BERKONGSI NIKMAT IMAN, ISLAM ALLAHHU AKBAR

Monday, November 30, 2009

MILAD HPA INDONESIA..
KONVEK HPA INDONESIA

NASIHAT - MENASIHATI MAKANAN HATI..



Ini zaman Edan. Zaman wajah kejahatan disolekkan dengan bedak kebaikan dan sebaliknya..
Manusia yang di anggap jahat..jelas tanda-tanda akhir zaman.
Syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam A.S.
Oleh itu, mari bersama nasihat - menasihati sesama kita..

FORUM CABARAN M.L.M.SYARIAH HPA
BERTEMPAT : HPA CAWANGAN BUKIT MERTAJAM..


Di pengurusikan oleh PJ Jumali Salan..


Penceramah yang amat berpengalaman
PJS CIKGU NAZRI AHMAD & PJS CIKGU ISMAIL OTHMAN
Upline & Downline yang serasi bersama...mcm tajuk lagu la pulak..hehe


Di antara pemimpin naungan KPU yang turut hadir..


Motivator hebat KPU
PJS ZANBLI ABD RASHID & PJS SABRI AHMAD



Antara pemimpin dan pengedar yang hadir..


Monday, November 23, 2009

SELAMAT MENYAMBUT
HARI RAYA IDULADHA..






MENCARI CINTA..





Dapatkan ecard NasyidFM Disini



Wahai diriku yang dianugerahi rasa cinta...biarku khabarkan...kerana cinta itu anugerah Illahi.Satu rasa yang sukar diterjemahkan.Senada pada warna hati.Andai putih hati nescaya putihlah cinta...hati berkata-kata tentang cinta...di mana juga insan bercerita tentang cinta.Walau dilorong-lorong sunyi sepi.Di mana kedudukan sebenar cinta?Aku sendiri keliru...Meski panduannya ada pada cermin hati.Biarku singkap erti cinta..

Cintailah Allah sepenuh hati...nescaya akan engkau temui cinta sebenar yang dikau cari-cari selama ini.Di sana ada ketenangan,kedamaian,keharmonian, kegembiraan dan pastinya tiada lagi sesalan,derita dan air mata kecewa...

Cintailah Allah sebelum engkau mencintai insan.Hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada makhluk pasti akan bertambah retak dan terburai.Tetapi hati yang pecah dan retak jika engkau serahkan kepada Illahi pasti ia kan bertaut kembali...

Yakinlah bahawa Allah pasti akan anugerahkan dirimu seorang insan yang benar-benar ikhlas menyayangi dan mengasihimu seandainya dirimu mampu meletakkan rasa cinta ditempat yang hak.Dalam memburu cinta,manusia sering keliru.Sedangkan rasa cinta itu mana mungkin dapat dibahagi-bahagikan...

Kalau dirimu memilih untuk mencintai insan,mana mungkin dirimu mampu meletakkan rasa cinta pada Allah.Kalau dirimu memilih untuk mencintai Allah,pasti taburan wangian cinta itu akan dapat dihidu oleh sesiapa sahaja...wangian yang mendamaikan hati yang keresahan dan kegersangan...wangian itulah yang bakal membibitkan rasa kasih yang sukar diungkapkan dengan kata-kata...

Andai mampu ku sulami cinta seperti Rabiatul Adawiyah...betapa aku mampu meletakkan diriku sebagai hamba yang mendambakan cinta-MU.Tetapi hati ini meminta...

" Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agung..."

Kurniakanlah aku seorang insan bertaqwa menuju kepada keredhoan-MU


Sunday, November 22, 2009

JOM PUASA ZULHIJJAH..




BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM..

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”.

Para Sahabat Baginda bertanya :

“Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” .

Ujar Baginda :

“Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.

Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.


Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.

Apa yang difahamkan, 10 hari yang baik tu adalah 1-10 zulhijjah. Maksudnya, perbanyakkanlah amalan pada 10 hari tu macam baca AlQuran, sedekah dan lain2.

Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.(biasanya org puasa pada 9 zulhijjah ni je)

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

Tapi jangan lupa pulak, 10 zulhijjah( hari raya eiduladha) tu haram puasa. jugak pada hari2 tasyrik iaitu 11,12 dan 13 zulhijjah.(kang ada plak yang terexcited puasa pada hari2 tu..hehe)

Arini jugak start SPM. Kepada adik2 SPM, ambiklah peluang zulhijjah ini untuk tambah amalan terutamanya puasa. Doa orang puasa kan,makbul. Selain ikhtiar dgn study, jgn lupa mintak dgn Allah.

Bagi yg ada adik SPM pulak, tolong2lah semayang ajat n doa untuk mereka. Supaya semuanya dipermudahkan Allah. Mana nak tau, adik kita pulak akan jadi best student selepas Madihah.

Kalau nak kira, amalan yg paling utama pada bulan ni, mestilah haji dan qurban. Tapi bagi yg x mampu lagi tu, bolehlah kita puasa, sedeqah dan lain2 lagi.
Moga kita x mensia-siakan setiap nikmat masa dan sihat yang Allah masih kurniakan pada kita..Segala salah dan silap, harap teguran. Masih sama2 belajar.

Wallahualam. yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri yang berdosa ini.

KEUTAMAAN AMAL SOLEH
PADA SEPULUH HARI DI AWAL BULAN ZULHIJJAH

Oleh Ustadz Abdullah Taslim
http://salafiyunpad.wordpress.com/2009/11/17/k
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ. يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ.

“Tidak ada hari-hari yang pada waktu itu amal shaleh lebih dicintai oleh Allah melebihi sepuluh hari pertama (di bulan Dzulhijjah).” Para sahabat radhiyallahu ‘anhum bertanya, “Wahai Rasulullah, juga (melebihi keutamaan) jihad di jalan Allah?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “(Ya, melebihi) jihad di jalan Allah, kecuali seorang yang keluar (berjihad di jalan Allah) dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak ada yang kembali sedikitpun.”[1]



Hadits yang agung ini menunjukkan keutamaan beramal shaleh pada sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah. Oleh karena itu, Imam an-Nawawi dalam kitab beliau Riyadhush Shalihin[2] mencantumkan hadits ini pada bab: Keutamaan ibadah puasa dan (ibadah-ibadah) lainnya pada sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah.

Mutiara hikmah yang dapat kita petik dari hadits ini:

1. Allah melebihkan keutamaan zaman/waktu tertentu di atas zaman/waktu lainnya, dan Dia mensyariatkan padanya ibadah dan amal shaleh untuk mendekatkan diri kepada-Nya[3].
2. Karena besarnya keutamaan sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah ini, Allah Ta’ala sampai bersumpah dengannya dalam firman-Nya: وَلَيَالٍ عَشْرٍ “Dan demi malam yang sepuluh.” (Qs. al-Fajr: 2). Yaitu: sepuluh malam pertama bulan Dzulhijjah, menurut pendapat yang dikuatkan oleh Ibnu Katsir dan Ibnu Rajab[4], [serta menjadi pendapat mayoritas ulama].
3. Imam Ibnu Hajar al-’Asqalani berkata, “Tampaknya sebab yang menjadikan istimewanya sepuluh hari (pertama) Dzulhijjah adalah karena padanya terkumpul ibadah-ibadah induk (besar), yaitu: shalat, puasa, sedekah dan haji, yang (semua) ini tidak terdapat pada hari-hari yang lain.”[5]
4. Amal shaleh dalam hadits ini bersifat umum, termasuk shalat, sedekah, puasa, berzikir, membaca al-Qur’an, berbuat baik kepada orang tua dan sebagainya.[6]
5. Termasuk amal shaleh yang paling dianjurkan pada waktu ini adalah berpuasa pada hari ‘Arafah (tanggal 9 Dzulhijjah)[7], bagi yang tidak sedang melakukan ibadah haji[8], karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika ditanya tentang puasa pada hari ‘arafah, beliau bersabda, أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ “Aku berharap kepada Allah puasa ini menggugurkan (dosa-dosa) di tahun yang lalu dan tahun berikutnya.”[9]
6. Khusus untuk puasa, ada larangan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk melakukannya pada tanggal 10 Dzulhijjah[10], maka ini termasuk pengecualian.
7. Dalam hadits ini juga terdapat dalil yang menunjukkan bahwa berjihad di jalan Allah Ta’ala adalah termasuk amal yang paling utama[11].

***

Penulis: Ustadz Abdullah Taslim, Lc.
Artikel www.muslim.or.id

[1] HSR al-Bukhari (no. 926), Abu Dawud (no. 2438), at-Tirmidzi (no. 757) dan Ibnu Majah (no. 1727), dan ini lafazh Abu Dawud.

[2] 2/382- Bahjatun Naazhirin.

[3] Lihat keterangan Imam Ibnu Rajab al-Hambali dalam kitab Latha-iful Ma’aarif (hal. 19-20).

[4] Lihat Tafsir Ibnu Katsir (4/651) dan Latha-iful Ma’aarif (hal. 20).

[5] Fathul Baari (2/460).

[6] Lihat keterangan Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam Syarhu Riyadhis Shalihin (3/411).

[7] Lihat keterangan Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam as-Syarhul Mumti’ (3/102).

[8] Karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak puasa pada hari itu ketika melakukan ibadah haji, sebagaimana dalam HSR al-Bukhari (no. 1887) dan Muslim (no. 123). Lihat kitab Zaadul Ma’ad (2/73).

[9] HSR Muslim (no. 1162).

[10] Sebagaimana dalam HSR al-Bukhari (no. 1889) dan Muslim (no. 1137).

[11] Lihat Syarhu Riyadhis Shalihin (3/411).

Wednesday, November 11, 2009

SYURGA BUKAN DI BAWAH TELAPAK KAKINYA..

Bacalah, semoga ia memberi keinsafan kepada kita semua....







Mak merenung jauh. Melihat nasib tuanya. Hatinya sungguh sayu.Sekiranya arwah ayah masih hidup, sudah pastilah bukan sekarang ini galurhidup mak.Dari luar jendela, mak memandang jauh ke rumah Opah, rumah emak mentuanya.Rumah yang dulu begitu usang akhirnya menjadi sebuah rumah idaman yang besar dan selesa. Mak membandingkan antara rumahnya dengan rumah opah.Samakah situasinya? Hatinya tertanya-tanya. Apa bezanya. Hatinya kian bercelaru.Teringat mak akan dikala pinangan dari bakal suaminya. Dia tidak pernah terlintas untuk merasakan bahawa hidupnya selesa dan mewah maklumlah aruah ayah adalah seorang guru. Mak tak kenal langsung siapa bakal suaminya itu.Apa yang dia tahu, pada waktu seusia begitu, dia sudah boleh dicapkan sebagai anak dara tua. Rakan-rakan sebaya dengannya semuanya sudah beranak-pinak. Kakaknya sendiri sudah tiga orang anaknya.Jetun, kawan baiknya juga dah dua orang anaknya. Mak? Baru sahaja mencecah usia 20 tahun barulah ada orang yang masuk meminang. Bukannya apa sebabnya sebelum ini Mak begitusibuk dengan pelbagai kemahirannya sebelum disunting orang. Bukan salah mak juga, aruah atuk juga yang berkeinginan menghantar mak untuk belajar memasaklah, belajar menjahitlah dan sebagainya. Atuk hendak anak perempuanbongsunya ini jadi seorang wanita yang serba boleh.

Begitulah impian aruahatuk. Mak akhirnya disunting oleh bukannya orang lain. Anak saudara Naib Tok Kadi Mukim ini juga. Siapa tak kenal keturunan Tok Naib (gelarannya) dimukim ini. Keturunan orang alim-alim dari Batu Bara. Siapa tak kenal keturunan itu, alamat tak kahwin la sampai ke tua gayut.Mak memerhatikan dari kejauhan ini, berbalam-balam rasanya kesepian hatinya. Ayah telah lama pergi meninggalkan mak keseorangan untuk meneruskan hidup ini. Mak tidak dapat membayangkan kesepian hidupnya biarpun selama 23! tahun mak belum pernah mengalaminya. Kadang kala mak menangisi akan kesepian yang melanda hati kecil ini. Pernah mak menyalahkan takdir yang memisahkan kasihnya dengan orang yang amat disayanginya itu.Mak selalu merasakan kekosongan hidupnya tanpa ayah di sisi. Kesepian itu benar-benar mengugat kesetiaannya kepada jiwa yang turut bersemadi di dasar tanah itu.

Sekiranya dulu mak merelakan pemergian ayah tapi kini hati kecilnya seringkali tertanya-tanya kenapa ayah mesti meninggalkan dia keseorangan di dunia ini. Keseorangan dengan dikelilingi oleh anak-anaknya yang tidak pernah ingin mencurahkan kasih sayang mereka kepadanya. Makbenar-benar kesepian ibarat tunggul kayu di hutan belantara. Ada anak seramai tujuh orang pun dia merasakan macam dia langsung ti dak pernah melahirkan apa-apa zuriat ke atas muka bumi ini.Adakah salah mak mendidik mereka? Apakah mak selama ini telah tersalah menyuapkan mereka makanan yang tidak berkat ke dalam tembolok mereka? Mak berkira-kira bahawa selama ini apa yang tidak cukup yang telah dia curahkan kepada anak-anaknya itu. Habis segala harta pusaka bonda mak dipajak dan digadai semata-mata untuk melihat anak-anaknya hidup senang dikemudian hari. Mengharap gaji ayah sebagai seorang pendidik yang tidak seberapa dalam menanggung anak yang seramai tujuh orang sememangnya tidak pernah mencukupi.Maklumlah bukan sahaja anak yang seramai tujuh orang ini sahaja yangaruah ayah tanggung bahkan adik-adik tiri ayah yang seramai 10 orang lagi juga perlu ayah tanggung persekolahan mereka. Menitis air mata mak ke bumi.Mak segera menyekat air matanya dengan hujung tangan baju kurung kusamnya itu.

Sejurus itu mak rasakan bahawa mak tersalah memilih kehidupan ini.Kenapa kehidupannya penuh dengan kesengsaraan. Penderitaan dan kesedihan.Menitis lagi air mata mak. Gugur dan jatuh ke bumi. Berkata hati kecil mak kenapalah kehidupannya tidak seperti Hajah Gayah, Makcik Besah dan jiran-jiran yang lain. Sekurang-kurangnya ada juga anak-anak mereka yang masih sudi untuk mengetahui sakit pening orang tua mereka. Tidaklah terasa terbuang dan terasing sungguh seperti dirinya ini.Entahlah dalam sehari mak sukar untuk mengerti kenapa hati tuanya kian terusik. Begitu mudah untuk tersentuh dan akhirnya air matalah menjadi temannya. Anak-anak mak semuanya berjawatan besar. Semuanya berpendidikan besar. Semuanya kahwin dengan orang besar-besar dan apa yang mak tahu ialah sekarang ini semua anak-anak mak tu semuanya berhidung yang kekayaan.Memandang mak bagaikan satu kehinaan. Mak memang terasakan kehinaan diri tuanya ini amat dibenci oleh anak dan juga menantunya. Mak beranggapan bahawa tidak semua anak mak akan bertindak sedemikian. Mak beranggapan bahawa Usu tidak mungkin sanggup membuang mak seperti mana dengan abang dan kakaknya yang lain. Sangkaan mak benar-benar meleset. Usu langsung membuang mak bagaikan sampah selepas dia berkahwin dengan adik sepupu Menteri Kabinet. Malu katanya dengan mak. Malu dengan pembawaan mak. Malu dengan pemakaian mak. Malu segala-galanya dengan apa yang ada pada mak. Mak adalah satu kehinaan bagi Usu untuk ditonjolkan kepada keluarga iparnya. Malu bermakkan seorang perempuan tua yang sudah berkedut seribu dimamah usia ini. Malu sebab semua pakaian mak lusuh dan tidak sedap dipandang mata.Sejak dari kecil mak tatang semua anak-anak mak bagaikan menatang minyak yang penuh. Sakit pening anak-anak mak adalah sakit pening mak juga.

Mak mahu melihat anak-anaknya menjadi orang yang berjaya dan ternama. Hajat mak itu memang kesampaian tetapi sekiranya kini mak menutup mata, mungkin hatinya akan tersengkang dengan kesedihan yang teramat sangat kerana anak-anaknya memang berjaya. Anak-anaknya memang menjadi orang ternama tetapi anak-anaknya juga malu mengakui mak sebagai mak mereka kerana mak bukanlah dari golongan orang yang ternama. Air mata mak menitis lagi.Kesedihan mak memang tidak dapat dibayangkan lagi.Alangkah bahagianya jika mak dapat mencontohi opah yang kini hidup senang lenang walaupun hanya membesarkan anak-anak tiri dan anaknya sendiri yang seramai 11 orang. Tiada seorang pun daripada mereka yang melupakan opah.Tidak pernah rumah opah sepi dari gelak tawa cucu-cucunya. Rumah makterus sepi. Sepi bagaikan berada dihujung dunia.Sepi bagaikan langsung tiada berpenghuni.

Sepi dengan segala-galanya.Mak sangkakan bahawa anak-anak mak akan mencontohi jejak langkah pakcik dan makciknya (adikberadik aruah ayah), malangnya air mata mak mengalir lagi.Lesu hatinya memikirkan kesuraman hidupnya. Hanya air mata terus mengalir menemani mak."Opah! Opah!""Assalamualaikum!""Opah! Opah!"Hati mak tersentak. Sudah meninggi matahari rupanya.Segera mak menyeka air matanya daripada terus mengalir."Hah..Kamarul masuklah"Mak melihat dengan sayu kedatangan cucunyayang rajin menziarahnya itu.Ditangannya dibawanya bekas makanan yang dibawa dari rumah Halimah, anak sulungnya yang duduk jauhnya 3 lorong darirumahnya itu."Apa khabar opah, ni ada mak buatkan lauk gulai masam tempoyak yang opah hendakkan semalam tu," Kamarul dengan segera menyalinkan bekas-bekas makanan yang dibawanya ke dalam pinggan."Kenapa mata opah merah? Opah menangis ke?" Kamarul mula merapati mak.Hati mak tersentuh lagi. Air matanya terus mengalir. Kalau tidak kerana Halimah,anak sulungnya, sudah lama dia mati kelaparan di sini. Tapi apa boleh buat,Halimah kini milik Bakar, suaminya. Mak masih ingat lagi kerana maklah nyaris Halimah dan Bakar berbalah sampai nak jatuh talak. Mujurlah mak segera ambil tindakan segera balik semula ke rumahnya.

Apakah malang nasibnya. Ada anak yang mengambil berat tentangnya, menantunya pula tak suka. Hiba.Mak memandang jauh keluar jendela rumah. Entahlah kenapa sejak kebelakangan ini hatinya begitu mudah terusik. Kenapa sekarang memori kenangan silam begitu ligat berputar di dalam lingkaran otaknya. Kenapa sekarang barulah mak benar-benar mengalami kesunyian itu.Kerisauan mak semakin ketara bila Kamarul memberitahunya bahawa Usu akan melahirkan anaknya bila-bila masa sahaja. Hati mak begitu teringin melihat cucunya.Cucu yang mungkin akan ditatapnya buat kali terakhir. Kali terakhir sebelum nafasnya terhenti. Hati mak meronta-ronta untuk menghubungi Usu.Bagaikan diseru, anak mak Angah Kamariah singgah ke rumah hari ini.Mak gembira bukan kepalang. Hatinya meminta agar Angah Kamariah dapat menelefon Usu. Mak teringin sangat untuk bercakap dengan Usu. Mak teringin untuk melihat cucu mak yang bakal lahir itu. Mak benar-benar kepingin."Mak jangan buat tabiat! Duduk ajelah kat rumah ni. Janganlah nak gatal nak berjalan ke rumah Usu," bentak Kamariah. Mak tergamam. Air mata mak mengalir lagi."Aku bukan apa, aku teringin sangat jumpa Usu,
sekurang-kurangnya kau tolonglah tekankan nombor telefon dia.biar aku yang cakap dengan dia.."rayu mak pada Angah Kamariah."Hish.menyusah aje orang tua ni..tak faham-faham ke.orang kata taknak!Tak nak le! Jangan pandai-pandai nak telefon Usu, karang menyusahkandia aje.

Malu orang tengok mak nanti,"Hati mak semakin hiba. Terguris pilu yang tiada berdarah tetapi kepedihan itu amat memeritkan. Adakah semua anak-anaknya malu sebab beribukan seorang perempuan kampung sepertinya.Hati mak semakin diruntuh dengan sebak yang amat mendalam. Dalam hati kecilnya terselit seribu penyesalan yang teramat sangat. Menyesal kerana melahirkan anak-anaknya selama ini. Menyesal mengandungkan kesemua anak-anaknya selama9 bulan 2 minggu selama ini. Air mata mak mengalir lagi.Sebak di dadanya tiada ubatnya. Keruan hatinya semakin melarat.Kekecewaan bergelinang dilubuk ! hatinya.Hati tuanya kian terusik.Pusara ayah diziarahinya. Batu sungai yang menjadi nisan persemadian ayah, mak dakap, mak peluk. Air matanya mengalir.Empangan air matanya sendiri tidak dapat menahan rasa sebak di hati ini.

Air mata itu semakinderas mengalir. Pada siapa lagi yang boleh mak luahkan. Pada pusara ayahlah tempat mak mengadu segala rasa sebak di dadanya. Mak berharap agar roh ayah dapat melihat betapa deritanya hidup mak kini. Mak harap roh ayah dapat merasakan kelukaan di hati tuanya kini. Itulah harapan mak. Walaupun mak tahu apa yang mak buatkan ini seolah-olah menyalahkan takdir yang menentukan tapi mak terpaksa meluahkan kekusutan hati tuanya itu. Sebak dalam dadanya yang kian bersarang. Semakin deras air mata mak melepasi
empangannya. Semakin lama semakin deras.Kesyahduan petang ini berhiaskan kesuraman ufuk kirmizi bagaikan berkabung dengan penderitaan yang makalami. Kemerahan suasana suram ini bagaikan bermurung dengan semua kesayuan yang mak pendamkan di hati tuanya."Mak ke mana tadi?" jerkah Angah Kamariah sebaik sahaja makmenjejakkan kakinya di ambang pintu.Hati mak semakin merekah kesedihan."Mak tak dengar ke apa yang saya tanya ni?" semakin kuat jerkahan Angah Kamariah."Kau tak boleh tanya aku dengan baik ke Angah? Kau ingat aku ni pekak ke?Kau tak tahu aku ni siapa yang kau nak jerkah-jerkah? Aku ni kan mak kau!"dalam hiba mak melepaskan segala yang terpendam di dalam dadanya.Perasaan ini tidak dapat ditahannya lagi."Angah tanya mak tu dari mana? Mak bukannya sihat lagi. Kalau berlakuapa-apa siapa yang susah. Angah juga yang susah. Cubalah dah tua-tua tududuk kat rumah. Janganlah gatal nak berjalan ke sana sini. Nanti siapa yang susah!""Apa yang kamu susahkan. Kalau aku mati lagi kamu suka. Bukan begitu?"Luahan mak bagaikan gunung berapi yang meletus."Apa yang mak cakapkan ni?" pintas Angah."Kamu dulu masa kecil aku jaga, aku tatang tapi kamu layan aku macam aku ni orang gaji. Kamu ndak herdik ke? Ndak marah ke? Kamu ingat aku ni tak ada perasaan ke? Kamu ingat aku ni orang tua tumpul ke?" Air mata mak semakin tidak boleh disekat. Jelas di raut mukanya mak ingin melepaskan segala-galanya. Melepaskan apa yang terbuku di dalam sanubarinya selama ini.Biarlah Angah mengatakannya sebagai mengungkit segala kisah silam tapi itulah yang ingin dilafazkan oleh mak.

Mak inginkan ketenangan dulu maka biarlah mak meluahkan kebukuan dihati tuanya ini."Mak.. Angah tak kata begitu, mak jangan salah sangka!" Angah bagaikan terpana dengan hirisan hati mak. Cetusan yang mak sampaikan bagaikan halilintar yang menyentak keperibadian Angah Kamariah. Angah Kamariah bagaikan cuba berselindung di balik tirai yang jarang. Menipu keadaan memaksa perasaan."Selama ini aku bersusah payah membesarkan kamu semua. Pernah kamu berterima kasih dengan segala apa yang aku berikan!"! cetusan mak semakin menyala."Pernah kamu bertanya tentang perasaan aku? Kesepian aku selepas ayah kamu pergi? Pernah kamu kisahkan semua itu?"Air mata mak tidak dapat dikekang lagi. Mengalir sekali lagi. Harapannya untuk kali yang terakhir untuk tumpah menimpa bumi. Melepaskan perasaan yang terbukam sepi dalam sendu hatinya."Kau buat aku macam abdi sahaja dalam rumah ni. dan semua anak-anak yang aku lahirkan semuanya sama. Mentang-mentanglah aku ni hanya perempuan kampung. Selama ini aku bangga dengan semua anak-anak aku. Semasa kecil aku tatang bagaikan minyak yang penuh. Habis barang kemas aku gadaikan demi pelajaran anak-anak aku. Tapi aku silap... aku sebenarnya telah melahirkan tuan kepada aku. Tuan besar yang menganggap aku ni hamba abdi mereka.Seolah aku ni tidak layak dipanggil mak. Aku tidak layak menyatakan syurgaitu di bawah telapak kakiku,"Ketenangan hati mak yang tergugat akhirnyagoyah. Kesetian hati tuanya pada! kesuraman jiwa dan perasaan akhirnya meledakkan sebuah perasaan yang menggentaskan sanubari.Mak rebah selepas itu. Angah Kamariah tergopoh gapah. Air mata Angah Kamariah jelas mengalir. Jelas dalam kesamaran. Antara kesedaran dan keinsafan. Angah Kamariah bagaikan terpukul melihatkan dalam rebah mak yang dilinangi air mata tuanya, riak mukanya bagaikan tersenyum.Tersenyum kerana semuanya telah berakhir."Mak!!!!!!!" Hanya itu sahajalah yang mampu Angah Kamariah lafazkan.#

p.s - berbaiklah dengan kedua orang tuamu sebelum mereka menghembuskannafasnya yang terakhir. Ingatlah bahawa jasa mereka dalam melahirkan danmembesarkan kita semua terlalu berharga dan jangan disesalkan akanpemergian mereka ke pangkuan IlahI..

()""()
( 'o' )
==(,,)=(,,)
==( .. )
(,,,)-(,,,)

DARI EMAIL SEORANG TEMAN..

 

blogger templates | Make Money Online