BERKONGSI NIKMAT IMAN, ISLAM ALLAHHU AKBAR

Tuesday, July 28, 2009

MEMAHAMI MAKNA SEBUAH KONVEK




KONVEK 2009 yang berlangsung baru-baru ini di MAEPS Serdang Selangor meninggalkan nostalgianya tersendiri. Kepada mereka yang berjaya menerima anugerah sekalung tahniah diucapkan, dan kepada mereka yang kurang bernasib baik, jangan putus asa, InsyaAllah KONVEK yang diadakan saban tahun akan menjanjikan yang terbaik pula untuk anda.

Anugerah yang disampaikan bukanlah merupakan matlamat pertama dan utama dalam perjuangan HPA. Ia hanya secebis kenangan dan penghargaan daripada pihak syarikat kepada pengedar dan pemimpin yang berjaya memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan. Kejayaan sebagai pemimpin dan pejuang dalam HPA bukan terletak kepada berapa nilai BONUS BULANAN yang diterima. tetapi yang lebih jauh dan penting ialah sejauhmanakah keikhlasan dan kejujuran hati dalam melayari dan mengharungi bahtera HPA memperjuangkan produk HALAL LAGI BAIK bagi menyelamatkan umat Islam dari terus kecundang memamah produk keluaran kafirun dan Yahudi Laknatullah.HPA adalah sebuah syarikat milik umat Islam. Dalam usia baru 12 tahun mengharungi MLM (Syariah), sudah tentu cabaran dan dugaan yang ditempuhi semakin banyak dan mencabar. Namun cabaran diperingkat awal ketika memulakan perniagaan yang penuh jerih payah tidaklah sehebat cabaran dan dugaan ketika berada dipuncak kejayaan. HPA sentiasa melayani dan cuba untuk memenuhi karenah sekelumit pengedar dan pemimpin yang masih lagi terawang dan kabur di dalam bahtera HPA.

KONVEK yang berlalu sudah pasti tidak dapat memuaskan hati dan memenuhi naluri semua pihak. Oleh yang demikian muhasabah dan cermin diri daripada semua pihak yang terlibat amat perlu dengan niat dan nawaitu yang satu, iaitu mencari redha Allah SWT. Buangkan sifat dan sikap pentingkan diri sendiri. Tidak perlu menuding jari kepada sesiapa kerana HPA adalah milik kita, dan kita jugalah yang wajib mempertahankannya. Allah SWT memberikan pelbagai sifat kepada setiap insan yang dilahirkan dan diciptakanNya. Sifat sayang, cinta, kasih, mesra, jujur, ikhlas, amanah, marah, suka, gembira, sedih, merajuk, iri hati, dengki, khianat, baik hati, pemaaf dan macam-macam lagi sifat yang ada. Oleh itu, sebagai insan yang serba lemah dan serba kekurangan, kita patut berasa syukur jika terpilih menerima anugerah yang disampaikan, dan jangan mudah putus asa dan 'hangat hati' serta merajuk sekiranya pada KONVEK kali ini nama kita tidak tersenarai untuk menerima anugerah yang disediakan. Mungkin KONVEK kali ini bukan rezeki kita. Rezeki dan habuan kita Allah SWT sudah tentukan untuk KONVEk yang akan datang.

Syabas dan tahniah kepada team pengurusan HPA yang sentiasa sabar dan cemerlang dalam meneruskan perjuangan dan mengharungi karenah setengah juta pengedar dan pemimpin HPA seluruh negara. Pengorbanan yang ditunjukkan merupakan satu jihad yang tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan ganjaran yang diberikan di atas muka bumi ini......Tahniah HPA....

Setitis tinda.......ADMIN1 (PJM Haji Ismail Othman)

0 Siapa Bran Komen Ni..!:

 

blogger templates | Make Money Online