BERKONGSI NIKMAT IMAN, ISLAM ALLAHHU AKBAR

Tuesday, August 31, 2010

Rahmat Allah Meliputi Langit dan Bumi

Sahabat yang dirahmati Allah,Kita sedang berada di dalam bulan Ramadhanal-Mubarak , bulan yang penuh keberkataan dan rahmat daripada Allahs.w.t.

Makna rahmat secara umumnya bermaksud kasih sayang samadakasih sayangantara Pencipta yg Maha Agong terhadap hamba-Nya , atau punkasih sayang sesama makhluk.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-fath ayat 29 bermaksud :

"Muhammaditu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersamadengan dia adalahkeras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasihsayang (rahmah) sesamamereka".

Sabda Rasulullah s,a,w dari Abu Hurairah r.amaksudnya :"Ketika Allah s.w.t menentukan takdir makhluk-Nya , Diamenuliskan di dalam kitab-Nya di atas Arasy : 'Sesungguhnya rahmat-Kumengalahkan (mengatasi) Marah-Ku'. "(Hadis Muttafaqun 'Alaih , Bukharidan Muslim )

Begitu juga dengan sabda Rasulullah s.a.wyang lain , juga dari Abu Hurairah ra maksudnya :"Allah s.w.t memiliki100 rahmat. Dari Rahmat-rahmat itu diamenurunkan 1 rahmat untuk parajin , manusia , haiwan dan binatangmelata. Dengan rahmat itu juga paramakhluk dapat berkasih sayang ,berlemah lembut , dan dengannya jugabinatang buas menyayangianak-anaknya. Allah s.w.t mengakhirkan 99rahmat-Nya yang akandiberikan kepada hamba-hamba-Nya pada hari kiamatnanti."(Hadis Muttafaqun 'alaih , Bukhari dan Muslim )

Sahabatyang dimuliakan,Sabda Nabi s.a.w maksudnya "Dialah (Ramadhan) bulanyang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnyapembebasan dari Neraka."

Kita masih berada di awal bulanRamadhan (1-10 Ramadhan) yaitu 'permulaannya rahmat'Ketika inilah Allahs.w.t memberikan rahmat-Nya yang tidak putus-putus kepada kita sebagaihamba-hamba-Nya. Kasih sayang Allah meliputi seluruh langit dan bumi.

Kitamasih bernafas dan sihat tubuh badan kerana rahmat Allah. Kita telahdiberi-Nya rezeki yang tak putus-putus, masih beriman dan bertakwa danmasih berpeluang menjalani ibadah puasa dibulan yang mulia ini atasrahmat Allah. Hidup dan mati kita, diterima-Nya amal ibadah dan amalsoleh kita dihari akhirat dan dimasukkan kedalam Syurga-Nya seluaslangit dan bumi adalah kerana rahmat-Nya.

Dari Jabir, iaberkata: Saya pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabdamaksudnya : "Amalsaleh seseorang diantara kamu tidak dapatmemasukkannya ke dalam Syurgadan tidak dapat menjauhkannya dari azab api Neraka dan tidak pula aku,kecuali dengan rahmat Allah."

(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkanhadis tersebut masuknya kita ke dalam Syurga Allah s.w.t.adalahdisebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan yang kitalaksanakan. Walaubagaimana pun Allah memerintahkan kita untukmembuatamal soleh, amal kebaikan dan beribadah ikhlas semata-matakerana Allah s.w.t., semoga dengan ketaatan kita mengikut perintahAllah s.w.t. didunia dan meninggalkan larangan-Nya . Bila kita patuhkepada Allah dan kita akan dikasihi oleh Allah s.w.t maka dengan sifatMaha Pemurah dan Maha Penyayang Allah s.w.t, Dia memasuki kita ke dalamSyurga-Nya dengan rahmat-Nya.

Nabi s.a.w. menjelaskanbahawa amal ibadah yang kita kerjakan bukanlah pasti bagi Allah s.w.t.masukkan kita didalam Syurga-Nya, kerana betapa ramai orang yangberibadah tetapi ada sedetik saja rasa ujub atau riak dalam dirinyamaka seluruh amalannya tak akan diterima olehAllah s.w.t.

Terdapatsatu kisah di akhirat nanti ada seorang abid (ahli ibadah) telahberibadah 500 tahun lebih di dunia. Allah s.w.t perintahkannya untukmemasuki Syurga dengan rahmat Allah. Tetapi abid ini minta ditimbanganamal ibadahnya dan dia nak masuk Syurga dengan amal ibadahnya, makabila ditimbang semua amal ibadahnya berbanding dengan satu nikmat Allahyang dia terima di dunia dahulu yaitu pancaindera (satu riwayatmengatakan mata dan satu lagi mengatakan telinga) maka pancaindera yangdiberikan padanya lebih berat timbangannya. Maka Allah memerentahkandia dimasukkan ke dalam Neraka.Maka abid tadi merayu dan memohon ampunkepada Allah s.w.t. di atas keangkuhannya tadi maka dengan rahmat Allahdia di masukkan semula kedalam Syurga.

Jika dibandingkanamal ibadah kita berbanding dengan si abid terlalu jauh. Siabid tadipun memasuki Syurga Allah dengan rahmat-Nya bukan dengan ibadahnya yangmelebihi 500 tahun. Janganlah kita merasa puas dengan sedikitnya amalsoleh dan ama libadah yang telah kita laksanakan. Kita perlu berdo'adan memohon supaya Allah s.w.t sentiasa memberi taufik dan hidayah-Nyadan rahmat-Nya dalam kehidupan kita seharian.

Bayangkanbetapa besarnya kerajaan Allah s.w.t. rahmat dan kasihsayang-Nya hanya1 peratus saja sudah mencakupi keperluaan semua makhluk-Nya terdiridaripada jin, manusia, binatang-binatang,tumbuh-tumbuhan danmakhluk-Nya yang lain. 99 peratus lagi Allah akan kurniakan dihariakhirat nanti. Oleh itu jadilah kita hamba Allah yang bersyukur denganmentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segalalarangan-Nya.

Sahabatyang dikasihi,Kadang-kala seseorang insan rela ke sana-sini memohonbantuan bagi sesuatu pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehinggaterlupa untuk memohon bantuan dan bertawakkal kepada Allah. Bersusahpayah insan berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan deritasehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah yang senantiasa mendengarrintihan hamba dengan penuh rahmat.Ini semua kerana insan merasakanAllah itu jauh darinya dan dia lupakan firman Allah dalam Surahal-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:"Dan apabila hamba-hambaKu bertanyaengkau (WahaiMuhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku inihampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo'a kepadaKu apabila diaberdo'a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) danberiman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk"

Ya!Allahitu hampir dan amat sudi untuk segala do'a yang diangkat kepadaNya.Justeru itu sangat menghairankan bila adanya insan yang meninggalkando'a kepada Allah yang hampir kepadaNya lalu mendapatkanmakhluk-makhluk yang tidak terdaya untuk mengadu segala rasa hati dandukacita. Padahal kita tahu bahawa sikap makhluk apabila terlalu banyakdiminta maka bertambah rasa bosannya sedangkan Allah pula lagi banyakkita mengadu dan meminta bertambah pula kasih dan sayangNya.

Allahtidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauhdaripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasaikewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadapagama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.

Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu 'Abbas ketika itu dia masih kecil:

Maksudnya:"Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat,iaitu,jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu.Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada dihadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlahdaripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglahdaripada Allah."(Hadis Riwayat al-Tirmizi hadis ini hasan sahih)

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimanadititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allahbersama dengannya semua urusannya. Gunakan sepenuhnya dibulan Ramadhan ini untuk kita sentiasa berdo'a dan bermunajat semuga di fasa pertamaini kita memperolehi rahmat Allah s.w.t.

Monday, August 30, 2010

Ikhlaskan Hatimu Kepada Allah.

Sahabat yang dikasihi Allah,

Sesungguhnya Allah tidak memandang bentuk tubuhmu dan tidak pula kedudukkan mahupun harta kekayaanmu tetapi Allah memandang pada hatimu.Sesiapa memilikki hati yang soleh maka Allah menyukainya., insan yang paling dicintai Allah ialah yang paling takwa dan ikhlas kepada-Nya.

Ikhlas bermaksud melakukan amal ibadat sama ada secara khusus atau umum semata-mata memburu keredhaa Allah. Bagi orang yang hatinya berpaut dengan rasa keikhlasan tidak akan melakukan sesuatu mengharapkan pembalasan. Pepatah ada mengatakan, "Ada ubi ada batas aku beri jangan lupa di balas". Seseorang yang ikhlas juga tidak mengharapkan pujian dan sanjungan daripada manusia, jauh sekali menunjuk-nunjuk atau riak.

Ikhlas selalunya lahir dari hati yang luhur dan mengharapkan redha Allah s.w.t. semata-mata. Inilah akan menjadi kunci kesempurnaan dan kejayaan segala amal. Allah s.w.t. akan menerima perbuatan atau amal yang dilakukan dengan ikhlas.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran,oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya"

Sahabat yang ikhlas kerana Allah,

Sifat ikhlas adalah sifat mahmudah (sifat terpuji) ia adalah satu kurniaan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih.

Untuk memiliki sifat ikhlas seseorang perlulah memahami kepada tiga perkara :

1.Memiliki ilmu : Dengan ilmu seseorang akan tahu peraka-perkara yang disuruh dan dilarang oleh Allah s.w.t. Kita akan tahu jenis dan kraiteria sifat terpuji yang disukai Allah s.w.t. dan sifat tercelah yang dibenci oleh-Nya. Mempelajari ilmu bab hati dan tasauf memfokuskan ciri-ciri amalan yang ikhlas kepada Allah s.w.t.

2.Membaca dan mengambil iktibar daripada serah Nabi s.a.w, sahabat-sahabat baginda, tabien, tabi-tabien, wali-wali Allah, ahli sufi, alim ulama' dan para syuhada' mengenai amalan-amalan mereka yang ikhlas.

3.Memahami cara-cara Iblis mengoda dan menguasai hawa nafsu manusia supaya dapat terhindar daripada perasaan ujub, riak dan takbur.Sifat-sifat ini akan menghapuskan amalan kita kepada Allah s.w.t.

Terdapat lima tanda-tanda amalan seseorang itu ikhlas kepada Allah :

1. Takut mendapat kemasyuran dan pujian daripada masyarakat terhadap amalan-amalannya.

2. Merasai tak cukup dan puas menunaikan hak-hak Allah yang diamanahkan kepadanya.

3.Tidak menceritakan pada orang lain amalan-amalan soleh yang dia kerjakan, kerana amalan-amalan itu adalah rahsia dia dengan Allah s.w.t.

4. Dia tak perlukan pujian dan tak mengharapkan pujian orang lain dia merasakan pujian itu lebih baik diberikan kepada orang lain yang berhak mendapatkannya.

5.Keadaannya sama saja samaada dia menjadi ketua atau orang bawahan.Tidak ada perasaan bermegah-megah dengan jawatan yang dimilikinya. Apayang dilakukan semata-mata mencari redha Allah.

Contoh: Khalid al-Walid dipecat dari jawatan panglima perang dan menjadi tentera biasa. Bila dia ditanya apa perasaannya, dia berkata, "Aku berperang kerana Allah bukan kerana Umar"

Sahabat yang dimuliakan,

Sifat ikhlas kepada Allah natijahnya akan menjadikan hati kita tenang,tenteram dan bahagia. Mutu kerja yang dilaksanakan berkualiti dan sempurna. Kerja yang dilaksanakan bukan kerana manusia atau kepentingan peribadi tetapi semata-mata kerana Allah. Seorang yang ikhlas akan meniatkan perkara harus seperti tidor, makan, minum, membeli rumah,kenderaan, pakaian dan lain-lain semata-mata kerana Allah maka dengan niatnya itu akan menjadi ibadah dan dia akan mendapat pahala di sis iAllah s.w.t.

Ikhlas itu merupakan satu rahsia dari rahsia-rahsia Allah s.w.t. yang mana para malaikat pun tidak dapat mengesannya. Malaikat akan mencatat apa yang nampak zahir sahaja segala perbuatan dan amalan manusia.

Amalan yang ikhlas adalah amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allahs.w.t. bukan kerana ada sebab-sebab yang lain atau ada dorongan-dorongan yang lain. Semua amalan kebaikan manusia akan tertolak di akhirat nanti apabila ada amalan atau pekejaan yang dibuat kerana sesuatu sebab iaitu untuk mendapat nama, pujian, penghargaan, pangkat dan kedudukan.

Seorang yang mati syahid akan ditolak amalannya kerana dia berjuang dan berjihad fisabilillah supaya dia terkenal sebagai seorang pahlawan terbilang. Seorang alim ulama yang tinggi ilmu pengetahuannya yangramai anak muridnya dan dipandang mulia oleh orang ramai tertolak amalannya kerana dalam hatinya inginkan pujian dan disanjung supaya digelar sebagai seorang Qari atau orang alim. Seorang dermawan juga ditolak sedekah dan zakatnya kerana dia inginkan pujian daripada manusia supaya manusia gelar dia seorang dermawan yang baik hati.

Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda yang maksudnya, "Barangsiapa yang mengucapkan 'Lailahaillallah' dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam Syurga."Lalu ditanya kepada baginda s.a.w. "Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram."

(Hadis Riwayat at-Tabarani)

Usahakanlah menanam sifat ikhlas dalam matlamat hidup ialah dengan merenung 'hidup sesudah mati.' kerana ianya boleh menghidupkan hati kita dan harapkan redha Allah. Apabila hati kita sentiasa mengingati hari akhirat perasaan tamakkan dunia akan hilang dan terhakislah sifat-sifat mazmumah seperti penyakit batin termasuk hasad dengki sesama Mukmin kerana berebut pengaruh, meninggalkan perjuangan, merasa jemu dalam berjuang dan fitnah memfitnah.

Oleh itu marilah sama-sama kita perbetulkan niat-niat dihati kita supaya ianya benar-benar ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. Keikhlasan inilah yang akan membawa nilai kepada setiap amalan kita. Biar pun sedikit amalan tersebut tetapi ianya ikhlas dan tidak ada kepentingan duniawi ia akan menjadi besar disisi Allah s.w.t.

Sunday, August 29, 2010

Biarkan Aku Menangis...



Biarkan Aku Menangis

Ditengah malam, para hamba yang membelah kegelapan, mengharap ampunan Allah dengan menumpahkan semua air matanya. Tersungkur dalam sujudnya. 'Biarkan aku menangis Ya Allah, sebelum datang hari yang penuh tangisan. Sebelum terbakar semua tulang dan sebelum datang malaikat maut yang tidak pernah mengingkari perintahMu.'

'Aku tangisi diriku sebelum datang hari yang penuh tangisan dan sebelum datang hari yang tidak bermanfaatnya tangisan. Dua mataku seperti awan yang menangis menumpahkan air mata bagaikan hujan, menyembuhkanku dari rasa takut kepadaMu, sebelum air mata berubah menjadi darah dan sebelum titik hujan berubah menjadi batu.

Biarkan aku menangis Ya Allah, mengharap ampunanMu!'
---
Ketahuilah, tangisan dan air mata yang mengalir bertanda hati dan perasaan yang lembut. Mata yang tidak menangis menunjukkan kerasnya hati dan perasaan. Itulah sebabnya Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Salam menganjurkan kita agar menangis. 'Diharamkan neraka atas mata yang menangis karena takut kepada Allah.' (HR. Ahmad).

Wassalam,

Saturday, August 28, 2010

5 MAKSIAT YANG DI SEGERAKAN PEMBALASANYA.....


Dari Ibnu Omar r.a bekata: berhadapan Rasulullah S.A.W kepada kami(pada suatu hari) kemudian beliau bersabda:"Wahai kaum Muhajirin,lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya(kalau kamu telah mengerjakannya) maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T semoga kamu tidak menemui masa itu.


1.Tiada terzahir(nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terang melakukannya kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha"un yang cepat merebak dalam kalangan mereka.Mereka juga akan ditimpa penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lalu.


2.Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman dalam kalangan pemimpin meeka.


3.Dan tiada menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan dari mereka air hujan dilangit.Jikalau tiada binatang(yang juga terus hidup diatas muka bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah S.W.T.


4.Dan tiada mereka akan mungkir janji Allah dan rasulNya kecuali Allah akan menguasakan keatas mereka musuh mereka,maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada ditangan mereka.


5.Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melakanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan,maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan dalam kalangan mereka sendiri.

hadis riwayat Ibnu Majah

Friday, August 27, 2010

CECAHKAN DAHIMU KE SEJADAH...


Cecahkan dahimu ke sejadah Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih Pad...a waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun orang yang hadir itu merintih Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing dan makanan ulat Iringilah dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke Pusara .

Tangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa' Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan Ingatlah di mana saja kamu berada Kamu tetap memijak bumi Tuhan Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti Lalu menjadi segumpal darah Lalu menjadi seketul daging Lalu daging itu membaluti tulang Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu Yang lebih agung dari malaikat Lahirmu bukan untuk dunia Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah' Dengan penuh rela dan bersedia Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah' Jalan kemenangan akhirat dan dunia Ingatlah yang kekal ialah amal Menjadi bekal sepanjang jalan Menjadi teman di perjalanan Guna kembali ke pangkuan Tuhan Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera Isteri, kad kredit dan kereta Kondominium, saham dan niaga Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

*Biasa dengar puisi ni kat radio Ikim.fm.. Semoga bermanfaat. =)

Thursday, August 26, 2010

Kelebihan Solat Tarawih


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam KelapanbelasMalaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satuAllah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


Tuesday, August 24, 2010

AKAL DAN NAFSU...


Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokaatuh

"Sesungguhnya syaitan itu bergerak mengikuti aliran darah, maka persempitlah jalan syaitan dengan lapar dan dahaga." (Riwayat Ahmad)

Alkisah sebelum Allah swt menciptakan akal dan nafsu yang hendak diletakkan dalam diri Adam As. terlebih dahulu Allah menguji keduanya agar kelak dikemudian hari Adam As. dan anak cucunya tahu fungsi dari keduanya,cara menggunakan dan menaklukkan keduanya.

Saat Allah menciptakan akal, Allah bertanya kepada akal,"Siapakah kamu, siapakah Aku ?""Saya hamba, Engkau Tuhan." Jawab akal

Kemudian Allah memerintahkankan akal agar maju ke depan dan mundur ke belakang.Akal mematuhi perintah Allah. Hal ini menunjukkan bahwa akal begitu taat kepada Allah.

"Wahai akal, sesungguhnya Aku tidak menciptakan makhluk yang lebih mulia ketimbang dirimu" Puji Allah terhadap akal.

Setelah itu Allah menciptakan nafsu. Ketika Allah bertanya kepada nafsu,

"Hai nafsu, siapa engkau, siapa Aku ?"Nafsu menjawab dengan sikap membantah, "Engkau Engkau, aku aku."

Karena itulah Allah murka kepada dan kemudian Allah memberikan didikan kepada nafsu agar insaf. Allah memasukkan nafsu kedalam neraka jahannam selama100 tahun, ia dipukul dan dibakar hingga hangus menjadi arang. Kemudian setelah nafsu dikeluarkan dari neraka, Allah bertanya lagi kepadanya,

"Hai nafsu, siapa engkau, siapa Aku ?"Nafsu menjawab dengan sikap membantah, "Engkau Engkau, aku aku."

Kemudian Allah perintahkan agar nafsu dipenjarakan selama 100 tahun dengan tidak diberi makan atau pun minum, keadaan nafsu saat itu benar-benar lemah karena lapar dan dahaga. Setelah genap 100 tahun Allah keluarkan nafsu dari ruang tahanan "lapar dan dahaga" Allah bertanya lagi kepadanya,

"Siapa engkau, siapa Aku?"Setelah semua itu, barulah nafsu mengenal Tuhannya, ia menjawab, "Engkau Tuhan, aku hamba"

Ternyata untuk mengalahkan nafsu yang ada dalam diri manusia tidak perlu dibakar, dipukul melainkan dengan dikarantina dalam penjara "lapar dan dahaga" atau yang kemudian dikenal dengan nama PUASA.

===============

Ya ALLAH, Jadikan selalu akalku sebagai pemenang dalam mengalahkan nafsu yang selalu menuntunku durhaka terhadap-Mu, jadikan RAMADHAN ini isebagai sarana untuk melunakkan nafsuku demi menggapai Redho-Mu dan sarana kembali mengenal-Mu.. Amiin Yaa Robbal 'Aalamiin...moga bermanafaat...

 

blogger templates | Make Money Online