Thursday, July 30, 2009
Dicatat oleh MUHAMMAD FITRI BIN HJ SHUAIB di 12:26 AM 0 Siapa Bran Komen Ni..!
Tuesday, July 28, 2009
MEMAHAMI MAKNA SEBUAH KONVEK
KONVEK 2009 yang berlangsung baru-baru ini di MAEPS Serdang Selangor meninggalkan nostalgianya tersendiri. Kepada mereka yang berjaya menerima anugerah sekalung tahniah diucapkan, dan kepada mereka yang kurang bernasib baik, jangan putus asa, InsyaAllah KONVEK yang diadakan saban tahun akan menjanjikan yang terbaik pula untuk anda.
Anugerah yang disampaikan bukanlah merupakan matlamat pertama dan utama dalam perjuangan HPA. Ia hanya secebis kenangan dan penghargaan daripada pihak syarikat kepada pengedar dan pemimpin yang berjaya memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan. Kejayaan sebagai pemimpin dan pejuang dalam HPA bukan terletak kepada berapa nilai BONUS BULANAN yang diterima. tetapi yang lebih jauh dan penting ialah sejauhmanakah keikhlasan dan kejujuran hati dalam melayari dan mengharungi bahtera HPA memperjuangkan produk HALAL LAGI BAIK bagi menyelamatkan umat Islam dari terus kecundang memamah produk keluaran kafirun dan Yahudi Laknatullah.HPA adalah sebuah syarikat milik umat Islam. Dalam usia baru 12 tahun mengharungi MLM (Syariah), sudah tentu cabaran dan dugaan yang ditempuhi semakin banyak dan mencabar. Namun cabaran diperingkat awal ketika memulakan perniagaan yang penuh jerih payah tidaklah sehebat cabaran dan dugaan ketika berada dipuncak kejayaan. HPA sentiasa melayani dan cuba untuk memenuhi karenah sekelumit pengedar dan pemimpin yang masih lagi terawang dan kabur di dalam bahtera HPA.
KONVEK yang berlalu sudah pasti tidak dapat memuaskan hati dan memenuhi naluri semua pihak. Oleh yang demikian muhasabah dan cermin diri daripada semua pihak yang terlibat amat perlu dengan niat dan nawaitu yang satu, iaitu mencari redha Allah SWT. Buangkan sifat dan sikap pentingkan diri sendiri. Tidak perlu menuding jari kepada sesiapa kerana HPA adalah milik kita, dan kita jugalah yang wajib mempertahankannya. Allah SWT memberikan pelbagai sifat kepada setiap insan yang dilahirkan dan diciptakanNya. Sifat sayang, cinta, kasih, mesra, jujur, ikhlas, amanah, marah, suka, gembira, sedih, merajuk, iri hati, dengki, khianat, baik hati, pemaaf dan macam-macam lagi sifat yang ada. Oleh itu, sebagai insan yang serba lemah dan serba kekurangan, kita patut berasa syukur jika terpilih menerima anugerah yang disampaikan, dan jangan mudah putus asa dan 'hangat hati' serta merajuk sekiranya pada KONVEK kali ini nama kita tidak tersenarai untuk menerima anugerah yang disediakan. Mungkin KONVEK kali ini bukan rezeki kita. Rezeki dan habuan kita Allah SWT sudah tentukan untuk KONVEk yang akan datang.
Syabas dan tahniah kepada team pengurusan HPA yang sentiasa sabar dan cemerlang dalam meneruskan perjuangan dan mengharungi karenah setengah juta pengedar dan pemimpin HPA seluruh negara. Pengorbanan yang ditunjukkan merupakan satu jihad yang tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan ganjaran yang diberikan di atas muka bumi ini......Tahniah HPA....
Setitis tinda.......ADMIN1 (PJM Haji Ismail Othman)
Dicatat oleh MUHAMMAD FITRI BIN HJ SHUAIB di 1:00 AM 0 Siapa Bran Komen Ni..!
Friday, July 24, 2009
KONSERT ANTARA DUNIA`09 (KAD `09).
Rakyat Malaysia kini berpeluang menikmati persembahan mega nasyid yang memukau apabila empat buah gabungan kumpulan nasyid gergasi tempatan dan antarabangsa bertembung dalam sebuah konsert yang paling menggegarkan tahun;
Konsert Antara Dunia `09 (KAD `09).
Dengan menampilkan‘otai-otai' nasyid seperti Rabbani (Malaysia),Hijjaz (Malaysia), Raihan (Malaysia) dan Shoutul Harokah (Indonesia),konsert mega tersebut bakal berlangsung pada 1 Ogos 2009 iaitu pada hari Sabtu, dari pukul 8.30 malam hingga 11 malam, bertempat di Stadium Melawati Shah Alam.
Konsert yang dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama iLuvislam.com sebagai 'media partner' diadakan bersempena memeriahkan Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam (KLCIC) di samping meraikan bulan kemerdekaan dan bulan Ramadan yang akan disambut pada hujung bulan Ogos.
Bertemakan konsep `Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah', konsert ini merupakan konsert besar-besaran yang julung-julung kali diadakan melibatkan golongan mahasiswa (GAMIS) dan artis nasyid tanah air (Rabbani).
KAD `09 bertemakan kehidupan manusia yang melalui lima dunia (alam) iaitu roh, kelahiran, kehidupan, barzakh dan akhirat. Kelima-lima dunia tersebut diadun dalam satu persembahan yang cukup menarik menerusi lagu-lagu nasyid, tayangan multimedia, pentomen dan lain-lain lagi. Sudah pasti ia akan menghadirkan rasa bertuhan serta menyedarkan diri betapa dunia ini terlalu panjang untuk ditempuh dan kini kita berada di tengah-tengah persinggahan perjalanan antara dunia dan kita bakal meneruskan perjalanan tersebut pada bila-bila masa sahaja.
TIKET
- RM 5 : kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun
- RM 10 : golongan remaja dan dewasa
- RM50 : VIP.
PAKEJ ISTIMEWA..
- RM 100 : 2 tiket VIP dan 4 tiket kanak-kanak.
Tiket boleh didapati daripada sesi-sesi `roadshow' KAD `09, wakil-wakil GAMIS di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) dan di setiap zon, belian tiket `online' dari iLuvislam.com, serta pejabat Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd.Anda juga boleh mendapatkan tiket di kaunter terbuka berdekatan pintu masuk Stadium Melawati Shah Alam pada 31 Julai dan pada hari konsert iaitu 1 Ogos bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.
untuk keterangan lanjut DAN pembelian tiket, sila hubungi
MISS FARIDAH=013-3196671
Dicatat oleh MUHAMMAD FITRI BIN HJ SHUAIB di 1:45 AM 0 Siapa Bran Komen Ni..!
Tuesday, July 7, 2009
HEBATNYA PRODUK KELUARAN KITA
Tanda-tanda KEBESARAN ALLAH S.W.T
SUBHANALLAH..MAHA SUCI ALLAH!
Jelas kelihatan kalimah Allah pada permukaan air kopi Radix di dalam cawan. Sungguh besar kuasa Allah SWT. Menakjubkan!
"Sesungguhnya Kami kembalikan ke dalam neraka Jahannam nanti ramai daripada golongan manusia dan jin, mereka punya hati tetapi tidak faham dengannya, punya telinga tetapi tidak mendengar dengannya, punya mata tetapi tidak melihat dengannya. Mereka seperti binatang ternak bahkan lebih hina" ( Al-A'raf : 179 )
Seharusnya kita memandang dengan mata hati, nescaya kita akan nampak apa yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.
Dalam kekemelutan munculnya Kopi Master Radix..mungkin apa yang terjadi ini ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui..
Ambillah iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku. Semoga Allah mengetuk pintu hati kepada sesiapa yang masih belum lagi bersama-sama memperjuangkan produk halal tanggungjawab kita bersama. Bagi pengedar-pengedar baru yang mula berputus asa dengan kemunculan kopi palsu Master Radix, harus bangkit kembali dengan semangat baru yang yakin dengan kelebihan produk kita.
Berfirman Allah SWT yang bermaksud:
" Dan Allah memberi berita gembira setiap yang baik itu dengan syurga. Barang siapa mengenali Allah dengan sebenar-benarnya lalu mentaati-Nya, berjayalah dia. "
( Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali:al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah )
Pada hari Isnin, 13 Rejab 1430 Hijrah, lebih kurang jam 9.00 pagi, Penaung Komiti Nilai, PJS Siti Habibah Yusof mendapat panggilan telefon daripada Bendahari Komiti Nilai, Pn. Zabedah binti Man. Beliau menceritakan pada jam 6.30 pagi, anak perempuannya membancuh kopi radix untuk adik lelakinya bersarapan sebelum pergi ke sekolah. Lebih kurang pada jam 6.50 pagi, ketika anak lelakinya ingin meminum kopi yang telah disediakan oleh kakaknya itu, beliau telah terlihat satu pembentukan kalimah Allah telah timbul pada permukaan minuman kopi radix tersebut.
Suami Pn. Zabedah iaitu En. Habidin bin Mat telah mengambil gambar tersebut sebagai bukti akan kebesaran Allah dan juga untuk tatapan kami dan juga ahli HPA amnya.
Sumber : http://hpaatnilai.blogspot.com
Dicatat oleh MUHAMMAD FITRI BIN HJ SHUAIB di 10:04 PM 0 Siapa Bran Komen Ni..!
JIHAD MEMBASMI KOPI PALSU MASTER RADIX
Ada berita pembohongan mengatakan bahawa MASTER RADIX adalah hasil dari perpecahan dalam HPA. Kononya dia pengasas awal formula RADIX. Malangnya ada umat Islam yang mudah terpedaya, tergoda dan akhirnya ternoda.Disini GM telah mendapat bukti kukuh Master Radix adalah keluaran ciplak dari seorang taukeh cina. Sehubungan dengan ini beberapa langkah akan di ambil segera.
1. Tindakan undang-undang (tindakan saudara Abd Ghani)
2. Edaran poster memperingatkan Kopi Palsu Master Radix ( tindakan Saudara Saif)
3. Hebahan segera dari mulut ke mulut. PBC, Program Mingguan, Kedai Kopi, Surau, Masjid dan sebagainya. Sampaikan hebahan ini sebagai suatu jihad menentang kejahatan kerana Master Radix sememangnya tidak Halal dan diragui mengandungi bahan berbahaya. (tindakan seluruh warga HPA).
4. Kenyataan dalam akhbar. (tindakan GM)
TAHNIAH BUAT PEJUANG HPA DI BATU KURAU
STOKIS BATU KURAU GEMPUR MEGA SALE "MASTER RADIX
Selepas menunjukkan Kad Kuasa..pemuda tadi terus lari kebelakang kedai
Kad "Kuasa " HPA yang menyelamatkan keadaan .... Pada 03/07/2009 (Jumaat )...di sebuah lokasi ceramah di Batu Kurau..sebelum pergi ke lokasi tersebut,,,saya sempat pergi ke Cawangan HPA Taiping untuk membeli barangan HPA yang akan dijual utk esok hari....dalam perjalanan ke lokasi tersebut saya banyak menerima panggilan telefon yang saya tidak sedari....,pelik krn sblm ini saya tak pernah menerima panggilan sebanyak ini...selepas membeli saya terus ke tempat ceramah...sesampai di lokasi tersebut ,,saya bersama isteri pergi ke tempat orang berniaga....tiba -tiba.....saya terlihat ada satu kedai yang sedang menjual kopi seakan -akan kopi Radix....apabila diteliti...rupa-rupanya Master Radix ....patutlah banyak panggilan telefon....kwn -kwn pasal nak cerita hal Master Radix ni...
Pada mulanya saya nak dengar saja apa yang diperkatakan oleh penjual tersebut....tiba - tiba bila dia dia menyebut perkataan HPA...saya rasa tak sedap hati...lalu saya mendekati pemuda tersebut untuk mendengar dengan lebih dekat lagi...dia memberitahu kepada org ramai bahawasanya HPA dah berpecah,,,,leader HPA dah berpecah dan tidak bersefahaman lagi....bonus ahli tak dapat...disebabkan itulah ...ahli HPA yang berpecah ni buat satu lagi syarikat iaitu Master Radix dan mengeluarkan kopi sendiri....saya pelik dan hairan dengan penerangan pemuda tersebut..panas berdesing telinga saya mendengar fitnah yang berlaku di depan mata....saya terus bertanya kepada pemuda tersebut...."abg ni ahli HPA ka?..dia menjawab "tidak " saya tanya lagi .." Kopi ni HPA punya ka..? tidak ..kopi ni buat kat mana ? Kedah katanya...tapi.....
Kilang kat Taiping tu Pulak? itu tempat packaging sj...lalu saya bertanya lagi...macaman abg tahu yang HPA dah bepecah ? dia kata,,,saya tau la,,,saya tanya ,,macamana boleh tau,,sdgkan abg bukan ahli HPA ? dia terdiam...masa tu semua orang memandang saya....mcm ada satu semangat,,,lalu saya mengeluarkan kad kuasa HPA sy...,,saya menggertak pemuda tadi dan berkata " saya Ahli HPA dan Stokis kawasan sini....abg telah fitnah HPA dan saya boleh amik tindakan terhadap abg ....dengar saja gertakan saya,,,pemuda tadi terus melarikan diri ke belakang tapak niaga...mgkin krn takut atau malu...masa tu org ramai bertanya kpd sy...dan saya jelaskan kepada mereka apa yang sdg berlaku...dalam Perniagaan HPA....tanpa membuang masa..saya terus mengambil gambar ....dipendekkan cerita,,,sbb tak larat nak menulis...dlm blog ni...sy berjumpa dgn pemuda tadi selepas habis ceramah utk mendapatkan maklumat siapa yang supply kopi "Master Radix " ini...akhirnya jawapannya adalah C*** dan ternyata sudah siapa pemiliknya....saya tawarkan pemuda ini utk menjadi ahli HPA..
Terfikir saya,,,nak salahkan pemuda tadi pun tak boleh jugak..sbb dia tak tahu ...sebagai kesimpulannya cara untuk mencegah daripada kopi tiruan ini berleluasa adalah dengan menjadikan pemilik kedai -kedai makan dan restoran ahli HPA...yang sah dan jgn lupa hantar mereka ke PBC ,,dgn cara ini sajalah kita dapat mencegah...drpd ia berlaku....Teruskan perjuangan ..jgn mudah mengalah....perjuangan perlukan pengorbanan....biarlah apa yang org nak kata kata...Catatan pengalaman PJ Ustaz Irwan - Stokis HPA Daerah Batu Kurau, Perak.
Dicatat oleh MUHAMMAD FITRI BIN HJ SHUAIB di 6:45 AM 0 Siapa Bran Komen Ni..!
Wednesday, July 1, 2009
FUTSAL KPU BERJAYA GEMILANGKAN PJS
Dicatat oleh MUHAMMAD FITRI BIN HJ SHUAIB di 12:24 AM 0 Siapa Bran Komen Ni..!