencintai insan,mana mungkin dirimu mampu meletakkan rasa cinta pada Allah.Kalau dirimu memilih untuk mencintai Allah,pasti taburan wangian cinta itu akan dapat dihidu oleh sesiapa sahaja...wangian yang mendamaikan hati yang keresahan dan kegersangan...wangian itulah yang bakal membibitkan rasa kasih yang sukar diungkapkan dengan kata-kata...
Andai mampu ku sulami cinta seperti Rabiatul Adawiyah...betapa aku mampu meletakkan diriku sebagai hamba yang mendambakan cinta-MU.Tetapi hati ini meminta...
" Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agung..."
Kurniakanlah aku seorang insan bertaqwa menuju kepada keredhoan-MU
Monday, November 23, 2009
Dicatat oleh MUHAMMAD FITRI BIN HJ SHUAIB di 7:17 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Siapa Bran Komen Ni..!:
Post a Comment