BERKONGSI NIKMAT IMAN, ISLAM ALLAHHU AKBAR

Tuesday, September 29, 2009

PANEL SYARIAH HPA : PANTAU PENYEMBELIHAN AYAM ORGANIK HPA





Assalamualaikum…
Dalam seminggu dua ni banyak berita mengenai Ayam… Itu adalah makanan kegemaran generasi kini… KFC, Nandos, Kenny Roger Rosters dan sebagainya sentiasa penuh dikunjungi. Kisah ayam cucuk bukanlah berita yang menggemparkan kerana telah selalu di dengar dan dilupakan kita. Persoalannya adakah ayam yang kita nikmati sehari-hari diternak dan di sembelih dengan cara yang betul?… Sekadar renungan… tindakan perlu di ambil untuk memastikan makanan yang kita ambil dan di hidangkan kepada orang adalah yang halal lagi baik.
Menyedari masalah ini HPA telah membuat penternakan ayam organik sebagai alternatif kepada ayam biasa yang di jual di pasaran.Juga bagi mereka yang berada di Sungai Petani dan Alor Setar, Radix Fried Chicken (RFC) yang menhidangkan menu ayam goreng organik sedia di nikmati. Juga penggemar nasi ayam, restoren Radix Organik Recipe meneyediakan nasi ayam organik.

Segala aktiviti-aktiviti perniagaan HPA termasuk penternakan ayam di pantau oleh Panel syariah HPA. Oleh itu, jangan ragu-ragu dengan status halal ayam orgnik HPA. HPA juga telah menurunkan harga ayam organik dari RM 19 kepada RM 15 bagi sebungkus (1.5 kg hingga 2 kg)
Bagaimana untuk mendapatkannya?.
HPA mempunyai lebih dari 150 cawangan di seluruh negara.

PANEL SYARIAH HPA
Ustaz Ahmad Bin Ali
(M.A Syariah, Universiti Al-Azhar)
Yang Berhormat Ustaz Hashim Bin Hj Jasin
(B.A. Pengajian Islam, Universiti Baghdad)
Dr. Mohd Nasir Bin Abd Hamid
(PHD Pengjian Islam UKM, Pensyarah Uitm Arau)
Ustaz Basri Bin Abd Ghani
(M.A Ekonomi Islam U.M, Pensyarah Ekonomi Islam UiTM Arau)
Ustaz Mohd Nizho bin Abdul Rahman
(B.A Tafsir, Al- Azhar, M.A Al-Quran dan Sunnah UKM, Pensyarah UUM Sintok)
Ustaz Mohamad Khadafi Bin Hj Rofie
(B.A Hadis, Al-Azhar, M.A Hadis UKM, Pensyarah UUM Sintok)
Prof. Madya Dr. Ishak Bin Hj. Suliaman
(PHD USULUDDIN, University Of Wales U.K, Pensyarah UM)
Tn Hj Muhammad Hassan Zaid Bin Ramli
(B.A Syariah, Al-Azhar, M.A Muamalat, UKM, Pensyarah IPTS)
Ustaz Hasbullah Bin Ali
(B.A Syariah, Al-Azhar, M.A Ekonomi Islam, USM, Pensyarah IPTS)
Ustaz Ya Ali Bin Dahaman @ Abdul Rahman
(M.A. Perundangan Islam UM, B.A Al Quran dan As Sunnah UKM, Bekas Pensyarah UITM)
Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil
(B.A Syariah dan Undang-undang, Al-Azhar, Dip. Dirasat Ulya (Pra M.A)Insaniah Al-Azhar, Pengurus Pentadbiran HPA)

Monday, September 28, 2009

PERJUANGAN UMMAH..


Thursday, September 24, 2009

ARGGHHHH....RFC DI SERANG...........




Radix fried chicken sdn bhd ( RFC ) yang juga anak syarikat HPA industries Sdn Bhd. Hadir atas tuntutan ummah, yang mahukan produk makanan yang 100 % HALAL. Maka, lahirlah restoran radix fried chicken yang pertama di sungai petani, kedah. Atas sambutan yang begitu menggalakkan, restoran kedua dibuka di shahab perdana, alor setar dan restoran ketiga pula di buka di bandar laguna merbok, sekali lagi di buka di sungai petani kedah..






RFC mendapat sambutan hangat termasuk dari bukan islam..



ALHAMDULILLAH...beratur sampai ke pintu..hehe



Kanak-kanak riang bermain..nk join gak, leh?hehe



Lazat, sedap, enak apa lg erk...
Sos keluaran HPA


Tuesday, September 22, 2009

KEUTAMAAN PUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL





عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ



Abu Ayyub Al-Anshari radhiallahu 'anhu meriwayatkan:
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu diikuti dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim).

HADIS RIWAYAT MUSLIM
KITAB : PUASA
BAB : KEUTAMAAN PUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL

Monday, September 21, 2009

SALAM AIDILFITRI BUAT PARA2 PEJUANG..


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
dalam gurau & senda tentu ada khilaf & dosa,
" MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA "
SELAMAT HARI RAYA MUHAMMADFITRI...hehehehe.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
TAKOBBALALLAH HUMINKUM....

PROGRAM TADARUS AL-QURAN KPU DI SAMBUT MERIAH



PJS En Mohd Aseri bin Hanapiah antara pemimpin KPU yang memberikan sokongan padu kepada program.




PJS En Sobri bin Jaafar, antara pemimpin yang bekerja keras menjayakan program Tadarus yang diadakan.


Antara pemimpin dan pengedar HPA yang bersama.Begitu asyik mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.


Program Tadarus Al-Quran KPU telah berjaya diadakan seperti yang dirancang.Program yang bermula dengan solat fardhu Isya' secara berjamaah, diikuti dengan solat sunat tarawih dan diakhirkan dengan tadarus Al-Quran beramai-ramai itu diadakan pada 17 hb September 2009 bertempat di Dewan Seminar Muhammad Mujahid,Stokis Daerah PJS Ust Mohd Zahir. Beberapa orang PJS yang turut serta melahirkan rasa syukur kerana di tengah-tengah kesibukan dengan berbagai aktiviti tersendiri, pemimpin-pemimpin KPU masih dapat meluangkan masa untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Menurut PJS En Sobri bin Jaafar yang turut bersama sepanjang program, beliau mengharapkan pada masa-masa akan datang program seperti ini perlu diberikan sambutan dan keutamaan oleh pemimpin-pemimpin KPU. Ini memandangkan Al-Quran adalah senjata dan benteng kita sebagai usahawan Muslim HPA.

Beliau juga melahirkan kekesalan dengan sikap segelintir pemimpin yang tidak hadir dengan alasan tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik.Kata beliau lagi,sepatutnya inilah di antara medan bagi para pemimpin untuk bermuhasabah dan memperbaiki prestasi masing-masing di dalam bacaan Al-Quran.Sambung beliau lagi,amat menyedihkan sekiranya pemimpin-pemimpin yang hebat menggerakkan HPA sebagai wadah perniagaan umat Islam, dengan slogan Islam,Produk Halal tetapi tidak melihat kepentingan mempelajari dan membaiki bacaan Al-Quran masing-masing.Dan di akhir sekali, beliau mengharapkan pemimpin-pemimpin bukan sahaja mengutamakan program-program yang melibatkan pembinaan ahli dan jaringan serta yang dihadiri oleh prospek, tetapi perlu memberikan keutamaan kepada program-program pembinaan iman serta pembangunan taqwa.

SUMBANGAN AIDILFITRI DI HOSPITAL BESAR SUNGAI PETANI



YANG BERHORMAT ADUN TG DAWAI,
DR MOHD HAMDAN KHALIB
SEDANG MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA PENGARAH HOSPITAL SG PETANI, DR HARIS





KAMI BERSAMA KAKITANGAN DI BAHAGIAN PENTADBIRAN HOSPITAL





BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI BERSAMA PENGARAH HOSPITAL SERTA PEGAWAI-PEGAWAI PERUBATAN YANG BANYAK MEMBANTU MELANCARKAN PROGRAM.



MELIHAT DERETAN PESAKIT DI WAD, MELAHIRKAN SEJUTA SATU RASA INSAF DAN SYUKUR KEPADA ALLAH SWT



PJS UST MOHD ZAHIR BIN GHAZALI DAN PJS SDR MOHD FAIZAL BIN AZMI






MENYAMPAIKAN SUMBANGAN AIDILFITRI
BUAT MEREKA YANG DIUJI OLEH ALLAH SWT







PJS SDR MOHD FAIZAL BIN AZMI BERGURAU &
BERTANYA KHABARDENGAN PESAKIT KECIL
YANG TERLANTAR DI KATIL WAD



SDR MOHD FITRI BIN SHUAIB JUGA ANTARA PEMIMPIN YANG MEWAKILI KPU DI DALAM MAJLIS YANG BERLANGSUNG.


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.Itulah ibarat suasana yang dapat dirasai oleh pesakit-pesakit di Hospital Besar Sultan Abd Halim Sg Petani yang turut dikongsi oleh sebilangan PJS dan pemimpin KPU. Beberapa orang pemimpin KPU telah bersama-sama dengan YB Adun Tg Dawai ,Dr Hamdan bin Mohd Khalib serta beberapa orang lagi pemimpin masyarakat di sekitar Sg Petani telah bermurah hati dan melapangkan masa untuk menyampaikan sumbangan sempena aidilfitri kepada
pesakit-pesakit yang terlantar di hospital.Sumbangan yang diberikan berupa
kueh raya dan Radix Cookiesyang disediakan oleh pihak KPU.
Menurut PJS Mohd Faizal bin Azmi yang turut serta di dalam program tersebut,mereka berkesempatan melawat dan bertanya khabar pesakit-pesakit yang terlantar dengan bebagai penyakit-penyakit yang kronik. Sumbangan yang tidak seberapa ini juga kata beliau menunjukkan keperihatinan KPU untuk sama-sama terus menyelami masalah yang diharungi oleh mereka yang tidak bernasib baik di sebalik tirai aidil fitri pada tahun ini.
Menurut Pengarah Jati Sdr Mohd Fitri bin Shuaib yang turut membantu sepanjang program tersebut, lawatan dan program tersebut telah melahirkan keinsafan dan kesyukuran kepada Allah SWT bagaimana pentingnya kesihatan dan beruntungnya
kita dikurniakan kesihatan yang baik.

KPU juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua PJS dan pemimpin yang memberikan sumbangan Radix Cookies untuk menjayakan program tersebut
1-PJS Ust Sapuan bin Pamidi
2-PJS Puan Jamaliah bt Omar
3-PJS Puan Rohani bt Md Noor
4-PJS Puan Zaini bt Bakar
5-PJS En Ismail bin Othman
6-PJS En Mohd Nadzri bin Ahmad
7-PJS En Mohd Aseri bin Hanapiah
8-PJS Ust Helmi bin Abd Kadir
9-PJS En Mohd Faizal bin Azmi
10-PJS Ust Zamri bin Hj Jusoh
11-PJS En Noorhyzad bin Kassim
12-PJS Puan Noriah bt Hussain
13-PJS En Sabri bin Jaafar
14-PJS Puan Syarifah bt Sulaiman
15-PJ Puan Zaiton bt Talib

Tahniah dan Terima Kasih

Wednesday, September 16, 2009

INFO : PANADOL MERBAHAYA..??


Oleh : Zamri keciksJANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Tuesday, September 8, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN
SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM




Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan kepada Anak-anak Yatim akan diadakan pada 11 SEPTEMBER 2009 (Jumaat), jam 6.00 petang di Kompleks Rakan Muda, Taiping Perak.


Tiket berbuka dan sumbangan dijual dengan harga RM15 sahaja.


Sesiapa yang sudi hadir dan menderma dengan ikhlas untuk anak-anak yatim amat dialu-alukan.
Sumbangan boleh disampaikan
kepada Ustaz Mohd Yusfee di talian 019-4410611.


"BANYAKKAN AMALAN DI BULAN MULIA"

KPU MEMEBANTU SEKOLAH AGAMA INTEGRASI FAIZIN


Ust Musoddaq menerima sumbangan daripada wakil KPU
PJS saudara Mohd Aseri


Hangus..Beg sekolah para pelajar dan
kelas pengajian turut terbakar dijilat api



KPU sekali lagi tampil di medan amal sempena Ramadhan apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM15000.00 daripada pemimpin dan pengedar HPA di sekitar utara.Kali ini ,beberapa orang pemimpin KPU diketuai oleh PJS Encik Mohd Aseri bin Hanapiah telah mengunjungi Sekolah Agama Integrasi Faizin,Guar Chempedak yang telah hangus dijilat api pada 17 hb Julai yang lalu. Di dalam kejadian tersebut, pihak sekolah telah mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM500 000 .

KPU turut merasai kesedihan dan kepiluan di atas tragedi tersebut dengan menggerakkan tabung bantuan SAIF di dalam program-program PBC yang dijalankan dan alhamdulillah di peringkat awal sebanyak RM15 000 telah berjaya dikutip.Menurut PJS Encik Mohd Aseri bin Hanapiah, KPU mengharapkan sumbangan yang tidak seberapa ini ,dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan yang terpaksa dipikul oleh pihak pentadbiran sekolah.KPU juga akan berusaha mendapatkan sebanyak mungkin lagi bantuan untuk disampaikan kepada pihak sekolah. Sumbangan disampaikan oleh PJS Encik Mohd Aseri bin Hanapiah kepada Ustaz Musaddaq bin Hj Ahmad yang merupakan pengerusi lembaga tadbir SAIF.Majlis tersebut juga dihadiri oleh PJS Encik Noorhyzad bin Kassim,PJS Mohd Faizal bin Azmi,PJS Ust Zamri bin Bakar,PJS Mohd Zahir bin Ghazali dan PJ Sdr Nazrul Akmal bin Zamri.

KPU juga mengalu-alukan sumbangan seterusnya daripada seluruh pengedar HPA.Sumbangan anda boleh dibuat melalui akaun kebajikan KPU-BIMB-02020020568433

KPU mengucapkan terima kasih kepada semua pengedar yang sudi memberikan sumbangan tersebut juga kepada PJS yang yang memberikan sokongan walaupun terlalu banyak komitmen sumbangan dan derma yang lain yang terpaksa diselesaikan.

Terima kasih kepada penyumbang..

1-PJS Ust Zamri bin Jusoh
2-PJS Ust Zamri bin Bakar
3-PJS Abd Razak Ibrahim,
4-PJS Syarifah Sulaiman
5-PJS Mohd Zaidi Ghazali
6-PJS Mohd Nadzri Ahmad
7-PJS Ismail Osman
8-PJS Mohd Aseri Hanapiah
9-PJS Abd Jalil Zainol
10-PJS Asnah Mustafa
11-PJS Noreda Abd Hamid
12-PJS Md Ali Ismail
13-PJS Helmni Abd Kadir
14-PJS Mohd Zahir Ghazali
15-PJS Salehuddin Remly
16-PJS Shaari
17-Mohd Radhi Shuaib
18-PJS Noorhyzad Kassim
19-PJS Azizan Ahmad
20-PJS Faizal Azmi
21-PJS Jamaliah Omar
22-Bonda kepada PJS Abd Razak Ibrahim

sumber : http://bahterajuang.blogspot.com

Friday, September 4, 2009

RFC SUNGAI PETANI & RFC SHAH ALAM






Pihak RFC sdn Bhd bersetuju untuk menyewa ruangan kedai di Sungai Petani dan Shah Alam dengan Koperasi Wahida HPA bagi diujudkan peniagaan kedai makan segera (RFC).
Dengan ini kita mengharapkan koperasi boleh menyediakan lebih banyak ruangan kedai bagi tujuan seperti diatas.
Pihak RFC juga akan mencari lebih banyak tempat borpotensi bagi memperbesarkan lagi peniagaan ini.
Target tahun 2009 ,RFC memiliki lebih dari 20 buah cawangan diseluruh Malaysia. InsyaAllah. Pada masa kini terdapat 3 buah RFC iaitu 2 di Sungai Petani dan 1 buah di Alor setar.
RFC di Melaka,Perlis dan Kluang dijangka siap dalam bulan ini atau awal bulan hadapan. InsyaAllah.

 

blogger templates | Make Money Online