BERKONGSI NIKMAT IMAN, ISLAM ALLAHHU AKBAR

Saturday, August 29, 2009

ALHAMDULILLAH.. KOPI RADIX TELAH SAMPAI DI KOTA MAKKAH..

Pintu masuk ke Safwah Tower dari Gate 1 Masjidil Haraam.
De'Saji Restoran berada di tingkat 2





InsyaAllah mulai 24 Ogos 2009 para tetamu Allah boleh membuat pesanan
'mai secawan' Kopi Radix di Makkah. Restoran yang terawal menyediakan
Kopi Radix sebagai salah satu menu minumannya ialah Felda De'Saji Food Court.
Beralamat di Tingkat 2, As Safwah Tower. Bertentangan dengan Gate 1 (King Abdul Aziz) Masjidil Haraam.
Tinjauan mendapati Kopi Radix mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang mengerjakan umrah.


Diharap supaya maklumat ini dapat disebarkan kepada ahli yang bercadang dan bakal mengerjakan umrah.



Thursday, August 27, 2009

BULAN KEMULIAAN & KEBERKATAN




Salam.Rasulullah saw menaiki mimbar (untuk berkhutbah).
Menginjak anak tangga pertama baginda mengucapkan 'Amin',
begitu juga pada anak tangga kedua dan ketiga.
Selesai solat,para sahabat bertanya
"Mengapa Rasulullah mengucapkan 'Amin'?
Rasulullah sawmenjawab 'Malaikat Jibril datang dan berkata :
"Kecewa dan rugilah seseorang yg BILANAMAMU DISEBUT, DIA TIDAK MENGUCAP SALAWAT KE ATASMU" lalu aku berkata'Amin'.
Kemudian jibril berkata lagi
" Kecewa dan rugilah org yg BERKESEMPATAN HIDUP BERSAMA KEDUA ORG TUANYA, TETAPI DIA TIDAK DAPAT MASUK SYURGA"
lalu aku mengucapkan 'Amin'
Kemudian katanya lagi
"Kecewa dan rugilah org yg BERKESEMPATAN ( HIDUP ) PADA BULAN RAMADHAN TETAPI TIDAKTERAMPUN DOSA-DOSANYA."
lalu aku berkata 'Amin'.YA ALLAH!

Ampunilah segala dosa kami!

Tuesday, August 25, 2009

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN






Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:


شَہۡرُ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَرَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ


“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
(Surah Al-Baqarah: 185)



DEMAM YANG SUDAH MENJADI WABAK


Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua.Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah
"pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan" .
Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:-

1. IMT - 3 x 3
2. Roselle - 5 x 3 dan teh roselle - 2 x3
3. Madu corcinium - 2 x 3
4. kopi Radix
5. Malac - 2 x 3
6. Teh herba
"Jangan lupa IMT" dos yang diambil perlu tinggi . Kalau 2 kapsul perlu diambil selang/jarak 2 jam. Habiskan satu botol dalam masa 2 hari dan jika diambil selang/jarak 4 jam perlu 4 kapsul sekali pengambilan. Anak-anak kecil dibuka 1 kapsul digoncang dan cairkan larutan dalam air masak diberi minum dalam keadaan kurangkan pahitnya. beri minum terus hingga sembuh. Kita percaya dengan kaedah kita. Demam ini akan memperkenalkan pengubatan Jawi sebagai satu pilihan. InsyaAllah.

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian.
InsyaAllah .Walau apapun mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini .Amin.

Sunday, August 23, 2009

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
MUNGKINKAH RAMADHAN INI YANG TERAKHIR..???



Alhamdulillah syukur kepada ALLAH SWT kerana masih lagi diberikan kesempatan, dipanjangkan nafas, dibiarkan jantung dan nadi masih berdenyut lantas aku masih berada dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Wahai saudara-saudaraku sekalian, bukan bergandingan bahu membuat maksiat atau penzinaan tetapi bahu-membahu di dalam meninggalkan larangan dan mengerjakan taat kepada ALLAH SWT...

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬


"Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)




Monday, August 17, 2009

NABI S.A.W ADALAH SEORANG YANG AMAT DERMAWAN


حَدَّثَنَا مَنْصُورُ بْنُ أَبِي مُزَاحِمٍ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ يَعْنِي ابْنَ سَعْدٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ ح و حَدَّثَنِي أَبُو عِمْرَانَ مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرِ بْنِ زِيَادٍ وَاللَّفْظُ لَهُ أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ:كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ سَنَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ


Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:Rasulullah s.a.w adalah Seorang yang paling dermawan dalam hal-hal kebaikan. Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan. Sesungguhnya Malaikat Jibril a.s telah bertemu dengan baginda setiap tahun pada bulan Ramadan sehingga berakhir Ramadan. Rasulullah s.a.w membaca Al-Quran di hadapannya.


Apabila Rasulullah s.a.w bertemu dengan Malaikat Jibril, maka baginda adalah orang yang paling dermawan dalam hal-hal kebaikan melebihi angin kencang yang diutuskan.




HADIS RIWAYAT MUSLIM KITAB :
KelebihanBAB : Nabi s.a.w Adalah Seorang Yang Lebih Dermawan Dalam Hal Hal Kebaikan Daripada Angin Yang Diutuskan

Thursday, August 6, 2009

PERJUANGAN HPA!!



Lihatlah bagaimana Islam diperlakukan didunia hari ini, bagitulah bangkitnya semangat HPA untuk bangun memperjuangkan maruah ummat.






Assalamualaikum warohmatullah....

Kita melihat dengan mata dan kepala bagaimana penindasan mereka ke atas saudara seagama kita di perlakukan, dan penipuan atas nama "halal" hari hari dibongkarkan oleh surat khabar tetapi tidak ada orang yang bangun memperjuangkan halal sebenarnya. HPA dengan segala kekuranganya bangun dari kelekaan merapatkan saf untuk mewujudkan muamalah sesama muslim yang terdaya seperti yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.

PENTADBIRAN HPA BERPINDAH KE PUTRAJAYA




Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail ketika berucap merasmikan KONVEK HPA 2009 di Dewan MAEP Serdang

Selepas jualan HPA mencecah 15 juta sebulan pada tahun ini, pusat pentadbiran HPA yang kini beroperasi di Perlis akan berpindah ke Putrajaya secepat mungkin. Ini dinyatakan oleh Tuan Haji Ismail Hj Ahmad Pengarah Urusan HPA ketika merasmikan KONVEK 09 di Dewan MAEP Serdang pada 25 Julai 2009. Menurutnya lagi dalam kita mensasarkan 500 produk HPA penghujung tahun ini, banyak lagi projek besar yang akan dibangunkan oleh HPA. Antaranya RFC di Lembah Klang, HPA Mall, membangunkan beberapa buah hotel lagi setelah kita berjaya membuka dengan rasminya AzZahra Inn di Sg Petani dan akhirnya nanti dalam tempoh 10 tahun akan datang kita akan menukarkan KOWAHIDA kepada sebuah BANK WAHIDA yang bertaraf antarabangsa.
Menurutnya lagi HPA akan menubuhkan Universitinya sendiri suatu masa kelak yang kini kita telah memulakannya dengan menubuhkan Institut Teknologi HPA (IT HPA). IT HPA merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dimiliki dan diuruskankan oleh Teknologi HPA Sdn Bhd.
Tujuan penubuhannya adalah untuk melahirkan seramai mungkin generasi salafussoleh (orang yang beriman) dengan menggunakan pendekatan AL-QURAN, Hadis, Ijmak dan Qias. Bidang pengajiannya terbahagi kepada tiga:

- Pengajian Islam (Manhal)
- Pengubatan Islam
- Kemahiran / Professional

 

blogger templates | Make Money Online